June 29, 2012

Bapa Humban Anak Menangis

Bapa jenis aper nie? Buat anak pandai, jaga anak malas. Kalau mcm nilah perangai takder bezanyer dgn binatang yg makan anak. Setengah haiwan kan makan anak? Tak aperlah, binatang takder akal. Dia pun tak kenal tu anak dia. Yg dia tau lapar.

Aku pernah jumpa bapak kucing makan anak. Aku rasa nak jer tempeleng, terajang, dan humban bapak mcm nie ~ bukan tempeleng kucing. Lebih baik jgn beranak kalau setakat nak dera anak.......kat luar sana ramai lagi org nak anak. Memang tak tahu dek untung, tak reti bersyukur dgn aper yg Allah bagi. Semoga kita semua menghargai dan belajar bersyukur pemberian Allah SWT.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PENAMPANG: Seorang bayi lelaki berusia setahun yang menangis akibat kelaparan, bukannya dipujuk atau diberi susu, sebaliknya ditumbuk dan dihumban ke katil sehingga terjatuh ke lantai menyebabkan tulang belakangnya cedera.

Malah, siasatan turut mendapati bayi malang itu turut didera berdasarkan keadaan telinga dan kemaluannya yang cedera, selain terdapat beberapa kesan luka serta melecur di tapak kaki, dipercayai akibat dicucuh puntung rokok.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Tunoh, di sini, kira-kira jam 4 pagi, 10 Jun lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian ayah bayi itu yang berusia 24 tahun sedang tidur sebelum terjaga apabila terdengar tangisan anaknya yang mungkin kelaparan.

“Ibu mangsa berusia 20 tahun kemudian bangun daripada tidur dan terus ke dapur untuk menyediakan susu manakala bayinya ditinggalkan di sisi suaminya. - Metro

No comments: