June 21, 2012

Berebut Isteri Dengan Buaya


SARATOK (Sarawak): Kasih mendalam terhadap isteri menyebabkan seorang lelaki sanggup menggadai nyawa bergelut dengan buaya sepanjang enam meter selama hampir 10 minit bagi membebaskan isterinya yang dibaham reptilia itu di Sungai Anak, Roban di sini, petang kelmarin.


Namun, usaha dilakukan Embol anak Asum, 43, gagal apabila isterinya, Siah anak Munsong (gambar), 42, ditarik haiwan itu ke tengah sungai sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada jaring, kira-kira jam 9.40 malam.

Sebelum kejadian, Siah bersama suaminya yang juga Tuai Rumah Panjang Sungai Anak itu mandi di sungai berkenaan sejurus selesai mencari rotan di hutan berdekatan, kira-kira jam 5.30 petang. Embol berkata, sebelum kejadian, dia berada di tebing sungai dan melihat isterinya seolah-olah ditarik sesuatu sebelum menjerit meminta pertolongan. - Metro (Gambar buaya- Bukan buaya sebenar)

No comments: