June 29, 2012

Buang Mayat Bayi Bilal Terkejut

Bilakah gejala pembuangan bayi ini akan berakhir? Perkara ini tidak akan terhenti disini selagi kita tidak kembali kpd Islam dan mempraktikkan larangan dan suruhannya sepenuhnya. Contohnyer, kalau nak suruh orang berhenti minum air kencing syaitan atau bermaksiat di kelab malam, kita kenalah haramkn penjualannyer dan menghentikan operasi kelab maksiat tersebut. Tak cukup dgn hanya mengambil tindakkan pada si peminum atau si kaki maksiat tersebut.


Apabila pemimpin tidak serius menangani gejala kejahatan ini dari akar-umbi maka akhirnya keluarlah anak luar nikah seorg demi seorg. Yg masih bersekolah dgn cara masih bersekolah, yg menganggur dgn cara mnganggur, yg belajar di pengajian tinggi dgn cara pengajian, dan yg berkerja dgn cara berkerja, masing² sibuk menggugurkan anak atau melahirkan anak luar nikah. Bapanyer lari entah kemana? Begitu jugalah dimana² pun jua atau aper pun perkara, semuanya mesti kembali kpd Islam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KAPAR: “Kebumikannya mengikut cara Islam.” Itu antara kandungan dalam nota yang ditemui di sisi mayat bayi lelaki dalam plastik hitam yang diletak di atas tangga Masjid Badariah, Kampung Batu 12, di sini, awal pagi semalam.

Mayat bayi terbabit yang masih bertali pusat ditemui bilal dan siak masjid berkenaan yang tiba di masjid itu untuk menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.30 pagi.




Nazir Masjid, Zulkifli Ayub, 50, berkata pada mulanya kedua-dua bilal dan siak terbabit menyangka bungkusan hitam yang diletakkan di atas tangga itu sampah, namun terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.

“Bilal itu hampir pengsan sebaik membuka bungkusan plastik itu apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki,” katanya.



Zulkifli berkata, mayat bayi itu hanya dibaluti kain lampin putih selain terdapat sekeping nota yang memintanya dikebumikan mengikut cara Islam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan daripada bilal masjid berkenaan berhubung penemuan itu pada jam 6.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat bayi terbabit yang belum diketahui bangsanya dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang masih bertali pusat.



“Siasatan awal mendapati bayi terbabit baru saja dilahirkan dan sudah meninggal dunia ketika pihak polis tiba di tempat kejadian. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat,” katanya. - Metro

No comments: