June 16, 2012

Ibu Siram Anak Dgn Air Panas

Kesian? Entahlah. Tersenyum sinis pun mungkin. Nak salahkan mak x boleh, nk salahkn anak pun x boleh. Dua² pun salah. Si anak ni pun satu hal, mak suruh bangun pegi keja kot....bukannyer suruh panjat pokok kelapa atau terjun bangunan sampai kan payah sgt nak dengar ckp mak ko.....tak sekolah, keja lah..!?

Seorg ibu yg baik plak x mungkin akan cederakn anak sedemikian rupa. Tapi mungkin dah terlalu geram dan marah dgn sikap anak yg degil tak mendengar kata. Sekadar memetik kata² ustaz Zaharuddin didlm salah satu artikel ddlm webnyer, 'ulama dan penjenayah itu bermula dari rumah'.....bagaimana ibu-bapa mendidik anak². Wallahuaklam.

SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas. 

MIRI: Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.

Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja. - Metro

No comments: