June 25, 2012

Isteri Minta RM3 Upah Berasmara

RM3....?? Hurm...mcm². Si suami ni pun satu, keja malas..tau plak nak berasmara dgn isteri. Si isteri pun satu (berapa byk satu daa), mintak RM3. Mintaklah RM30...byk sket. Boleh beli ikan, ayam, sayur lauk utk seminggu. Semoga suami-isteri ni cari jln terbaik utk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka dan tak masuk Harian Metro mcm ni lagi...............!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KANGAR (Perlis): Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.


Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja.- Metro

No comments: