June 28, 2012

Kemalangan Cyberjaya 27 Jun

Aku pun hairan kenapa byk hits keyword search 'Kemalangan/accident di Cyberjaya' di blog ni semlm dan hari ni. Dan ramai pengunjung yg masuk melalui berita kemalangan Februari lalu.

Rupa²nya ada satu lagi kemalangan maut di Cyberjaya semalam. Aku tahu pun sebb aku wonder kenapa ramai pengunjung yg masuk blog ni melalui perkataan 'kemalangan' tersebut, mesti ada kemalangan nie' bisik hati aku. So, aku cuba google dan ternyata dpt berita kemalangan ni dari Berita harian online.

Takziah kpd keluarga kedua² mangsa. Kpd semua pemandu termasuk diri aku sendiri sama²lah kita beringat dan berhati² ketika dijalanraya. Jgn disebabkn oleh kecuaian dan kesalahan kita menyebabkn orang lain yg tidak bersalah turut menjadi mangsa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Gambar carca-marba.blogspot

CYBERJAYA: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pacuan empat roda di simpang empat Persiaran APEC, di sini hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Foo Hong Kam, 55, maut di tempat kejadian manakala pemandu bas RapidKL, Ismail Ahmad, 54, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, DSP Zaldino Zaludin, berkata nahas dipercayai berlaku apabila bas yang dipandu Ismail melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.
"Bas tersebut turut melanggar sebuah motosikal, namun penunggang tersebut hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan kejadian dirakam kamera litar tertutup yang ditempatkan di situ. - BERNAMA

2 comments:

Keyphochee said...

sukar utk dijangkakan..

Suzi said...

btol. sama² berdoa smoga Allah sentiasa lindungi pjalanan kita x kira dmana saja berada....