June 14, 2012

Misteri: Apakah Mimaland?

Yerr.....aku pun tak tahu aperkah Mimaland itew?? (Mengader² btol ejaan, mcm ejaan adik aku cikin) kalau tak menggoogle dialam maya internet ini pastilah aku tak tahu tentang kewujudan tempat ini. Jadi, tima kasih kpd wikipedia dan pemilik² gambar/video kenangan Mimaland yg dpt menceritakan kpd kami seribu satu kisah sejarah Mimaland suatu ketika dulu. Setahu aku byk video klip filem dan artis yg buat penggambaran ditempat ni......Jom kita selusuri tempat yg menjadi kenangan ini. Gambar yg agak seram tu adalah gambar Mimaland sekarang..............!


Mimaland dalam kenangan. 


Mimaland ialah sebuah taman rekreasi di Gombak, Selangor, Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1975. Pada 1994 taman tersebut telah ditutup disebabkan oleh tanah runtuh berbahaya. Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland itu sebenarnya adalah merupakan singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.



Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan, seperti Filem Mekanik (1983). Pada tahun 1984 satu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland. Ia turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran para pengjung.




Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba. Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi, berlaku satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun.


 Pintu masuk Mimaland Sekarang

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya. Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.





Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.




http://ms.wikipedia.org/wiki/Mimaland

No comments: