June 25, 2012

Sindiran Maut Facebook

Perbuatan yg amat bodoh dan sia². Membunuh jiwa yg tiada hak. Merosakkan masa depan sendiri. Sememangnyerlah jenayah bunuh mcm ni akan didakwa dibawah syeksen 302 Kanun Keseksaan yg boleh membawa kpd hukuman mati. Gunakanlah facebook utk tujuan ibadah dan kebaikkan sekaligus memperelokkan lagi akhlak, bukan sebagai medan kerosakkan, kemaksiatan, dan kejahatan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


BATU PAHAT (Johor): Berpunca daripada maki-hamun dan kata sindiran di laman sosial facebook, seorang remaja berusia 17 tahun dibelasah dan ditikam hingga mati oleh empat lelaki di Taman Flora, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, empat suspek berusia 17 hingga 20 tahun itu menemui mangsa, Aw Soon Ming di tempat letak kereta sebuah pasar raya dan bertanya mengenai lelaki bernama Kelvin yang dikatakan kawan mangsa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, keempat-empat suspek mencari Kelvin kerana tidak puas hati dengan kata sindiran yang ditulis di laman facebook.

“Berlaku pertengkaran sebelum suspek mengetuk kepala mangsa. Mangsa yang berang kemudian menghamburkan kata kesat, menyebabkan keadaan bertambah tegang sebelum mangsa dibelasah dan ditikam senjata tajam dipercayai pisau,” katanya.- Metro

No comments: