June 01, 2012

Suami Bunuh Isteri

Siapa sangka yg membunuh itu adalah org yg paling rapat dgn mangsa sendiri? Dah terlalu byk kes begini, isteri/suami dibunuh pasangan masing², anak bunuh mak/ayah, cucu bunuh atuk/nenek, mak/bapak bunuh anak, sedara-mara bunuh sedara-mara sendiri, jiran bunuh jiran, kawan bunuh kawan. Kenapa perkara begini berlaku? Sebb kita tidak mengikut aper yg diperintahkn oleh Allah SWT sepenuhnya. Sebagaimana yg disebut didlm Al-Quran 'Sesungguhnya kerosakkan dimukabumi ini adalah bpunca dari tangan² manusia itu sendiri.' Jadi....... renung²kanlah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




BUKIT MERTAJAM: Akibat tidak puas hati dengan hasil jualan gerai makan didakwa dibolot sepenuhnya oleh isteri, seorang lelaki warga Myanmar tergamak mencekik hingga mati wanita yang baru dikahwininya itu, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah kampung di Perai, dekat sini, Ahad lalu, suspek berusia 20 tahun didakwa membunuh isterinya dikenali sebagai Hema, 22, selepas mendakwa mangsa membolot kesemua hasil jualan perniagaan dan kemudian menghantar kepada keluarganya di Myanmar.

Difahamkan, walaupun masih dalam tempoh ‘berbulan madu’ selepas pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, kemarahan melampau akibat tidak diberikan wang hasil jualan mendorong suspek bertindak demikian.

Sejurus mencekik isterinya, suspek terbabit dikatakan menghantar mayat mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan mendakwa isterinya membunuh diri dengan menggantung diri. -Metro

No comments: