July 31, 2012

Mae Nak Antara Realiti & Fantasi

Aku tengok Filem Thai bertajuk Mae Nak di pawagam TGV Mines Seri Kembangan....Ahad kelmarin di siang hari selepas berjalan² shopping > Window Shopping sebelum berbuka puasa. Tiket RM26 utk dua org.


Cerita ni tak bosan, tapi jalan cerita dah tau cuz tak ubah seperti filem Thai yg pernah meletup dulu Nang Nak. Cuma Nang Nak lagi best.

Filem² ni digarap dari kisah lagenda Thailand yg di anggap kisah benar oleh masyarakat Buddha Thailand. Dimana isteri menjelma kembali selepas mati dan hidup seperti manusia biasa melayani suami. Kalau orang Melayu dah kira macam hantu raya balik kerumah.

Jalan cerita, gambar dan suasana nampaknya Nang Nak lagi best dari Mae Nak, cuma tak minat pelakon perempuannya berambut pendek...tiada beza dengan pelakon lelaki. Kalau rambut panjang macam watak dlm Mae Nak ni lagi cantik dan menarik.

Kami tengok Mae Nak ni sebab time tu cuma cerita ni saja yg available.....yg lain tayangannya dah berlangsung masa kami sibuk berjalan² cuci mata.

July 27, 2012

Panahan Kuasa Balak

Apa² jerlah. Macam² kepercayaan manusia ni. Hakikatnyer balak ni tak punyai kuasa aper² melainkan hanya Allah sajalah yg Maha Berkuasa. Menang loteri atau sembuh penyakit dan sebagainya tu hanyalah kerana dgn IzinNya. Kalau Dia tak izinkan makanyer tak menjadi jugak..............

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gambar france24.com

PHNOM PENH: Sebatang balak yang ditemui tertanam dalam tanah baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana dipercayai memiliki hikmat menyembuhkan penyakit serta meramal loteri, lapor media semalam.

Setakat ini kira-kira 5,000 orang datang ke kampung Prey Yeang, Pursat, untuk melihat kayu balak sepanjang 13 meter itu.

Ia ditemui awal bulan ini apabila sebuah keluarga menggali perigi di situ. Ketua kampung itu, Hun Nov, berkata orang ramai yakin kayu balak itu memiliki kuasa ajaib.

“Ramai pelawat datang membawa pengeras seperti kepala babi dan ayam rebus apabila sesetengah penduduk memenangi loteri selepas menyentuh kayu berkenaan,” katanya.

Hun Nov berkata, pihak berkuasa tiada hak menghalang orang ramai datang ke situ.

Dianggarkan beratus-ratus pengunjung datang ke situ untuk mencuba nasib dan sesetengahnya menyapu bedak pada kayu berkenaan dengan harapan dapat mengesan sebarang nombor di situ. - AFP Metro

July 26, 2012

Maut Akibat Onani 40 kali Semalam

Betol ke?? Entahlah, aku pun tak pasti. Tapi perbuatan ini menurut doktor dan alim ulama sgtlah tidak elok utk kesihatan mental dan fizikal. Jadi hindarilah ia. Tak hairanlah Islam mengharamkannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
TRIBUNNEWS.COM melaporkan, seorang remaja berusia 16 tahun yang berasal dari Brazil dilaporkan meninggal dunia akibat banyak melakukan masturbasi awal minggu ini.




Dia dikatakan melakukan masturbasi berulangkali sebanyak 40 kali sepanjang malam, pada bulan yang lalu, dan ditemui telah meninggal pada keesokkan hari oleh ibunya.

Sebelum kejadian, ibunya telah mengetahui anaknya mengalami masalah ketagihan seks dan merancang untuk membawa anaknya utk mendapatkan rawatan bagi mengubati ketagihan seks melampau tetapi malangnya dia terlambat.

Seorang kawan sekelas remaja lelaki itu yang namanya dirahsiakan mengatakan sahabatnya itu sangat ketagih seks dan suka melihat tubuh perempuan dalam segala bentuk dan tidak mengira umur.

Dia juga bahkan pernah meminta temannya menonton dirinya melakukan masturbasi melalui kamera. Siasatan mendapati bilik remaja dipenuhi majalah pornografi. Bahkan, terdapat gambar-gambar yang mengghairahkan dan filem berunsur seks juga ditemui di komputernya. - Namaberita.com

Masak Katak Didapur Kopitiam

Kpd yg suka masuk ketempat camni hati² dgn status halalnyer. Halal tak semestinyer masak makanan yg halal. Byk pembohongan dan penipuan di sebalik sijil halal tersebut. Aku pun malas nk komen lebih² sebb aku sendiri pun kdg² makan di Old Town, Starbucks, dan seumpama dgnnyer. Jadi, masing² beringatlah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JELUTONG - "Saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur," bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat berbuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.

Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan.


“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi  sudah masuk kedua atau ketiga,” katanya.

Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.

“Kata pelayan itu dia baru bekerja, dan dia bersama seorang lagi kawan berbangsa Melayu yang nampak kejadian itu. Tetapi menurutnya, dia tidak berani menegur  kerana ramai pekerja di restoran itu adalah warga asing,” katanya.

Katanya, ketika ditanya mengenai status halal, pelayan mengakui restoran yang mempunyai francais di seluruh negara itu hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.

“Tapi saya tahu ramai yang ingat kami halal sebab di KL sudah halal. Saya boleh beritahu saja, terpulang pada kakak,” kata pelayan restoran itu kepada Alia.

Mendengar maklumat yang diberikan, Alia dan rakan-rakannya hilang selera dan terus ke kedai lain untuk berbuka puasa memandangkan hari sudah hampir Maghrib.

Alia kecewa kerana kopitiam berkenaan menjadi kunjungan orang ramai termasuk pelanggan beragama Islam.  Rata-rata yang berkunjung selalunya memesan minuman dan makanan yang berasaskan mi dan pencuci mulutnya.

Mendengar cerita Alia, Sinar Harian ke restoran itu untuk mengintai kesahihannya.


Salah seorang pengunjung yang enggan dikenali mengakui rata-rata pekerja di kopitiam berkenaan adalah warga asing khasnya Nepal dan Bangladesh.

“Kadangkala mereka berbau busuk walaupun pada waktu bekerja. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana bau mereka ketika berada di dapur menyediakan makanan dan mengambil pesanan pelanggan.

"Nampak saja kopitiam yang agak mahal dan selesa tetapi kebersihan pekerjanya memang mendukacitakan,” katanya.

Meneliti maklum balas orang ramai mengenai restoran berkenaan melalui laman web, beberapa pelanggan turut memberikan pandangan negatif terhadap kopitiam berkenaan.

Antaranya ialah melalui www.penangfoodreviews.com di mana pemilik blog tersebut jelas tidak berpuas hati perkhidmatan kopitiam berkenaan.

Dalam tulisan blogger itu, beliau turut memaklumkan harga yang dikenakan juga agak mahal dan tidak berpatutan dengan kualiti makanan. - Sinarharian

Remaja Tikam Bekas Kekasih

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang diburu polis selepas menikam bekas kekasihnya tampil menyerah diri di Balai Polis Sentul, di sini, semalam.

Gambar hiasan

Pelajar lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong sayur itu dilaporkan bertindak menikam bekas kekasihnya itu sebanyak tiga kali di perut dan pinggang selepas tidak dapat menerima pelajar perempuan berkenaan meninggalkannya dan bercinta dengan orang lain yang juga rakan sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, suspek akan direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu di pangsapuri di Taman Datuk Senu, di sini, Jumaat lalu, mangsa yang ditemani kekasih barunya bertemu dengan suspek di lokasi kejadian.

“Sebelum kejadian, mangsa dipercayai bertengkar dengan suspek kerana remaja itu tidak dapat menerima dirinya ditinggalkan pelajar perempuan berkenaan.

“Suspek yang hilang pertimbangan kemudian menikam mangsa sebelum melarikan diri. Namun, akibat panik, suspek tertinggal pisau berkenaan di lokasi kejadian,” katanya memberitahu teman lelaki baru mangsa yang menyaksikan kejadian berkenaan segera menjerit meminta bantuan orang ramai.

Zakaria berkata, mangsa yang mengalami cedera parah kini dilaporkan stabil namun masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurutnya, ketiga-tiga pelajar terbabit adalah dari sekolah menengah yang sama di Sentul dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah. - Metro

Bayi Didera Hingga Pecah Usus

KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Gambar Hiasan

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya. Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin. - Metro

July 25, 2012

Udang Karang Warna-Warni

Comelnyerr.........udang² ni! nak makan pun mesti pk dua-tiga kali sebb mcm makan mainan atau udang plastik plak. Nak tau lebih lanjut bleh baca laporan dari kosmo dibawah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GAMBAR yang bertarikh 26 Jun lalu menunjukkan udang karang pelbagai warna di syarikat New Meadows Lobster di Portland pada 21 Julai lalu. 

PORTLAND, Amerika Syarikat - Para saintis kini mendapati terdapat banyak udang karang yang berwarna biru, oren, kuning dan berwarna-warni yang tersangkut pada jaring nelayan sejak dua tahun lalu di sini. Pada kebiasaannya, udang karang yang ditangkap nelayan di sini berwarna coklat kehijauan.

Sebelum ini terdapat penulisan yang menyatakan kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna biru ialah seekor bagi setiap dua juta ekor. Kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna oren pula ialah seekor bagi setiap 30 juta ekor.

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pemuliharaan Udang Karang di Friendship, Maine, Diane Cowan menyatakan terdapat peningkatan tinggi dalam jangka hayat haiwan itu.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana bilangan haiwan pencari mangsa untuk menjadikan udang tersebut sebagai makanan telah berkurangan.

Beliau berkata, bilangan haiwan pencari mangsa yang berkurangan itu menyebabkan semakin banyak udang tersebut yang dapat meneruskan kehidupan sekali gus terperangkap dalam pukat nelayan. - Agensi

July 24, 2012

Ular Kesayangan......!

Asyik bela kucing, per kata ubah selera bela ular mcm bro kat bwh nie? Kalau aku jgn kata ular, cacing or ulat gonggok pun aku geli pegang.

Teringat masa skolah menengah selamba pelajar lelaki kelas aku letak 2-3 ekor ulat gonggok atas meja, mcm nak giler sekejap aku time tue akibat kepanikkan. Ni kan plak ular mcm nie.....issskkkk.....x sanggup aku...dah mcm dukung handbag plak.



gambar asiantown.net


July 23, 2012

Pembunuhan Umat Islam Rohingya

Pembunuhan kejam berlaku di negara Myanmmar. Umat Islam bukan saja ditindas dan dibunuh kejam oleh penduduk tempatan malah turut dibantu oleh pihak berkuasa. Berita selanjutnyer dibawah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.


“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.


Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.


Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000). - Metro


Beberapa etnik Rohingya yang menetap di Malaysia mengadakan protes di Kuala Lumpur, membantah pembunuhan yang berlaku antara etnik itu dan Rakhine di Myanmar, 12 Jun 2012. – Foto Reuters - Ibnu Hasyim.com

Teman Lelaki Hentak Kepala

Sadisnyerr. Tak tau nk ckp per. Aku akui setakat kecik hati, abdomen atau usus tu perkara biasa dgn pasangan kita. Tapi, kalau dah sampai hentak² kepala atau anggota badan nie susah nk ckp. Aku rasa dah kategori melampau...............dan elok fikir kembali berbaloikah meneruskan hubungan tersebut? - Gambar hiasan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



AMPANG: Seorang gadis bukan saja dihentak dengan topi keledar, malah turut dimalukan kekasih yang mengoyak pakaiannya di depan orang ramai gara-gara perselisihan faham berkaitan telefon bimbit.

Menurut sumber, kejadian berlaku di Pandan Indah jam 10.30 malam Jumaat lalu ketika mangsa yang berusia 19 tahun menunggu burger dipesannya siap.

Kekasihnya mahu menggunakan telefon bimbit milik mangsa, namun mangsa tidak memberi kebenaran dengan alasan tiada kredit.

“Teman lelaki mangsa yang berusia 26 tahun enggan mempercayainya dan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Suspek menghentak kepala mangsa beberapa kali dengan topi keledar,” katanya. - Metro

The Amazing Spiderman

Citer Spiderman ni memang best. Aku tgk sehari sebelum puasa. Memang puas ati. Maybe sebb aku suka tgk movie kat pawagam? Tak jugak......kalau citer tak best memang aku ckp jer x best. Dan tiketnyer lebih murah dari Ice Age 4, hanya RM18 utk dua org. Cam biasa tempat favourite GSC Alamanda, sebb kerusi, screen dan segalanyer baru...belum buruk mcm sesetangah pawagam. lol.

Nampak mcm aku suka tgk wayang, sebenarnyer kdg² jer, kat rumah plak aku memang jarang tgk movie atau cd......dua bulan sekali pun payah. Jadi tak pelik kalau suka layan citer kat panggung wayang. Kpd yg minat citer aksi dan khayalan bolehla layan citer spiderman nie. Tp bulan posa ni mlm² nak terawih, jadi pilihla masa yg bersesuaian............


July 20, 2012

Selamat Berpuasa

Insyaallah, besok dah Ramadan.....sekejapnyer masa berlalu. Aku nk ucapkan selamat berpuasa kpd semua yg tersayang.........kedua ibu-bapa, nenek, adik-beradik, sidia, sedara-mara, teman², dan sekalian pembaca semua.....(cam ucapan radio plak). Semua aku syg.....Semoga kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa kali ini sekaligus menjadi umat yg lebih baik pd masa akan dtg....Insyaallah, amin.



July 17, 2012

Aneh: Taksub Bertindik

Dah lama tak tgk gambar² manusia yg mempunyai minat yg pelik mcm di bwh ni, mengubah ciptaan Allah kpd citarasa mereka yg sungguh buruk dan busuk. Confirm busuk cuz nak basuh muka pun payah.......x percaya? Try la tindik mcm gini........baru tau senang ke susah basuh muka n berus gigi.....aku tanak try sebb lidah, bibir, n wajah aku dah elok :)).........~ semua ciptaan Allah itu indah, tak perlu diubah²...








 

July 14, 2012

Ice Age 4 Tetap Kelakar

Mengantuk. Mlm tadi aku layan movie dgn nurul kat Alamanda......dah lama aku ngan nurul x tgk movie sama. Kami tgk Ice Age 4. Ramai penonton, tp ramai  family yg bawa anak² kecil. Budak² memang suka citer mcm nie. Best kalau aku dpt bawak anak buah kesayangan aku Airil dan Ailin....



Citer Ice Age ni cam episod sebelum² jugak.....best n tak boring. Berbaloilah RM12 satu tiket. RM24 utk dua org. Aku memang tgh tak rajin (malas) nk menaip byk²......tambah lagi dlm mood mengantuk nie. So, aku stop sini dulu..............kalau rajin Insyaallah aku post artikel² menarik. KaLau RaJin........

July 12, 2012

Promosi Arak Bulan Ramadhan

Aper nie? Ramadhan sale? Penjual air kencing syaitan pun nak menumpang rahmat di bulan Ramadhan? Sebb tu siap letak 'Ramadhan' dlm promosi jualan murah mereka? Menurut eborneo.net gambar ni di ambil di The Store Sri Petaling.


Nasihat kpd semua peniaga² dan pemilik² pasaraya, kalau nak perniagaan bertahan lama dan tak lingkup eloklah bersikap lebih sensitif terutamanyer yg melibatkan isu agama.


Kita semua pun tahu Ramadhan adalah bulan yg mulia dan penuh kesucian dan keberkatan kpd seluruh umat Islam didunia......jadi, dimanakah relevannyer arak ini dgn Ramadhan.....?

Aneh: Ular Berkepala Lima

Ular ni ditemukan di Kukke Subrahmanya dan menggemparkan India 2-3 tahun lalu, Di Kuil Hindu Karnataka, India. Sememangnyer India terkenal dgn byk org² dan benda² yg aneh dan ganjil. Yg menjadikan ianya ganjil dan aneh adalah diri mereka sendiri, kerana menganggap semua perkara berkait dgn patung² ciptaan mereka.

Sesungguhnyer setiap perkara itu bagi Allah cukuplah 'Kun Fa Ya Kun'...'Jadi, Maka Jadilah.' Kepala dua puluh atau dua ratus mahupun dua ribu Allah berkuasa menjadikannya.




July 10, 2012

Misteri: Tasik Merah Jambu

Tak sangka memang ada tasik berwarna pink? Cantiknyerr.........'I loikee..'....tak reti eja elok². Nama tasik ini adalah Lake Retba aka Lac Rose yg terdapat di Cap Vert, Semenanjung Senegal, Dakar Afrika.


Tasik ini mengandungi kandungan garam yg sgt tinggi seperti dead sea, menjadi warna pink disebabkn oleh Dunaliella Salina sejenis organisma alga yg biasanyer terdapat didlm garam laut. Warna ini biasa muncul ketika musim kemarau atau dry season di kawasan ini.












Rujukan: Wikipedia Encyclopedia

Pitam Lihat Isteri Cantik

Tahniah kpd pakcik dan makcik berdua....ceria benar wajah mereka. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Mcm lucu tajuknyer, tapi itulah realiti......suami atau lelaki pasti akan terkejut hingga pengsan atau hitam pitam jika melihat isteri², tunang² atau kekasih mereka cantik. Teruja katanyerrr.......! Kaum perempuan jugak yg cool dan rileks dgn senyuman.......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KOTA BHARU: “Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin).

“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di sini, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK.

Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris.

Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu. - Mymetro

July 05, 2012

Aneh: Fugu Makanan Beracun

Oh...inilah fugu rupanyer. Fugu atau ikan buntal merupakan salah satu hidangan beracun yg menjadi kegilaan segelintir rakyat jepun. Aku baru baca artikel mengenai fugu di Metro. Tak sangka ikan beracun mcm ni pun ramai yg suka...malah tidak peduli wpun mengetahui risiko yg bakal dihadapi sama ada boleh membawa maut atau kelumpuhan selepas memakannyer.

Teringin mencuba? Tak payahlah. Banyak lagi makanan yg lazat dan berkhasiat di bumi Allah ni.....buat apa nak bahayakan diri dgn makanan² mengarut lagi tak masuk akal mcm nie. Silap² tukang masak dia pun tak makan.