July 04, 2012

Jadi Gay Kerana Ayah

Senanglah hidup menyalahkan org lain. Malas nak komen lebih², bukannyer tak ada anak² yg didera dan disakiti ibu atau bapa atau kedua²nya sekali, setakat mak-ayah garang..? Bersepah²....tapi tetap teguh mempertahankan akidah dan akhlak mereka agar tidak terjerumus kelembah yg hina. Semoga pakcik badrul, dan kita semua menjadi seorg muslim yg lebih baik dunia-akhirat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR: “Hubungan saya dengan ayah renggang sejak kecil kerana dia garang dan tanpa saya sedari, kekurangan kasih sayang ayah menyebabkan saya meminati lelaki lain,” kata lelaki homoseksual mahu dikenali sebagai Badrul yang kini insaf dan kembali ke pangkal jalan.


Badrul, 50, berkata, disebabkan kurang komunikasi dengan ayahnya yang sering bercakap dengan suara tinggi, dia menjadi takut dan selalu menjauhkan diri.

“Ketika kecil, hanya ibu menjadi tempat saya bergantung kasih sayang sebab takutkan ayah. Banyak perkara yang sepatutnya ayah beri, tetapi saya minta melalui ibu kerana takut disergah ayah.

“Keadaan itu terbawa-bawa sehingga ke sekolah apabila saya selesa berkawan dengan perempuan, tetapi dalam masa sama, saya ‘jatuh cinta’ dalam diam terhadap guru lelaki,” katanya.

Menurutnya, hubungan seks songsang kali pertama dilakukannya pada usia 19 tahun ketika bekerja sambilan di sebuah restoran. - Metro

No comments: