July 05, 2012

RON97 Turun, RON95 Tidak

Berita gembira utk golongan minoriti, sedangkan majoriti rakyat Malaysia adalah pengguna minyak RON95. Termasuk aku. Dulu jer aku pakai RON97 masa harga tak mahal melampau.

Tak habis² BN ni nak perbodohkan rakyat. Kalau betol nak jaga kebajikan rakyat yg berpendapatan sederhana dan rendah turunkan harga RON95 sekali, bukan hanya RON97. Barulah semua rakyat akan merasa nikmat kesan dari penurunan harga tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa esok.


Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas.




 -Bernama  - copy from Malaysiakini

No comments: