August 24, 2012

Kerana Radio Abang Ditikam

Manusia semakin hilang akal. Terlalu byk pergaduhan dan pertengkaran yg membawa kpd pertumpahan darah dan pembunuhan didlm keluarga sendiri. Sama²lah kita kembali kpd Islam. Benarlah, sikap buruk pasti akan membawa padah.Dengar radio sorang² sudah, jgn sampai mengganggu jiran-tetangga dan keluarga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NAAHA (Indonesia): Disebabkan perkara kecil, Aidit, 34, penduduk Kampung Teteona, Kacamatan Wonggeduku, daerah Konawe ditikam oleh adiknya Jasmin, 24, semalam.

Aidit meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Awam Daerah Sultra.

Kedua-dua beradik itu bertengkar selepas mangsa merasa tersinggung apabila si adik menegur abangnya supaya memperlahankan bunyi radio kerana sudah lewat malam.



Ketua Bahagian Jenayah Polis Konawe, AKP Turuman Marani berkata, kejadian berlaku di rumah ibu bapa mereka.

Walaupun kedua-dua beradik itu sudah berumahtangga, mereka masih tinggal di rumah ibu bapa mereka di Kampung Teteona.


Jasmin memberitahu polis, Aidit pulang kira-kira jam 10 malam dalam keadaan mabuk.
Dia lalu memainkan radio dengan kuat hingga mengganggu ketenteraman jiran, lebih-lebih lagi waktu sudah lewat malam.

“Jasmin menegur abangnya tetapi tidak diterima baik oleh Aidit yang masih mabuk. Mereka kemudian bertengkar,” kata Turuman.

Melihat situasi yang tegang itu, Ketua Kampung Teteona meleraikan kedua-dua beradik itu. Apabila suasana tenang tiba-tiba bekalan elektrik dimatikan.

Aidit menyangka adiknya mematikan fius supaya bekalan elektrik terputus dan dia tidak dapat memainkan radionya.

Aidit menuduh Jasmin mematikan bekalan elektrik lalu kedua-duanya bertumbuk.

Jasmin melarikan diri ke dalam bilik tetapi dikejar oleh Aidit yang terus memukulnya. Dengan pantas, Jasmin menikam perut abangnya dengan pisau menyebabkan Aidit rebah.

Ketua kampung yang masih di tempat kejadian membantu membawa Aidit ke hospital tetapi mangsa mati dalam perjalanan. - JPNN - Metro

Maut Ditikam Adik Ipar Sendiri

Terlalu ramai manusia yg mengalami masalah mental hingga sanggup membunuh dan mencederakan org lain. Sikap panas-baran yg melampau telah merosakkan akal fikiran yg waras hingga dah tak mampu lagi menilai manakah tindakkan yg baik dan mana sebaliknya.

Org yg lembam dan sindrom down itu jauh lebih baik dan mulia dari manusia yg berakal, kuat dan sihat tapi tak tahu menggunakan akal, kesihatan, dan kekuatan kearah kebaikkan...................!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MELAKA: Aidilfitri sepatutnya disambut dengan amalan bermaaf-maafan, namun bagi dua bersaudara keadaan menjadi sebaliknya apabila seorang lelaki maut akibat ditikam adik iparnya sendiri di Kampung Serkam Pantai, dekat sini, malam kelmarin.



Mangsa, Rashid Ahmad, 46, mati jam 1.40 pagi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka kerana cedera di bahagian pinggang kiri akibat ditikam dengan pisau.

Sebelum itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan adik iparnya di halaman rumah ibunya jam 7.30 malam sebelum mangsa ditikam.

Kejadian bermula selepas mangsa, anak kelapan daripada 10 beradik, menegur sikap adik iparnya itu yang sering memukul isterinya berusia 36 tahun. - Metro

August 22, 2012

Maut Kerana Tuntut Hutang RM30

Dahla berhutang, tak nak bayar, membunuh pulak. Dari kau membunuh lebih eloklah pungut botol²/ tin² kat pembuangan sampah, jual dan bayar hutang yg tak seberapa tue. Tua tak mendatangkan hasil.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR: Cuma RM30. Itulah nilai nyawa seorang tukang rumah apabila mati dibelasah dengan kayu oleh dua lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati mangsa menuntut hutang itu.

Mangsa, Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, dibelasah kedua-dua suspek di rumah sewanya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin. Dia meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 4 pagi semalam.



Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, ketika mangsa berehat di ruang tamu rumah, dia didatangi suspek, seorang daripadanya rakan sekerjanya berusia 55 tahun dan seorang lagi berusia 53 tahun yang tidak dikenalinya.

“Dua suspek yang bersenjatakan kayu itu terus menyerang dan memukul mangsa menggunakan kayu panjang sebaik menceroboh rumahnya.

“Suspek kemudian melarikan diri bersama senjata digunakan apabila melihat mangsa mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi semalam. - Metro

August 17, 2012

Sesejuk Dodol Ini...Salam Aidilfitri

Begitulah jua yg aku rasakan ketika ini, dodol yg kesejukkan lepas beberapa hari dimasak. Sepi hati ini kian mencengkam. Ahh...ter over sudah. Mcm drama plak...lebih².

Sepertinyer aku xder semangat utk menaip? Memang pun. Disaat² org lain dah pun mula bercuti, aku masih berkerja..........dan Insyaallah, disaat² org lain masih bercuti hari raya ke empat kelak, aku dah kena masuk berkerja. Ohh..bertuahnyer aku.

Kerana aper? Sebb ketua aku Nurul dah tamat kontrak, semlm last keja...manakala Nani kawan seperjuangan aku plak di office nie (3 org jer lam opis nie) masih cuti bersalin...Jadi, tgjawab akulah menguruskan opis n pat keja nie tanpa teman seangkatan. Sorang².


Sob...sob...dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kpd sekalian teman² dan rakan taulan serta para pembaca Milokaw tersayang. Eceh....tersyg lagi. Walaupun aku kena berkerja sebelum dan selepas raya tapi aku tetap gembira..........at least aku ada keja....ramai per yg menganggur....?? Ayat cover.

Insyaallah, bertemu kembali dilain waktu. Kpd yg memandu balik kg, semoga selamat sampai dan berhati² selalu..(nasihat utk diri sendiri jugak). Besok pagi baru aku tolak balik Merapoh....balik Jengka xtau lagi, akan dipikirkan macamana sebb cuti pendek sgt..............uwaaa.........sob..sob..

Aku dah register FB semula, selepas beberapa lama mendeleted akaun lama. Insyaallah nanti aku masukkn dlm blog nie, terpaksa ada FB zaman sekarang, nak berbiznes pun payah kalau takder...............(sempat lagi citer).

August 15, 2012

Bunuh Dan Rogol?

Menyedihkan. Ya Allah manusia atau binatang yg melakukan pekerjaan nie?? Dahla bulan puasa. Manusia jenis apakah?? Tak cukup dgn bunuh, lebih keji lagi menodai insan yg telah dibunuh.

Aku kat Saujana Impian, Kajang. Tak pasti dekat atau jauh dgn kawasan ni, sebb aku pun baru duduk sini. Taman perumahan kami pun selalu berlaku kecurian dan samun wpun ada rondaan security. Dengarnyer taman² berdekatan pun mengalami masalah yg sama. Takziah kpd keluarga mangsa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Anggota polis membawa mayat Sabturiah yang dipercayai dibunuh dan dirogol dalam kejadian samun.

KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin.

Mayat Sabturiah Faisal, 19, ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya ketika mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada jam 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul serta jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher.

“Siasatan awal juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan. - Metro

Dibakar Teman Lelaki

Hilang mengantuk diptg hari. Inikah cinta? Syg? Sememangnyer bukan. Aku juga pernah melalui usia ini, alam persekolahan. Aku jugak pernah melalui alam cinta monyet katanyer? Monyet jugak yg disalahkn. Walhal monyet pun tak tau aper². TAPI, bagi aku amat berbeza budak² dulu dgn sekarang.



Yerlah, yg paling ketara zaman aku sekolah mana ada handphone.....skang anak buah kesygn aku airil 4 tahun dan ailyn yg baru setahun lebih pun dah pandai ckp kat handphone.......................sealiran itu tingkah laku dan peradaban manusia juga sudah jauh berubah.

Manusia semakin agresif atau kurangnyer didikan agama? Apa yg menyebabkn manusia semakin kejam dan hilang akal? Alangkah baiknyer kemodenan ini dijuruskan kpd pembentukkan akhlak yg lebih baik dan hebat. Zaman aku dulu, nak keluar mlm dgn kawan pempuan pas maghrib pun jgn haraplah.......masa dah berubah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.



Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.- Metro

August 11, 2012

Mengapa Mesti Berbohong?

Petikkan Mymasjid.net.my
Oleh: Adelia

Ramai di kalangan kita suka berbicara tentang pembohongan. Ada yang mengkategorikan pembohongan sebagai satu keperluan, lantas menamakannya sebagai "tipu sunat". 

Pada mereka, pembohongan ini dibenarkan jika mereka ingin menutup kekurangan atau menyembunyikan rahsia demi menjaga hati insan-insan yang lain. Biar apa pun alasannya, matlamat itu tidak sesekali menghalalkan cara yang mereka gunakan.



Biarpun kecil, pembohongan tetap satu dosa, tetap bergelar satu pengkhianatan ke atas prinsip kemanusiaan.

Jujurlah biarpun ianya pahit

Penipuan atau pembohongan adalah satu perbuatan untuk mewajarkan tindakan yang tidak direstui. Menutup rahsia dan kekurangan peribadi merupakan alasan yang paling dominan digunakan untuk tidak berlaku jujur.

Seorang lelaki misalnya, menipu tentang kerjaya dan peribadinya semata-mata untuk memikat seorang gadis.
Dan seorang gadis pula menipu untuk menyembunyikan kekurangan yang ada pada dirinya.

Sebuah cerita rekaan dicipta untuk memulakan sebuah penipuan yang kecil hanya dengan tujuan menyembunyikan rahsia dan kekurangan.



Tanpa disedari, satu penipuan itu sentiasa memerlukan penipuan demi penipuan yang lain agar rahsia tidak akan sesekali terbongkar.

Dan akhirnya, hidup mereka ini akan dipenuhi dengan ketidakjujuran semata-mata, hingga akhirnya mereka menipu diri mereka sendiri.

Namun apabila sekali kepercayaan itu dikhianati, mampukah kita merebut kepercayaan itu buat kedua kali?
Seandainya mampu sekalipun, pasti kepercayaan kali kedua itu akan disertai dengan syak dan ragu. Mahukah kita hidup dalam syak wasangka sepanjang masa?

Mahukah kita hidup dalam keadaan orang lain sukar mempercayai apa yang kita katakan? Bukankah terbukti di sini, kejujuran adalah asas kebahagiaan dan ketenangan jiwa?



Kejujuran mampu membuat manusia terhindar daripada melakukan kejahatan.

Suatu ketika dahulu, ada seorang pemuda yang ingin menghapuskan sikapnya yang suka berjudi dan minum arak.

Pemuda tersebut telah datang kepada Rasulullah s.a.w. Baginda kemudiannya hanya meminta pemuda itu berlaku jujur. Setiap Jumaat, pemuda itu menghadap Rasulullah s.a.w untuk melaporkan apa yang dibuatnya sepanjang minggu tanpa menipu.



Akibat malu menceritakan dengan jujur kepada Rasulullah tentang perbuatannya yang suka berjudi dan minum arak itu, akhirnya pemuda itu berjaya meninggalkan tabiat-tabiat buruk tersebut, lalu berubah menjadi seorang pemuda yang baik laku hanya kerana ingin berlaku jujur.

Kejujuran benteng kasih sayang

Di mana-mana di dunia ini, kasih sayang adalah nadi kehidupan. Kasih sayang yang teguh adalah kasih sayang yang terbina di atas landasan kejujuran dan keikhlasan.

Bahagialah hidup insan yang mampu mempertahankan kebahagiaan dan kasih sayangnya dengan kejujuran. Ingatlah, penipuan takkan selamanya mampu kita selindungkan. Satu masa, ia akan terbongkar juga.



Dan di saat itu, kasih sayang yang terbina di antara si penipu dengan mangsanya pasti akan berkubur di kaki sejarah. Syak wasangka akan mula sentiasa merajai hati.

Berlaku jujurlah pada semua insan di sekeliling kita. Berlaku jujurlah pada diri sendiri. Semoga kasih sayang dan kebahagiaan yang terbina, kekal menjadi milik kita hingga ke akhir nanti...

Kek Ular Untuk Hari Lahir Anak

Idea yg bagus? Iskkk.....byk lagi corak lain. Contohnyer rupa rama² ke, rupa kumbang lady bird ke. Tapi dah budak ni suka ular nak buat camana kan.......yg penting makan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LONDON: Ular ini tidak mungkin mengancam nyawa anda, kecuali menyebabkan anda sakit gigi, kerana ia sebenarnya kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar.

Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’ selepas melawat sebuah zoo.



Francesca, 37, yang fobia terhadap ular, menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet. Dia memasak kek yang sama besar dengan enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular sawa, antara ular tidak berbisa paling bahaya di dunia.

Wanita itu juga mengambil masa 12 jam menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat kulitnya serta tanda yang berbeza. Di majlis sambutan hari jadinya itu, Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala ‘ular’ berkenaan.

Francesca, ibu dua anak, yang menjalankan perniagaan membuat kek di Maid- stone, Kent, berkata: “Sebaik berjaya menangani fobia, saya terus membuatnya. “Apabila siap, saya meletakkannya di dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik.

Saya tidak boleh menengoknya. “Kanak-kanak itu terpesona dengan kek berkenaan dan langsung tidak takut. “Tetapi ibu bapa mereka tidak berani dekat dan ada yang takut,” katanya. - DM - Metro

August 10, 2012

Sepetang di Mid Valley & Mines

Hari kelmarin lepas keja aku terus ke Mid Valley dgn Nurul. Mulanyer nak tgk movie di Mines, tapi tercancel dan berubah arah ke Mid Valley dan berjln² tengok pakaian.



Hari yg sama MMU ada bagi kambing golek free kpd semua staff MMU. Anjuran bersama Tv9. Aku dan Nurul malas beratur dan menunggu, tak nak plan kami terganggu.

Pukul 4 staff dah berkumpul dan beratur panjang, kami  memilih utk 'tak join' dorang, kul 4.30 dah boleh gerak ke Mid Valley. Kalau tak, pukul 5 ptg pun belum tentu selesai urusan kambing......



Berlainan plak dgn suasana di Mid Valley, masa kami berjln² shopping aku dan Nurul tengok seawal pukul 6 ptg dah ramai org yg beratur di Baskin Robbins di bawah. Wpun mereka bagi free jam 8 mlm - 10 mlm.

Cina, Melayu, India semua ada beratur. Ais Krim free sapa tak nak? Menariknyer warga asing takder. Dah nama pun 'Ais Krim percuma utk Rakyat Malaysia', kalau ada Bangla, Indonesian, Nigerian atau Iranian pelik pulak rasanyer...........tapi aku dan Nurul tak beratur. Kami reserved tempat berbuka di salah sebuah restoran disitu.

Aku dan Nurul kalau nak layan Baskin Robbins kami pilih branch Alamanda. Dekat.



Semlm, balik rumah aku lepak² jap then kakak aku ajak p berbuka kat The Mines, aku setuju since aku pun takder aper² plan. So...kami terbang ke Mines dan makan sup kuew teow ngan cendawan di salah sebuah restoran di sini. Memang sedap. Kami datang pun sebenarnyer semata² nak makan sup tu........






Kalau jln² kat mines boring² bolehla naik boat, pusing² tasik.............tryla......ajak suami / isteri...jgn time berbuka sudah.

Weekend Nurul ajak berbuka di KL....tapi tgklah, cuz aku ingat nk ajak kakak & abg ipar aku pegi Sunway Pyramid. Tak pun Klang. Dah lama tak jalan sana........ajak tunang sekali kot? Ngehhh.

August 08, 2012

Krisis Air di Jengka Makin Kritikal

Kali nie aku nak cerita pasal krisis air di jengka. Sejak aku kecik ~ kanak² dendang hinggalah dewasa ini masalah air di jengka masih belum selesai. Maksud aku Jengka 16.



Setiapkali balik bercuti mesti air tak ada! Tambah tension kalau musim perayaan atau kenduri-kendara. Pernah jugak ada penduduk kenduri kahwin tapi air paip tak ada. Nak salahkan siapa?

Nak salahkan Pakatan Rakyat yg baru memerintah Selangor setahun jagung? At least berbelas tahun aku duduk Selangor ni tak ada pulak air kat rumah aku kering, sampai tak boleh mandi dan kena mandi sungai.

Kalau ada pun gangguan air akan diberitahu awal dan tu cuma sehari kerana kerja baik pulih. Boleh bilang dengan jari sejak aku duduk di Cyberjaya, Seri Kembangan, dan sekarang Kajang berapa kali masalah air yg dialami.

TAPI Jengka 16? Sejak aku kecil lagi sudah menghadapi masalah air, hampir setiap minggu. Sampai terpaksa mandi sungai.........penuhlah sungai tu dgn orang ramai...mandi-manda dan membasuh mcm dalam filem hitam putih zaman dulu.

Masa kecil memang enjoy mandi sungai. Masa sekarang apa yang enjoynya kalau kat rumah nak masak dan basuh kain pun punya susah? Tu tak kira lagi berapa kali kena skodeng / intai masa tengah mandi sungai oleh budak-budak nakal a.k.a jahat ketika remaja dulu.

Syukurlah kat rumah abah aku ada kolah besar yg mampu menampung bekalan air utk beberapa tempoh. Mcm mana rumah yg tiada, atau keluarga besar yg tak mampu menampung air berhari²? Bukankah menyusahkan?



Persoalannya disini, janganlah asyik cerita pasal krisis air di Selangor, jujurlah, Ceritakan jugak masalah air ditempat yg diperintah BN, contohnya Jengka 16 ni. Yg berpuluh tahun BN pegang.

Selepas membaca Sinar Harian dan komen facebook dibawah taulah kami, rupanya bukan Jengka 16 saja yg mengalami masalah air malah Jengka 12 pun sama, serta beberapa felda Pahang yg turut mengalami masalah yg sama.

Nasihat utk pemerintah dan media yg berat sebelah, "Janganlah jadi bodoh sombong", sibuk bercerita tentang rumah org lain bocor dan uzur, sedangkan rumah sendiri berlompang sana-sini dan tunggu masa nak runtuh.

Setidaknya PR baru saja memerintah Selangor, krisis air di Selangor sengaja diperbesarkan dan diada²kan, mengapa tidak ceritakan krisis air ketika berpuluh tahun masa BN memerintah dulu? Dan mengapa krisis air ditempat lain yg confirm diperintah oleh BN seperti di Pahang ni didiamkan sahaja?

Sedarkah mereka kami rakyat yg melalui masalah ini sedari kecik sangat² bosan dan meluat dgn sikap hipokrit pemerintah yg kononnya menjaga kebajikan rakyat?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JENGKA 12 - Pemilik lapan rumah di Blok M dan N Felda Jengka 12 meminta pihak berwajib menyelesaikan krisis air dihadapi mereka berikutan keadaan semakin teruk setiap kali tiba bulan Ramadan.

Penduduk, Syarifah Fatimah Syed Abu Bakar, 66, berkata, kedudukan rumah mereka di kawasan tanah tinggi dijadikan alasan punca air paip sukar sampai ke kediaman mereka.

“Bukan tahun ini sahaja, malah keadaan itu berlaku sejak awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu. Namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian.



“Kami menghadapi masalah ini sejak sekian lama. Namun setiap kali Ramadan tiba, masalah air didapati semakin teruk hingga menyukarkan penduduk menjalankan urusan harian,” katanya.

Dia berkata, air hanya dapat ditadah sekitar jam 12 tengah malam dan berhenti sekitar dua jam kemudian.
Menurutnya, lebih menyakitkan hati apabila bil air diterimanya lebih mahal berbanding penduduk kawasan lain.

“Bil air sekitar RM20 ke RM30 sebulan, sedangkan rumah yang menerima air 24 jam tanpa henti cuma membayar RM4 hingga RM6 sebulan. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya duduk bersendirian,” katanya.

Abdul Molok Abdul Gani, 65, berkata, dia mengambil pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah itu termasuk membina tiga tangki dengan setiap satunya berharga RM320 dan memasang pam penggalak.
“Namun, itu semua tidak dapat menyelesaikan masalah air ini khususnya apabila tiba musim perayaan atau cuti panjang,” katanya.

Malah katanya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak atasan berhubung masalah tersebut, malahan perkata itu pernah disiarkan di sebuah rancangan televisyen.

“Kesudahannya, mereka datang menjalankan kerja baik pulih. Namun hanya bertahan untuk seketika kerana masalah ini berulang semula tidak lama selepas itu.



“Malah, mereka juga ada membina tangki dan pam penggalak. Namun saya dapati tangki dan pam itu seperti tidak berfungsi. Pembinaannya merupakan satu bentuk pembaziran,” katanya.

Mohd Farid Mohd Marzuki, 26, pula berkata, setiap kali dia dan adik-beradik lain pulang ke kampung, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air.

“Kami pernah mandi dan menggunakan air di surau kerana air di rumah tidak mencukupi walaupun ditadah semalaman,” katanya.

Perogol di Facebook

Perogol dibawah menjalankan maksiat dan jenayahnyer melalui facebook. Kdg² kaum wanita memang mudah terpercaya dgn kata² lembut dan godaan lelaki wpun baru dikenali.

Nasihat kpd semua kaum wanita dan diri aku sendiri, berhati²lah.....terutamanyer ketika berhadapan dgn org yg baru dikenali, apatah lagi melalui alam maya internet. Waspada selalu kerana yg rugi adalah kita kaum wanita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SINGAPURA: Dengan memberi dadah untuk melemahkan mangsanya, Azuar Ahamad, 41, mengambil kesempatan ke atas 22 wanita yang ditemui di aplikasi Facebook yang dinamakan SpeedDate.



Azuar akan menghubungi mangsanya, berusia antara 18 dan 41, menggunakan aplikasi temu janji itu dan membawa mereka ke kelab malam, memberi mereka dadah dan kemudian melakukan serangan seksual, sebelum menghantar mereka pulang.

Azuar, juga merakam video ketika merogol sebahagian mangsanya menggunakan dua telefon bimbit miliknya.

Semalam, eksekutif logistik itu mengaku bersalah merogol tiga wanita dan menyerang secara seksual mangsa keempat antara Julai 2008 dan Ogos 2009. -Straits Times (Metro)

August 03, 2012

Bunuh Sebab Meletak Kereta?

Jiran kami siap langgar keta ayah aku, tapi tak bayar pun gantirugi RM300 lebih kurang. Masa tu anak dia tertekan minyak n termasuk kawasan rumah kami lalu mlanggar keta abah aku. Setakat parking kat halaman rumah kami? Perkara biasa. Tu jiran satu lagi. Kiranyer kiri-kanan jiran mencabar minda kami.

Sampai satu tahap abah aku terpaksa panggil dorang utk alihkn keta masa abah aku nak keluar. Kena block ngan keta mereka di depan rumah sendiri. Tapi abah aku ckp, sabar jer.....biar org buat aniaya kat kita. Jgn kita yg buat kat org. Alhamdulillah, skang mereka dah tak ganggu sgt umah kami setelah bertahun² menyiksa kami. Pandai pun park kat rumah sendiri................bukannyer tak boleh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MELAKA: Akibat pertelingkahan keluarga berpunca daripada masalah meletak kereta, seorang jurujual maut dalam satu pergaduhan membabitkan lebih 20 individu di sekitar Tanjung Kling, dekat sini.

Mangsa, Mohd Faizal Harun, 34, pada mulanya cedera parah di kepala selepas dibaling batu bata ketika pergaduhan kira-kira jam 5 petang 28 Julai lalu, namun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.50 malam Selasa lalu.



Menurut sumber, pergaduhan itu berpunca apabila sebuah kereta terhalang ketika mahu keluar rumah, menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan anggota keluarga yang tinggal bersebelahan.

“Pergaduhan antara dua keluarga itu bertambah buruk apabila rakan dan saudara lain turut campur tangan hingga membabitkan lebih 20 orang,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, dalam pergaduhan itu pelbagai senjata digunakan termasuk kerambit, batu bata, besi, kayu dan pasu bunga hingga mengakibatkan beberapa yang lain cedera. - Metro