August 08, 2012

Krisis Air di Jengka Makin Kritikal

Kali nie aku nak cerita pasal krisis air di jengka. Sejak aku kecik ~ kanak² dendang hinggalah dewasa ini masalah air di jengka masih belum selesai. Maksud aku Jengka 16.



Setiapkali balik bercuti mesti air tak ada! Tambah tension kalau musim perayaan atau kenduri-kendara. Pernah jugak ada penduduk kenduri kahwin tapi air paip tak ada. Nak salahkan siapa?

Nak salahkan Pakatan Rakyat yg baru memerintah Selangor setahun jagung? At least berbelas tahun aku duduk Selangor ni tak ada pulak air kat rumah aku kering, sampai tak boleh mandi dan kena mandi sungai.

Kalau ada pun gangguan air akan diberitahu awal dan tu cuma sehari kerana kerja baik pulih. Boleh bilang dengan jari sejak aku duduk di Cyberjaya, Seri Kembangan, dan sekarang Kajang berapa kali masalah air yg dialami.

TAPI Jengka 16? Sejak aku kecil lagi sudah menghadapi masalah air, hampir setiap minggu. Sampai terpaksa mandi sungai.........penuhlah sungai tu dgn orang ramai...mandi-manda dan membasuh mcm dalam filem hitam putih zaman dulu.

Masa kecil memang enjoy mandi sungai. Masa sekarang apa yang enjoynya kalau kat rumah nak masak dan basuh kain pun punya susah? Tu tak kira lagi berapa kali kena skodeng / intai masa tengah mandi sungai oleh budak-budak nakal a.k.a jahat ketika remaja dulu.

Syukurlah kat rumah abah aku ada kolah besar yg mampu menampung bekalan air utk beberapa tempoh. Mcm mana rumah yg tiada, atau keluarga besar yg tak mampu menampung air berhari²? Bukankah menyusahkan?



Persoalannya disini, janganlah asyik cerita pasal krisis air di Selangor, jujurlah, Ceritakan jugak masalah air ditempat yg diperintah BN, contohnya Jengka 16 ni. Yg berpuluh tahun BN pegang.

Selepas membaca Sinar Harian dan komen facebook dibawah taulah kami, rupanya bukan Jengka 16 saja yg mengalami masalah air malah Jengka 12 pun sama, serta beberapa felda Pahang yg turut mengalami masalah yg sama.

Nasihat utk pemerintah dan media yg berat sebelah, "Janganlah jadi bodoh sombong", sibuk bercerita tentang rumah org lain bocor dan uzur, sedangkan rumah sendiri berlompang sana-sini dan tunggu masa nak runtuh.

Setidaknya PR baru saja memerintah Selangor, krisis air di Selangor sengaja diperbesarkan dan diada²kan, mengapa tidak ceritakan krisis air ketika berpuluh tahun masa BN memerintah dulu? Dan mengapa krisis air ditempat lain yg confirm diperintah oleh BN seperti di Pahang ni didiamkan sahaja?

Sedarkah mereka kami rakyat yg melalui masalah ini sedari kecik sangat² bosan dan meluat dgn sikap hipokrit pemerintah yg kononnya menjaga kebajikan rakyat?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JENGKA 12 - Pemilik lapan rumah di Blok M dan N Felda Jengka 12 meminta pihak berwajib menyelesaikan krisis air dihadapi mereka berikutan keadaan semakin teruk setiap kali tiba bulan Ramadan.

Penduduk, Syarifah Fatimah Syed Abu Bakar, 66, berkata, kedudukan rumah mereka di kawasan tanah tinggi dijadikan alasan punca air paip sukar sampai ke kediaman mereka.

“Bukan tahun ini sahaja, malah keadaan itu berlaku sejak awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu. Namun sehingga kini masih belum ada penyelesaian.



“Kami menghadapi masalah ini sejak sekian lama. Namun setiap kali Ramadan tiba, masalah air didapati semakin teruk hingga menyukarkan penduduk menjalankan urusan harian,” katanya.

Dia berkata, air hanya dapat ditadah sekitar jam 12 tengah malam dan berhenti sekitar dua jam kemudian.
Menurutnya, lebih menyakitkan hati apabila bil air diterimanya lebih mahal berbanding penduduk kawasan lain.

“Bil air sekitar RM20 ke RM30 sebulan, sedangkan rumah yang menerima air 24 jam tanpa henti cuma membayar RM4 hingga RM6 sebulan. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya duduk bersendirian,” katanya.

Abdul Molok Abdul Gani, 65, berkata, dia mengambil pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah itu termasuk membina tiga tangki dengan setiap satunya berharga RM320 dan memasang pam penggalak.
“Namun, itu semua tidak dapat menyelesaikan masalah air ini khususnya apabila tiba musim perayaan atau cuti panjang,” katanya.

Malah katanya, penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak atasan berhubung masalah tersebut, malahan perkata itu pernah disiarkan di sebuah rancangan televisyen.

“Kesudahannya, mereka datang menjalankan kerja baik pulih. Namun hanya bertahan untuk seketika kerana masalah ini berulang semula tidak lama selepas itu.



“Malah, mereka juga ada membina tangki dan pam penggalak. Namun saya dapati tangki dan pam itu seperti tidak berfungsi. Pembinaannya merupakan satu bentuk pembaziran,” katanya.

Mohd Farid Mohd Marzuki, 26, pula berkata, setiap kali dia dan adik-beradik lain pulang ke kampung, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air.

“Kami pernah mandi dan menggunakan air di surau kerana air di rumah tidak mencukupi walaupun ditadah semalaman,” katanya.

No comments: