September 22, 2012

Lagi : Bantahan Innocence of Muslims

Pepatah Melayu ada menyebut, 'Sarang tebuan jgn dijolok .' Mungkin inilah kesan dan padahnyer bila manusia tak lagi memikirkan sensitiviti org lain. Mungkin golongan non-muslim tidak sedar bahawa ada umat Islam yg sanggup bermatian mempertahankan Rasulullah SAW dari dihina. Mereka sanggup mengorbankan nyawa demi Allah SWT. Kita bagaimana?

Dibawah adalah gambar dari berita² dunia termasuk BBC, ABC, Bloomberg, British News, dan beberapa agensi lagi yg melaporkan bantahan di Pakistan semalam yg telah mengorbankan 20 orang setakat ini. Apa yg berlaku mengandungi seribu pengajaran kpd non-muslim mahupun umat Islam sendiri. Keganasan tidak akan berlaku jika apa jua perhimpunan aman yg diadakan baik di Malaysia mahupun seluruh dunia tidak diganggu oleh pihak yg menyokong kezaliman..............!









September 21, 2012

Bantahan Innocence of Muslims

Dibawah adalah gambar² bantahan di seluruh dunia terhadap filem kontroversi 'Innocence of Muslims' yg menghina Rasulullah SAW tercinta dan Islam. Filem ni diharamkn bukan saja di negara kita, malah di negara² muslim yg lain. Saban hari bantahan di adakan bagi menggambarkan kemarahan umat Islam terhadap penghinaan ini.

Insyaallah, ptg ini pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan bantahan dihadapan kedutaan Amerika selepas solat jumaat. Semoga Allah SWT melancarkan segala urusan mereka. Ingatlah bahawa "Seorg yg menghina rasul, menghina Al-quran, dan menghina Allah SWT maka dia terkeluar dari Islam." Begitu juga org yg bersubahat atau merelakan perbuatan tersebut. Selemah² iman adalah menolak dalam hati.











Banyak lagi gambar² protes di internet, tapi aku upload hanya beberapa keping. Semoga Allah SWT merahmati dan bersama² mereka yg berjuang mempertahankan kesucian Islam. Amin Ya Rabbal Ala Min.

September 20, 2012

Lawak Tengahari

Mengantuknyer sorang² kat opis time lunch hour mcm ni. Nak makan pun masih kenyang, so jom layan beberapa keping gambar kat bawah.............! Kira memang lawak.........wpun masih x mampu mhilangkan mengantuk aku nieh. Huhu.






September 14, 2012

Pelajar Belasah Guru

Memburukkn nama sekolah jer budak² tak reti di ajar ni. Biasa dengar kan peribahasa kesat ?? 'Kecik-kecik tak nak mam.........s...! Dah besar menyusahkan org'. Mungkin tulah peribahasa paling sesuai utk mereka. Ohh...itu bahasa kasar dan marah. Ayat yg baik, smoga selepas dibawa kebalai dan di ajar oleh mereka² yg berkuasa pelajar² jahat ni akan insaf.

 Gambar Hiasan duniawi

Masa aku skolah dulu, kwn² lelaki yg nakal tu xder plak sampai belasah cikgu mcm nie. Nakal tapi tetap hormat cikgu. Wpun satu sekolah tahu kenakalan mereka. Bengang kat cikgu pun tetap bersikap baik pd guru apabila ditegur dan dinasihati. Budak² sekolah sekarang? Semakin ramai yg biadab dan kurang ajar yg keterlaluan. Apa akan jadi pada generasi akan dtg bila ramai pelajar yg berkelakuan mcm nie................??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya. - Metro

September 12, 2012

Gunkanjiman Pulau Mengerikan

Terletak di negara Jepun juga dikenali sebagai Hashima Island. Sejak tahun 1887 sehinggalah 1974 pulau ini mempunyai penduduk yg padat dan terkenal sebagai pulau tanpa warna hijau. Setelah perlombongan arang batu disini ditutup mereka semua berpindah dan tidak lagi tinggal di pulau ini. Jadilah pulau tinggalan yg tak berpenghuni. - Ditutup kerana aktiviti perlombongan sudah berakhir sejajar dgn kemajuan Jepun.

Namun begitu (karangan sekolah) baru² ini selepas tahun 2009, Gunkanjiman telah diumumkan sebagai salah-satu khazanah dunia dan boleh dilawati oleh pelancong.................!







Bapa Tembak Anak

Apalah sgt nyawa org lain kalau nyawa anak, isteri, ibu, ayah, abang, atuk-nenek, atau keluarga sendiri dah tak lagi berharga bagi segelintir pembunuh di Malaysia. Tak hairanlah jika byk terjadinya pembunuhan atau pertumpahan darah disana-sini. Manusia semakin hilang akal dan kewarasan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gambar : Metro

IPOH: Demi menyelamatkan nyawa ibunya, seorang remaja lelaki menggadai nyawa apabila bergelut dengan bapa kandungnya sebelum ditembak dengan pistol sebanyak dua das oleh lelaki itu dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya selepas ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang didiami isteri dan empat anaknya itu dengan menaiki kereta.

Menurutnya, pasangan itu yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham. - Metro

September 05, 2012

Aneh: Kek Buruk

Tergamak x nak memakannyer? Org barat atau non-muslim biasanyer memang x kisah atau suka pelik² ni...ader jer idea dorang. Sebb tu lah cake ni diadun dan dibentuk sedemikian rupa..........





gambar asiantown.net

Solo vs Dah Kahwin

OK. Dipagi yg damai ini, aku nak sajikn pembaca dgn gambar ayam dibawah yg aku cilok dari fb. Bukan sajikan dgn Ayam Goreng tau. Kat mana aku nk cari ayam goreng pepagi mcm ni..? Nak menggoreng? Lagilah malas. Korang goreng atau beli sendiri jerla kalu teringin nk makan ayam goreng......x gitu? Out of topic.

Btol ke pempuan akan gemoks after marriage? Ntahlah...aku tak berani nk komen cuz kedua² nenek n mak aku maintain jer slim lepas nikah....cuma berisi sikit.......wpun melahirkan anak ramai. So, aku rasa ikut gen kot, kalu dari baka atau keturunan gemuk maka mudahlah gemuk kot? Entahla.........TAPI part boys tu maybe btol, ramai jer aku tengok pala botak pas kawen.....kalu tak botak sebb rambut gugur, botak sebb sengkek berabis duit utk bini yg byk songeh nak mcm².....hehehe.


September 04, 2012

Bersedia Untuk Mengandung Lagi

Ingat lagi tak lelaki perempuan nie? Dia adalah lelaki yg asalnyer wanita (gambar model cun bwh sekali). Lawa kan masa wanita dulu?? Lawa. Sendiri tanya sendiri jwb. Kini Thomas telah berpisah dgn teman wanita sebelum ini dan memiliki teman wanita baru seperti dlm gambar.

Katanyer dia bersedia utk mengandung lagi kalau teman wanita barunyer nie tak dpt melakukannyer. Hurm....mcm² dunia akhir zaman nie........berita lanjut bleh baca artikel dibawah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





He shocked the world when he was pictured clutching his baby bump four years ago. Thomas Beatie went on to become the first man in the world to give birth – and then produced a further two children.

Sadly for the 38-year-old, his marriage to the mother of his three children– Susan, four, Austin, three, and Jensen, two – broke down earlier this year. But after finding new love, Thomas reveals he wants MORE kids.



This time Thomas, who had a sex change 15 years ago but kept his womb, hopes it won’t be him carrying the baby. But if Amber struggles to get pregnant he’s more than happy to do it all again himself.

Speaking exclusively to the Sunday Mirror, Thomas says: “Amber and I are totally smitten. We would love kids ­together and we’re already discussing it.



“I would love another girl so I have two of each. But any kid is a blessing.”

If all goes to plan and Amber does get pregnant, Thomas says that having been through it all himself he’ll be able ­to empathise with her if she suffers from morning sickness or has cravings for strange food.



“Being pregnant was the most ­incredible experience, but we want Amber to do it this time around,” he says. “I think it would be amazing to experience ­pregnancy as the father.” - Asiantown.net

September 01, 2012

Kutip Duit Syiling Bertaburan

Nak kata Bodoh & Tak Berhati Perut? Bolehlah jugak. Sememangnyer begitu. Duit syiling dijalanan lebih utama utk ditolong dari menolong org yg dlm kecederaan dan kesusahan.

Mungkin si pengutip-pengutip syiling yg ramai ni akan sedar dan insaf akan perbuatan mereka tu bila mereka sendiri mengalami kemalangan dan tak ada siapa yg pedulikan mereka. Sebaliknyer lebih pedulikan wang dan harta benda berharga yg berada dekat mereka. Barulah dorang tau betapa sakit dan kecewanyer dgn perlakuan tersebut?

Org yg beriman dan mengingati Allah pasti takkan melakukan perkara begini apatah lagi menyedari wang tersebut bukanlah hak mereka.............!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BUKIT BERUNTUNG: “Orang ramai yang berhenti bukan membantu kami, sebaliknya mengutip RM30,000 duit syiling yang bertaburan,” kata Ibrahim Jailani, 54, yang cedera ringan selepas van syarikat keselamatan dinaiki bersama dua rakannya terbalik menyebabkan wang syiling RM30,000 yang dibawa di dalam kenderaan itu bertaburan atas jalan, malam kelmarin.

Menurutnya, dia mengalami luka ringan berusaha membantu dua lagi rakan yang parah keluar dari tempat duduk.



“Saya kesal tiada siapa membantu kerana masing-masing sibuk mengutip syiling. Kami hanya diberi bantuan oleh kakitangan peronda lebuh raya dan polis yang tiba setengah jam kemudian.

“Mereka juga membantu mengutip syiling 10 sen dan 20 sen berkenaan bersama-sama pasukan bantuan daripada syarikat kami,” katanya.

Katanya, dua rakannya yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Dalam kejadian jam 12.10 malam di Kilometer 426.7 Lebuhraya Utara-Selatan, van dinaiki tiga kakitangan syarikat kawalan keselamatan itu dalam perjalanan dari ibu negara ke Ipoh dipercayai hilang kawalan sebaik tayar belakang kenderaan itu meletup.

Ibrahim berkata, kejadian itu menyebabkan van berkenaan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik beberapa kali sebelum merintangi laluan paling kiri lebuh raya.





“Sebuah treler yang mengekori tidak sempat mengelak lalu merempuh van kami menyebabkan ia terbabas dan melanggar pembahagi jalan,” katanya.

Katanya, dalam tempoh lima minit kemudian, dia melihat orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berkerumun mengutip wang syiling yang bertaburan di atas jalan.

Berikutan kejadian itu, lebuh raya berkenaan sesak teruk sepanjang lima kilometer selama dua jam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy mengesahkan menerima laporan kejadian itu. - Metro

Kucing Dua Wajah

Kucing mempunyai warna mata berbeza bukanlah suatu yg pelik. Rumah mak saudara aku kat Merapoh pun ada.....comel jer. Tapi kalau wajah seperti di cat nippon mcm nie, memanglah aku tak pernah tengok. Terasa mcm tipu dan di warnakn jer. Malangnyer, jika anda membaca berita dibawah ini sepenuhnyer anda akan tahu bahawa wajah meow comel ini adalah asli, dan bukan di cat pun................! Amazinggg....ckp omputih!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

RALEIGH: Seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza pada mukanya mengejutkan pengguna Internet di seluruh dunia dan membolehkan kucing berkenaan, Venus, menjadi sensasi di atas talian dalam masa yang singkat.



Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 ‘like,’ sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa hari saja.

Bulu muka kucing itu yang terbahagi secara simetri dengan warna hitam dan perang kemerah-merahan disamakan dengan versi lebih comel karektor komik, musuh Batman paling terkenal, Two-Face.

Venus mungkin kelihatan seperti ia datang dari planet lain tetapi penampilannya yang menyerlah dan warna mata yang berbeza mungkin dapat menerangkan dengan lebih mudah - perubahan genetik.

“Kami menerima pelbagai komen dari teknik Photoshop hingga kepada dakwaan kami mewarnakan sebahagian mukanya.”




“Dia dilahirkan sedemikian. Kami memiliki seekor kucing belang dan seekor hitam. Apabila saya melihat Venus kali pertama, saya berkata: ‘Oh. Ia kelihatan kombinasi kedua-dua kucing kami itu,’” kata pemilik kucing itu, Christina, dari Carolina Utara kepada rancangan Today Show.

“Ketika itu kami tidak melihat matanya. Reaksi pertama teman saya ialah: ‘Kita tidak perlukan haiwan lain lagi untuk dipelihara.

“Tetapi apabila kami lihat matanya dari jarak dekat, kami jatuh hati dengannya. dan saya berkata: ‘Kita perlu memiliki kucing ini!’

“Anda adalah bintang, Venus! Menarik!!!,” tulis seorang pengunjung dalam laman Facebook rasminya.

Seorang lagi menulis: “Kucing yang sungguh cantik. Saya begitu gembira Venus menemui kediaman yang baik dengan ibu bapa yang penyayang.”

Kini, populariti menanti Venus. Selepas muncul dalam rancangan Today Show, kucing yang berwajah luar biasa dikatakan akan membintangi video akan datang Lady Gaga. - DM - Metro

Jual Anak Gadis Untuk Rokok

Ada jugak bapak mcm nie? Kesian anak² mereka yg menjadi mangsa. Syukurlah kita mempunyai ibu-bapa yg baik dan menjaga kebajikan sedari kecil hingga dewasa dgn sebaiknyer.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BATU PAHAT: Bagi memastikan bekalan rokoknya sentiasa cukup serta tidak perlu dibeli, seorang bapa menawarkan empat anak perempuannya berusia 17 hingga 25 tahun tidur bersama lelaki hidung belang sebagai tukaran.

Lebih menjijikkan, kegiatan itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini, malah ketika anaknya tidur bersama lelaki, bapa durjana berusia 53 tahun terbabit berada di situ sambil merokok.


Kegiatan itu yang berlarutan sejak dua bulan lalu itu, bagaimanapun hanya membabitkan rakan bapa durjana itu, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat anaknya akur perkara itu atau terpaksa melakukannya.

Bagaimanapun, kegiatan keji itu berakhir malam kelmarin, selepas rumah lelaki terbabit diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat sempena Ops Ambang Merdeka. - Metro