September 21, 2012

Bantahan Innocence of Muslims

Dibawah adalah gambar² bantahan di seluruh dunia terhadap filem kontroversi 'Innocence of Muslims' yg menghina Rasulullah SAW tercinta dan Islam. Filem ni diharamkn bukan saja di negara kita, malah di negara² muslim yg lain. Saban hari bantahan di adakan bagi menggambarkan kemarahan umat Islam terhadap penghinaan ini.

Insyaallah, ptg ini pemuda PAS akan mengadakan perhimpunan bantahan dihadapan kedutaan Amerika selepas solat jumaat. Semoga Allah SWT melancarkan segala urusan mereka. Ingatlah bahawa "Seorg yg menghina rasul, menghina Al-quran, dan menghina Allah SWT maka dia terkeluar dari Islam." Begitu juga org yg bersubahat atau merelakan perbuatan tersebut. Selemah² iman adalah menolak dalam hati.











Banyak lagi gambar² protes di internet, tapi aku upload hanya beberapa keping. Semoga Allah SWT merahmati dan bersama² mereka yg berjuang mempertahankan kesucian Islam. Amin Ya Rabbal Ala Min.

No comments: