September 12, 2012

Bapa Tembak Anak

Apalah sgt nyawa org lain kalau nyawa anak, isteri, ibu, ayah, abang, atuk-nenek, atau keluarga sendiri dah tak lagi berharga bagi segelintir pembunuh di Malaysia. Tak hairanlah jika byk terjadinya pembunuhan atau pertumpahan darah disana-sini. Manusia semakin hilang akal dan kewarasan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gambar : Metro

IPOH: Demi menyelamatkan nyawa ibunya, seorang remaja lelaki menggadai nyawa apabila bergelut dengan bapa kandungnya sebelum ditembak dengan pistol sebanyak dua das oleh lelaki itu dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya selepas ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang didiami isteri dan empat anaknya itu dengan menaiki kereta.

Menurutnya, pasangan itu yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham. - Metro

No comments: