September 01, 2012

Kutip Duit Syiling Bertaburan

Nak kata Bodoh & Tak Berhati Perut? Bolehlah jugak. Sememangnyer begitu. Duit syiling dijalanan lebih utama utk ditolong dari menolong org yg dlm kecederaan dan kesusahan.

Mungkin si pengutip-pengutip syiling yg ramai ni akan sedar dan insaf akan perbuatan mereka tu bila mereka sendiri mengalami kemalangan dan tak ada siapa yg pedulikan mereka. Sebaliknyer lebih pedulikan wang dan harta benda berharga yg berada dekat mereka. Barulah dorang tau betapa sakit dan kecewanyer dgn perlakuan tersebut?

Org yg beriman dan mengingati Allah pasti takkan melakukan perkara begini apatah lagi menyedari wang tersebut bukanlah hak mereka.............!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BUKIT BERUNTUNG: “Orang ramai yang berhenti bukan membantu kami, sebaliknya mengutip RM30,000 duit syiling yang bertaburan,” kata Ibrahim Jailani, 54, yang cedera ringan selepas van syarikat keselamatan dinaiki bersama dua rakannya terbalik menyebabkan wang syiling RM30,000 yang dibawa di dalam kenderaan itu bertaburan atas jalan, malam kelmarin.

Menurutnya, dia mengalami luka ringan berusaha membantu dua lagi rakan yang parah keluar dari tempat duduk.



“Saya kesal tiada siapa membantu kerana masing-masing sibuk mengutip syiling. Kami hanya diberi bantuan oleh kakitangan peronda lebuh raya dan polis yang tiba setengah jam kemudian.

“Mereka juga membantu mengutip syiling 10 sen dan 20 sen berkenaan bersama-sama pasukan bantuan daripada syarikat kami,” katanya.

Katanya, dua rakannya yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Dalam kejadian jam 12.10 malam di Kilometer 426.7 Lebuhraya Utara-Selatan, van dinaiki tiga kakitangan syarikat kawalan keselamatan itu dalam perjalanan dari ibu negara ke Ipoh dipercayai hilang kawalan sebaik tayar belakang kenderaan itu meletup.

Ibrahim berkata, kejadian itu menyebabkan van berkenaan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik beberapa kali sebelum merintangi laluan paling kiri lebuh raya.





“Sebuah treler yang mengekori tidak sempat mengelak lalu merempuh van kami menyebabkan ia terbabas dan melanggar pembahagi jalan,” katanya.

Katanya, dalam tempoh lima minit kemudian, dia melihat orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berkerumun mengutip wang syiling yang bertaburan di atas jalan.

Berikutan kejadian itu, lebuh raya berkenaan sesak teruk sepanjang lima kilometer selama dua jam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy mengesahkan menerima laporan kejadian itu. - Metro

No comments: