September 14, 2012

Pelajar Belasah Guru

Memburukkn nama sekolah jer budak² tak reti di ajar ni. Biasa dengar kan peribahasa kesat ?? 'Kecik-kecik tak nak mam.........s...! Dah besar menyusahkan org'. Mungkin tulah peribahasa paling sesuai utk mereka. Ohh...itu bahasa kasar dan marah. Ayat yg baik, smoga selepas dibawa kebalai dan di ajar oleh mereka² yg berkuasa pelajar² jahat ni akan insaf.

 Gambar Hiasan duniawi

Masa aku skolah dulu, kwn² lelaki yg nakal tu xder plak sampai belasah cikgu mcm nie. Nakal tapi tetap hormat cikgu. Wpun satu sekolah tahu kenakalan mereka. Bengang kat cikgu pun tetap bersikap baik pd guru apabila ditegur dan dinasihati. Budak² sekolah sekarang? Semakin ramai yg biadab dan kurang ajar yg keterlaluan. Apa akan jadi pada generasi akan dtg bila ramai pelajar yg berkelakuan mcm nie................??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya. - Metro

No comments: