October 31, 2012

Isteri Puas Seks Lebih Jelita

DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.



Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.

Wajah berseri

Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?

Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.



Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.

Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.

Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.

Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.

Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.

Kitaran haid yang teratur

Menurut Winnifred Cutler,  pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.



Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut. - Sinarharian


* Dipetik dari majalah Mingguan Wanita edisi terbaru

October 24, 2012

Suami Tikam Isteri 8 Kali

Bukan baru lagi kes pembunuhan melibatkan keluarga. Siapa sangka org yg paling rapat sanggup membunuh? Zaman sekarang tiada apa yg di 'terkejut' atau di 'tak disangkakn'. Semuanya tak mustahil bila nafsu merajai akal. Kenapa aku besarkan tulisan salah satu perenggan dibawah? Utk highlightkn, dibunuh tak semestinya sebb melakukan kesalahan, tapi taknak melakukan kejahatan pun tetap dibunuh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KABUL: Gara-gara keluar rumah untuk bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, seorang wanita ditikam hingga mati oleh suaminya, kata polis semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Herat. Katanya, mangsa dikenali sebagai Kulsoom dan terbunuh selepas ditikam lapan kali Jumaat lalu.

“Suspek bernama Abdul Rahim dan dia kini ditahan atas tuduhan membunuh,” katanya. Jurucakap polis berkata, pasangan itu berkahwin sejak enam tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak.

Kejadian itu berlaku hampir seminggu selepas seorang wanita lain, Mah Gul, 20, dipancung iparnya di wilayah sama kerana enggan menjadi pelacur. Pengarah Wilayah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Abdul Qader Rahimi, berkata keganasan ke atas wanita meningkat mendadak di situ akhir-akhir ini.

“Sepanjang tahun ini, kami merekodkan 100 kes keganasan ke atas wanita di wilayah barat Afghanistan dan percaya, banyak lagi kejadian tetapi tidak dilaporkan,” katanya. - AFP - myMetro

October 18, 2012

Lelaki 96 Tahun Jadi Bapa Tertua

Tahniah kpd pasangan suami-isteri ini. Tak sangka bayi comel yg dikendong oleh atuk bersama makcik muda ni adalah anak mereka yg baru dilahirkan. Tentulah amat mengembirakan pasangan ini.

Tiada yg mustahil dan menghairankan dgn izin Allah SWT.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Raghav dan isterinya mendukung kedua-dua anak mereka. 

HARYANA, India - Seorang lelaki berusia 96 tahun menjadi bapa paling tua di dunia selepas isterinya yang telah dikahwininya selama 17 tahun melahirkan anak kedua mereka pada awal bulan ini, lapor portal berita Indian Today semalam.

Lelaki itu, Ramajit Raghav dan isterinya, Shakuntala, 54, tidak pernah dikurniakan cahaya mata untuk tempoh 15 tahun pertama perkahwinan mereka.

Pasangan yang bertemu jodoh di sebuah perkampungan Kharkhosa di daerah Sonepat itu menerima kehadiran cahaya mata sulung lelaki dua tahun lalu.

Bagaimanapun, anak kedua mereka, Ranjit dilahirkan 5 Oktober lalu.

"Tuhan mungkin mahukan kami memiliki lagi anak. Saya sangat gembira," katanya yang juga seorang petani.
Raghav yang berasal dari Azamgarh berhijrah ke Sonepat 20 tahun yang lalu bagi mendapat pekerjaan.
Dia merupakan bekas ahli gusti ketika zaman mudanya.

Raghav memecahkan rekod sebagai bapa tertua di dunia buat kali pertama pada 2007.

Petani tersebut menewaskan rekod yang dipegang oleh lelaki dari Rajasthan, Nanu Ram Jogi yang berusia 90 tahun apabila memperoleh anaknya yang ke-21.

Raghav kini memecahkan rekodnya sendiri apabila dia memperoleh anak keduanya.
Menurut petani tersebut, dia mahu kedua-dua anaknya menjadi pegawai tinggi pentadbiran.

Akhbar dalam talian MailOnline melaporkan, Raghav mengamalkan diet dengan meminum susu, memakan buah badam dan mentega.

Petani itu berkata, jiran-jirannya berasa cemburu kerana dia berjaya memperoleh dua anak yang sihat.
Raghav berkata, jiran-jirannya kerap bertanya rahsia kesihatan dirinya.

Lelaki tersebut berkata, dia mengambil berat tentang isterinya dan memenuhi keperluannya.
"Dia seorang wanita yang amat gembira," katanya.

Ketika Shakuntala melahirkan anaknya di sebuah hospital di sini, petani tersebut diketawakan oleh doktor-doktor kerana dia menyatakan bayi itu ialah anaknya.

Shakuntala menyatakan dia amat sayang suaminya itu.

"Saya menyayanginya walaupun dia kadangkala menjerit ke arah saya," katanya.
Menurut portal berita International Business Times, dia tidak mahu anak lagi selepas memperoleh dua cahaya mata. - Agensi - Kosmo

Suami Digoda Adik Ipar

SAYA berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah mentua.

Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di Melaka. Saya amat menyayangi isteri dan anak perempuan berusia lima bulan.

Isteri ada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan berusia 18 dan 14 tahun.
Selepas berkahwin, dua adik ipar saya itu sering mengganggu saya.


Disebabkan bilik kami bersebelahan, adik ipar yang kedua sering masuk ke bilik saya dengan hanya memakai seluar pendek dan pakaian dalam ketika isteri saya tiada di bilik.

Apabila isteri berada di bilik, dia masuk untuk meminta minyak rambut atau bedak. Dia juga pernah membuka pintu bilik air walaupun mengetahui saya sedang mandi dan tidak berpakaian.

Baru-baru ini, dia memberikan saya telefon bimbitnya ketika itu telefon saya rosak. Saya terkejut apabila dia mengirimkan mesej lucah yang ingin mengajak saya ‘bersama’.

Saya memulangkan semula telefon itu keesokan harinya. Perkara sama berlaku kepada adik ipar perempuan yang seorang lagi. Dia pernah berbogel di hadapan saya.

Dia juga pernah berpakat dengan kawan sekolahnya seramai empat orang untuk mengganggu saya. Disebabkan saya mengajar tidak jauh dari sekolahnya, saya ada menawarkan diri untuk menghantar serta mengambilnya dari sekolah.

Rancangan mereka diketahui isteri apabila salah seorang daripada mereka memberitahu kami dan adik perempuan isteri saya itu dipindahkan ke sekolah lain.



Saya dilarang isteri membawa adiknya seorang diri. Bagaimanapun, saya anggap mereka seperti adik kandung sendiri yang masih jahil. Saya tidak mahu mengambil kesempatan ke atas mereka.

Masalah timbul apabila isteri sering menolak ajakan saya untuk bersama selepas melahirkan anak pertama. Ia menyebabkan saya kecewa dan takut akan terbabit dengan maksiat.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak diingini? Sebelum ini, saya dan isteri pernah terlanjur dalam tempoh bertunang dan saya amat menyesali perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Mungkin itu ujian Allah bagi menguji kebenaran janji umatnya.

SUAMI SETIA,
Johor


ISLAM adalah agama yang komprehensif dan lengkap. Kes seperti di atas sudah dijangka apabila Rasulullah s.a.w sendiri menasihati setiap Muslim supaya sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak duduk berdua-duaan dengan sebarang wanita.

Ini termasuk juga dengan adik ipar dan keluarga terdekat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita. Salah seorang Ansar bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar (al-hamu)?” Rasulullah menjawab, “Saudara ipar adalah kematian.” (Bukhari, Muslim, Ahmad).

Kematian di sini bermaksud keadaan yang tersangat bahaya kerana perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina, tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tidak diinginkan berlaku.

Pada kebiasaan, masyarakat lebih berhati-hati dengan orang asing tetapi tidak apabila sesama keluarga sendiri. Mereka mengambil mudah dan kadang-kadang terlepas pandang dengan ahli keluarga sendiri.

Sebab itu, Rasulullah memberi amaran seperti di atas. Saudara sepatutnya lebih cermat dalam hubungan antara ipar supaya tidak mudah tergoda.

Sebaik mungkin saudara hendaklah mengelak daripada tinggal berdua di rumah.
Nafsu dan syaitan sentiasa mencari kesempatan memerangkap anda.

Anda sekeluarga sepatutnya pindah ke rumah yang lain supaya sebegitu tidak terus berlaku. Perasaan anda hendak dinyatakan kepada isteri terutamanya keinginan seksual.

Isteri pula hendaklah sentiasa memenuhi tanggungjawab melayan kehendak seksual suami apabila diminta. Mengabaikan tanggungjawab itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

Seterusnya dosa yang lampau hendaklah dihilangkan dengan bertaubat kepada Allah. Saudara hendaklah berazam untuk tidak lagi melakukan dosa seperti itu lagi.

Hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan Allah yang menjaga kita. Banyak berdoa semoga diampuni dan tidak lagi terjerumus dalam dosa lalu. - myMetro

Dirogol Ketika Jalan Bersendirian

Geram? Simpati? Atau aper yg kita rasakan bila membaca tajuk ini? Yg menjadi persoalan di benak aku kenapa jalan sorang²............?? Ohh Tuhan, jgnlah percaya sgt pd dunia luar hingga menyangkakan 'takkan terjadi aper² pada aku. Sapa pun takkan kacau aku.'

Berbaju kurung dan tutup aurat pun org ganggu kalau berseorangan, inikan pulak kalau pakaian menjolok mata. Memang mengundang padah. Berseorangan begitu pun sudah cukup utk menggamit malapetaka walaupun kita berpakaian besi.

Bila terjadi kes rogol begini sapa yg harus dipersalahkan? Jgn biarkan anak², adik², kakak, atau sedara-mara perempuan kita bersendirian keluar berjalan. Naik kereta sorg² setiap hari mcm aku ni pun bahaya....cuma setidaknyer dlm kereta. Semoga Allah SWT jauhkan kita semua dari perkara buruk begini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gambar Hiasan

CHERAS: Seorang wanita melalui detik hitam dalam hidupnya selepas dia yang berjalan sendirian bukan saja ‘diculik’ tiga lelaki, malah turut diperkosa seorang daripada lelaki terbabit.

Difahamkan, wanita berusia awal 30-an yang trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah lelaki terbabit pada malam Isnin lalu membuat laporan di Bali Polis Petaling, kelmarin.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa keluar rumah untuk ke sebuah kedai berhampiran Taman Kampung Muhibbah, di sini, jam 9.30 malam.

“Ketika mangsa berjalan sendirian, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa. Seorang daripada mereka keluar daripada kereta itu sebelum menarik mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit cuba mempertahankan diri dengan meronta dan menjerit,” katanya.

Sumber berkata, tindakan mangsa itu bagaimanapun gagal sebelum dia ditolak ke dalam kereta dan dilarikan ke sebuah kawasan kilang berhampiran.

Beliau berkata, selepas kejadian berkenaan, mangsa dibawa semula ke lokasi mangsa dilarikan sebelum ditinggalkan.

Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling, di sini. - myMetro

October 17, 2012

Kekasih: Al-Quran & Apple yg Memburuk

Lihatlah perbandingan epal yg telah dijadikan bahan eksperimen ini, satu bahagian didengarkan muzik, dan satu bahagian lagi di alunkan al-Quran, hasilnya selepas seminggu, bahagian cerah dan masih segar itu adalah epal yg diperdengarkan al-quran. Malah masih turut berbau wangi. Manakala yg memburuk itu pula adalah epal yg diperdengarkan lagu atau muzik hiburan.




Artikal ni aku ambil dari website discomaulvi. Eksperimen ini dilakukan oleh satu sekolah di Karachi utk melihat sejauh mana kebenaran yg dilakukan pada eksperimen sebelum ini (gambar bawah). Nak tahu lebih lanjut bolehla baca sendiri di website yg aku paste kan itu.



Gambar diatas ini adalah selepas tiga minggu eksperimen dijalankan, Nah, apple yg diperdengarkan al-Quran masih elok.Yg diperdengarkan muzik sudah memburuk. Itulah salah-satu keajaiban yg Allah SWT jadikan pd Al-Quran. Bagaimanakah pula pengaruh al-quran kedlm hati dan fizikal kita?? Tentulah lebih hebat dan mengagumkan. Maha Suci Allah.

Kehidupan Tanpa Internet

Jom kita tgk bagaimanakah reaksi hidup tanpa internet? Semlm internet down kat pat keja kami dari tenghari sampai petang sebb TM telah meng upgrade internet..supaya lebih bagus, laju, dan canggih? Sungguh mati kutu xtau nak buat aper..........lagi plak byk keja yg memerlukan internet. Gambar² bawah ni bleh dikatakan reaksi yg tepat...........








October 16, 2012

Peristiwa: Runtuhnya Mississippi

Salah-satu jambatan terbesar dunia yg mempunyai lapan lorong memandu iaitu jambatan Mississippi di Amerika yg menghubungkan dua kota, telah runtuh dan pecah kepada beberapa bahagian dan mengorbankan puluhan nyawa pada tahun 2007 dibulan August. Kejadian ini berlaku ketika waktu puncak yg mengakibatkan ratusan org tercedera dan terperangkap didalam kereta dan laut serta timbunan batu-konkrit.







http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/1559254/Mississippi-bridge-collapse-30-feared-dead.html

October 15, 2012

Aku Dikejar Kuda......!

Korang pernah dikejar kuda x? Okla, mungkin kuda 'class' la sgt, takpun dikejar lembu? kambing? atau dog? Oh speaking landun. Celupar btol tanya org dikejar kambing atau tidak.

Terkenang zaman kanak² riang dulu.


Sebenarnya aku ada pengalaman dikejar kuda masa kecik² dulu. Masa tu baru mengenal alam persekolahan. Waktu tu aku jln² ngan kakak aku masa nak ke  kedai or kemana aku pun x hingat. Yg pasti kuda tue adalah kepunyaan salah seorg guru sekolah kami yg sgt Islamic dan dihormati ramai. Suami-isteri alim dan warak. Isterinyer berpurdah. Kedua²nya baik hati dan disukai org kampung aku..kg.Merapoh.

Ok, kuda tu taklah besar pun....kecik jer, kuda padi. Tau tak kuda padi? Aku pun baru tau padi ada kuda. Wpun kuda tu kecik tapi tetap besar dan tinggi dari aku, malah pernah cikgu/ustad ni ajak aku naik kudanyer masa balik sekolah....aku tak nak...segan...wpun usianya lebih-kurang atuk aku.

Nak dijadikan citer, masa aku tgh jalan² lenggang-kangkung di petang yg hening dan damai tu tetiba aku pandang belakang ada anak kuda yg sederhana besar (kecik sket pada mak n ayahnyer) menghala ke arah aku.....aku pun terkejut tahap maksima dan seperti org yg dikejar polis aku pun meluru lari menyelamatkn diri.

Kakak aku yg jalan tak jauh dari aku terpana dan terkejut melihatkan aku dikejar kuda tersebut. Tercengang tak tau nk buat aper. Aku plak dah pasang langkah seribu. Tak peduli dah ngan kakak aku yg terkejut badak tu, yg aku tau aku perlu selamatkan diri. Lantaklah terkejut badak ke, katak ke, beruk ke, aku dah tak peduli semua tu.

Aku berlari sekuat hati sambil menjerit dan menangis panik mintak tolong, namun aku tetap tak nak berhenti dan meneruskan larian marathon tak diiktiraf tersebut. Takot ditendang kuda katanyer. Jadi aku lari jugak wpun sudah agak jauh dan kepenatan, mujur jalan lurus jer........!

Sambil teresak² menahan tangisan tue aku akhirnya kepenatan. Lelah dan sgt letih. Kuda masih meluru dibelakang....akhirnyer aku ambil keputusan utk nekad berhenti, per jadi pun jadilah. Nak tendang ke, nak gigit ke, aku dah tak peduli. Nafas aku pun dah tercungap kepenatan. Aku nekad berhenti dan ketepi jalan dgn linangan air mata tangisan yg masih bersisa.


Korang tau per yg terjadi......? Dlm kepasrahan tersebut aku sempat menoleh kearah anak kuda yg masih berlari dibelakangku lalu disebelah dan masih meneruskan lariannyer tanpa mempedulikan aku....???

Dia terus lari dgn gembira dan riang menuju jauh lagi kehadapan.....aku tergamam seketika, So, aku?? Ohhh...patutlah, didepan deretan kedai tu ada emak kuda ni sedang lepak....anak kuda yg kejar aku tadi meluru ke arah mak nyer dan berhenti disitu. Aku terpinga² sambil mengesat air mata. Rupanyer dia tak kejar aku pun.....dia cuma berlari dibelakang aku yg perasan dia telah mengejarku...........keh³.

Kesimpulannyer, jgnlah cepat perasan mcm aku nie.....akhirnyer aku jugak yg termalu sendiri tambah kepenatan. Perasan dikejar kuda. Kakak aku sempat membebel pot pet pot pet sebb aku perasan. Ah, biarlah, dia bukannyer faham pun perasaan org yg dikejar kuda.

Dan, terbukti kuda tu baik mcm tuannyer jugak.....tak kacau org pun :-)


Suami Maut Anak Lahir

Dari Allah SWT kita datang, kpdNya jualah kita dikembalikan. Takziah buat puan Siti Jannah Mohamed Amin dan keluarga serta anak² semoga diberikan kekuatan dlm menghadapi ujian Allah ini. Berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul. Sedih kita mendengarnya takkan sama sedih yg dirasai olehnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GEORGETOWN: Dalam keadaan sakit hendak melahirkan anak, seorang isteri tetap menggagahkan diri untuk menziarah dan mencium jenazah suaminya yang maut akibat kemalangan jalan raya, sebelum terus dikejarkan ke hospital, semalam.

Gambar Hiasan

Adegan pilu itu menyentuh perasaan orang ramai di Masjid Jamek Hashim Yahaya di Jalan Perak, di sini, sebelum Siti Jannah Mohamed Amin, 27, dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Siti Jannah dimasukkan ke wad bersalin HPP sejak dua hari lalu kerana menunggu masa melahirkan anak keduanya namun dikejutkan dengan berita kematian suaminya, yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Leith, di sini, awal pagi semalam.

Berikutan itu, ahli keluarga wanita itu membawanya keluar dari hospital untuk menghadiri pengebumian suaminya dan sebaik selesai solat jenazah dan mencium jenazah arwah, Siti Jannah mengadu sakit perut.

Dia kemudian dibawa ahli keluarganya ke HPP dan selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 3.30 petang semalam, kira-kira 12 jam selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan.- myMetro

Gaduh Isteri Terjun Bangunan

Hanya Allah SWT shj yg tahu aper yg dilalui oleh wanita ini. Bagaimana tekanan yg dihadapi dan selama manakah dia telah menderita. Sebagai org luar dan tidak mengenali mangsa kita hanya mampu mendengar dan mengambil pelarajaran dari kejadian ini. Jika kita merasakan tidak punya sesiapa lagi disaat dihimpit kesedihan dan kekecewaan, ingatlah Allah SWT sentiasa berada disisi. Dialah sebaik² Pendengar dan Penolong.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR: Akibat mengalami tekanan dipercayai selepas bergaduh dengan suami melalui telefon, seorang wanita berusia 37 tahun maut selepas terjun dari tingkat enam dalam kejadian di Kondominium Suria Kinrara, dekat Puchong, di sini, kelmarin.

 Gambar Hiasan

Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia empat tahun nekad terjun dari bangunan itu akibat tidak tahan dengan masalah yang dihadapi.

Sumber berkata, seorang rakan mangsa cuba menghalang wanita itu dari terjun, namun tidak berjaya.

“Mangsa cedera parah di bahagian badan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun meninggal dunia pada jam 8.30 pagi ketika menerima rawatan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - myMetro

October 11, 2012

Mangkuk Tandas Lelaki

Berbentuk Bibir Wanita Berlipstik! Hurm...apsal tak buat bentuk bibir lelaki? Buatkan dgn misai lentik sekali. Kenapa mesti bibir kaum wanita............? Eloklah mendapat bantahan ramai, harap² pihak restoran nie lebih peka dan cepat² buang mangkuk tandas ni dan gantikan dgn mangkuk tandas berbentuk mulut lelaki yg lebih bersopan lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SYDNEY: Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai.

Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan di Eropah.

“Kami memohon maaf sekiranya ia menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini,” kata jurucakap restoran mewah itu yang dibuka tiga minggu lalu.

Pengulas makanan akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan mangkuk kencing itu sebagai ‘tidak mengejutkan.’ Bagaimanapun, aktivis wanita dan bekas penasihat politik, Anne Summers berkata, rekaan itu menjijikkan.

“Sikap membenci wanita begitu berleluasa dan ini adalah satu contohnya,” kata Anne. - DM - Metro.

5 Tahun Kumpul Sinar Harian

"So what??" ........Ahh....belagak btoi pertanyaan aku nie. Suka ati pakcik ni la nak simpan or kumpul aper pun. Yg penting dia hepi. Ni kira free promosi kpd akhbar sinar harian bahawa dia mempunyai peminat fanatik mcm pakcik nie. Dulu² masa aku kecik n atuk aku ada....hari² dia beli utusan n berita harian......berlambak² kat rumah..masa tu utusan & berita masih relevan...kiranyer atuk aku pun peminat fanatik utusan dan berita la ek time tu....? keh keh. Bezanyer dia tak pernah bukukan newspaper tue.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KUANTAN – “Walaupun sudah veteran, tetapi saya tidak mahu ketinggalan mengetahui topik-topik menarik dalam akhbar menyebabkan saya mengumpul semua keratan berita tersebut dalam buku khas,” kata Syed Mohamad Syed Abdul Rahman, 62.

Syed Mohamad yang merupakan pembaca tegar Sinar Harian berkata, minatnya itu timbul sejak lima tahun lalu setelah akhbar ini mula diterbitkan.

Menurutnya, menjadi kepentingan untuk mengetahui isu-isu semasa dalam negeri bagi meningkatkan pengetahuan dan menjadi pedoman kepada diri sendiri.

“Saya memang suka membaca surat khabar dan apa sahaja berita diselitkan berkenaan dengan kehidupan seharian saya, itu yang saya akan simpan dan baca pada waktu-waktu lapang.

“Buku khas yang saya ada ini ibarat harta yang tidak ternilai yang saya ada dan ia akan dijaga sebaik mungkin untuk pedoman kepada anak cucu pula,” katanya.

Sehubungan itu juga, dia menyarankan golongan muda harus mempunyai sikap ingin tahu dalam diri agar tidak ketinggalan pada masa hadapan.

Menurutnya, ilmu dan pengetahuan adalah yang paling utama untuk menjadikan seseorang itu berjaya dan tidak mudah ditipu dengan sewenang-wenangnya.

“Kini pelbagai medium boleh digunakan oleh orang muda masa kini yang mana semuanya bercirikan kecanggihan teknologi dan bagi saya tiada masalah untuk mereka mengetahui pelbagai maklumat hanya di hujung jari sahaja. Apa yang penting adalah sikap ingin tahu dan rajin mencari maklumat.

“Bagi golongan veteran seperti saya ini, surat khabar adalah yang paling penting dicari seawal pagi berbanding perkara yang lain.Ini adalah kerana saya ingin mengetahui perkembangan semasa terlebih dahulu sebagai perangsang untuk saya majukan diri,”katanya.

Oleh itu, setiap buku skrap yang diperolehi oleh Syed Mohamad ini juga membawa pelbagai cerita suka-duka yang berlaku di dalam dunia ini lebih-lebih lagi yang melibatkan maklumat semasa berkaitan cerita di setiap daerah dalam negeri ini.

Kaya vs Miskin?

Tak payah berbangga diri dgn kemewahan, pangkat, harta, dan kekayaan. Masuk kubur semuanya sama. Yg berbeza adalah amalan masing², baik atau buruk. Yg baik Insyaallah selamat. Jadi, buangkanlah ego, bongkak, sombong dan rasa diri lebih mulia dari org lain.

Gambar ni aku ambil dari facebook. Semoga memberi peringatan dan menginsafkan kita semua. Ingat, jgn sombong² dan bongkak dlm hidup nie...............! Nasihat utk diri sendiri jugak ni yg selalu alpa.

Dapatkan beg murah dan cantik di blog dudukshopping saya!

October 10, 2012

Juara Makan Lipas Maut

Kalau tak babi makan org, org makan babi. Eh, keluar topik? Kalau tak lipas makan org (lipas memang tak makan org), org plak makan lipas. Itulah hikmahnyer Islam melarang memakan makanan yg kotor lagi berbahaya. Kerana haiwan melata begini mahupun yg kotor lagi buas mengandungi racun - atau setidaknyer kotoran atau kandungan yg bisa memudarat kesihatan sekaligus boleh membawa maut. Semoga kisah lelaki ini dpt menjadi pengajaran  buat semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DEERFIELD BEACH: Pemenang pertandingan makan lipas mati selepas memuntahkan berpuluh-puluh serangga itu dan cacing yang masih hidup.

Edward Archbold jatuh sakit dan pengsan di sebuah kedai haiwan, tempat pertandingan diadakan.

Rakaman video menunjukkan Archbold menyumbat masuk lipas ke dalam mulutnya, tidak lama sebelum dia meninggal dunia.

Lelaki berusia 32 tahun itu memenangi hadiah seekor ular sawa. Dia merancang menjual haiwan itu kepada seorang rakan.

Seramai 30 lagi peserta menyertai pertandingan berkenaan di Deerfield Beach, Florida.

Bagaimanapun, tidak seorangpun sakit selepas itu.

Penganjur pertandingan, Ben Siegel berkata: “Kami berasa begitu sedih. Dia kelihatan seperti ingin menunjuk-nunjuk. Tetapi dia lelaki baik.”

Menurut Siegel, Archbold tidak menunjukkan tanda sakit sebelum pertandingan.

Michael Adams, Profesor Entomology di Universiti California, Riverside, berkata, dia tidak pernah mendengar orang mati selepas memakan lipas.

“Kecuali lipas berkenaan tercemar bakteria atau patogen lain, saya tidak fikir lipas tidak selamat dimakan.

“Memang ada orang yang alah kepada lipas. Tetapi lipas atau serangga yang ada kaitan dengannya tidak ada toksin,” kata Adams.

Pegawai kini menanti keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian Archbold. - DM - metro

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Murah dan cantiknyer handbag ini. Sila klik disini

October 03, 2012

Petani di Makan Babi

Petani dimakan babi peliharaannyer? Biasa non-muslim makan babi, tapi kali ni dah terbalik. Babi pulak makan orang. TAPI tak mustahil jika berat babi tersebut melebihi 300kg.....gemuk gedempol dan kelaparan. Malah petani malang ini pernah diserang oleh seekor babi betina gara² terpijak anak babi tersebut. Kesimpulannyer, babi memang tidak baik utk kesihatan mental dan fizikal.

Gambar: bukan babi yg dimaksudkan

OREGON (Amerika Syarikat) : Satu siasatan dilancarkan selepas seorang petani dipercayai mati dimakan oleh babi peliharaannya. Terry Garner, 69, tidak pulang selepas memberi makan haiwan yang kelaparan itu di ladangnya di Oregon.

Seorang anggota keluarga kemudian menemui cebisan anggota tubuh dan giginya selepas babi itu memakan sebahagian besar mayat petani terbabit.


Pendakwa raya, Paul Frasier berkata, berat sebahagian babi itu melebihi 318 kilogram. Siasatan dilancarkan untuk memastikan kematian Garner kerana laporan patologi tidak lengkap. Frasier memberitahu akhbar The Register-Guard: “Apa yang kami tahu, ia kemalangan ngeri. Tetapi kami perlu melihat pada semua kemungkinan.”

Adik petani itu, Michael, berkata, Garner pernah dibaham seekor babi betina yang besar selepas dia terpijak seekor anak binatang itu. - Agensi

October 02, 2012

Sebelum dan Selepas Islam

Punk Comot. Aku hentam jer punk. Sebenarnyer aku pun tak tau nak labelkn sebagai kategori per. Cuma sgt mengharukan apabila hidayah Allah SWT sampai maka ia tak mengenal siapa dan warna kulit. Tak mengenal juga apa sikap dan perbuatan yg lepas. Semoga Allah SWT kekalkn kita dlm iman sehingga ke akhirnya...Insyaallah amin ya rabbal ala min.


Gambar n berita ni aku ambil dari fb. Kalau nk tgk video pengakuannyer boleh layari youtube seperti yg tertera pada gambar.

October 01, 2012

Air Mani Gajah Tundukkan Suami

Bukan setakat air mani gajah, darah haid isteri sendiri dijadikan bahan utk menyihir suami. Semoga kita dijauhkan dari perbuatan begini. Ingatlah, tiada sebarang kuasa pada darah haid yg kotor dan air mani yg jijik itu tanpa pertolongan Allah SWT. Dialah pemilik segala kuasa. Jadi, minta dan berdoalah hanya pada Dia tanpa menggunakan benda² yg mendua atau mensyirikkanNYA, apatah lagi benda² yg kotor lagi menjijikkan begitu. Bayangkan benda itu masuk ke mulut mu wahai isteri, apakah kau sanggup menelannyer?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.





Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan.

“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.

“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,” katanya.

Dia berkata, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.

“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.

“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.

Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.

“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.

“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah.

“Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.

Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk `dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.


“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah. Buat sementara ini juga saya masih bercuti di kampung untuk memulihkan semangat,” katanya.

Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.

Disihir minyak dagu

Sementara itu, akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang wanita di sini membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009.

Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Lebih tragis lagi, wanita berusia 33 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai Dee berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatri, Hospital Selayang selepas mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya atas urusan kerja.

“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu,” katanya.

Dee berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

“Biarpun dimaki-hamun dan disepak terajang saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat mahu pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat itu,” katanya.

Menurutnya, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri Dee menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu mayat pada badannya.

Dee bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.

* Tulisan ini sebahagian daripada laporan khas diterbitkan oleh Sinar Harian hari ini. Dapatkan Sinar Harian edisi hari ini di pasaran.