October 11, 2012

5 Tahun Kumpul Sinar Harian

"So what??" ........Ahh....belagak btoi pertanyaan aku nie. Suka ati pakcik ni la nak simpan or kumpul aper pun. Yg penting dia hepi. Ni kira free promosi kpd akhbar sinar harian bahawa dia mempunyai peminat fanatik mcm pakcik nie. Dulu² masa aku kecik n atuk aku ada....hari² dia beli utusan n berita harian......berlambak² kat rumah..masa tu utusan & berita masih relevan...kiranyer atuk aku pun peminat fanatik utusan dan berita la ek time tu....? keh keh. Bezanyer dia tak pernah bukukan newspaper tue.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KUANTAN – “Walaupun sudah veteran, tetapi saya tidak mahu ketinggalan mengetahui topik-topik menarik dalam akhbar menyebabkan saya mengumpul semua keratan berita tersebut dalam buku khas,” kata Syed Mohamad Syed Abdul Rahman, 62.

Syed Mohamad yang merupakan pembaca tegar Sinar Harian berkata, minatnya itu timbul sejak lima tahun lalu setelah akhbar ini mula diterbitkan.

Menurutnya, menjadi kepentingan untuk mengetahui isu-isu semasa dalam negeri bagi meningkatkan pengetahuan dan menjadi pedoman kepada diri sendiri.

“Saya memang suka membaca surat khabar dan apa sahaja berita diselitkan berkenaan dengan kehidupan seharian saya, itu yang saya akan simpan dan baca pada waktu-waktu lapang.

“Buku khas yang saya ada ini ibarat harta yang tidak ternilai yang saya ada dan ia akan dijaga sebaik mungkin untuk pedoman kepada anak cucu pula,” katanya.

Sehubungan itu juga, dia menyarankan golongan muda harus mempunyai sikap ingin tahu dalam diri agar tidak ketinggalan pada masa hadapan.

Menurutnya, ilmu dan pengetahuan adalah yang paling utama untuk menjadikan seseorang itu berjaya dan tidak mudah ditipu dengan sewenang-wenangnya.

“Kini pelbagai medium boleh digunakan oleh orang muda masa kini yang mana semuanya bercirikan kecanggihan teknologi dan bagi saya tiada masalah untuk mereka mengetahui pelbagai maklumat hanya di hujung jari sahaja. Apa yang penting adalah sikap ingin tahu dan rajin mencari maklumat.

“Bagi golongan veteran seperti saya ini, surat khabar adalah yang paling penting dicari seawal pagi berbanding perkara yang lain.Ini adalah kerana saya ingin mengetahui perkembangan semasa terlebih dahulu sebagai perangsang untuk saya majukan diri,”katanya.

Oleh itu, setiap buku skrap yang diperolehi oleh Syed Mohamad ini juga membawa pelbagai cerita suka-duka yang berlaku di dalam dunia ini lebih-lebih lagi yang melibatkan maklumat semasa berkaitan cerita di setiap daerah dalam negeri ini.

No comments: