October 15, 2012

Suami Maut Anak Lahir

Dari Allah SWT kita datang, kpdNya jualah kita dikembalikan. Takziah buat puan Siti Jannah Mohamed Amin dan keluarga serta anak² semoga diberikan kekuatan dlm menghadapi ujian Allah ini. Berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul. Sedih kita mendengarnya takkan sama sedih yg dirasai olehnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GEORGETOWN: Dalam keadaan sakit hendak melahirkan anak, seorang isteri tetap menggagahkan diri untuk menziarah dan mencium jenazah suaminya yang maut akibat kemalangan jalan raya, sebelum terus dikejarkan ke hospital, semalam.

Gambar Hiasan

Adegan pilu itu menyentuh perasaan orang ramai di Masjid Jamek Hashim Yahaya di Jalan Perak, di sini, sebelum Siti Jannah Mohamed Amin, 27, dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Siti Jannah dimasukkan ke wad bersalin HPP sejak dua hari lalu kerana menunggu masa melahirkan anak keduanya namun dikejutkan dengan berita kematian suaminya, yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Leith, di sini, awal pagi semalam.

Berikutan itu, ahli keluarga wanita itu membawanya keluar dari hospital untuk menghadiri pengebumian suaminya dan sebaik selesai solat jenazah dan mencium jenazah arwah, Siti Jannah mengadu sakit perut.

Dia kemudian dibawa ahli keluarganya ke HPP dan selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 3.30 petang semalam, kira-kira 12 jam selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan.- myMetro

No comments: