November 30, 2012

Teman Baikku Harimau

Kdg² berkawan dgn haiwan lebih baik dari berkawan dgn manusia yg tidak tahu menghargai ksh-syg dan kebaikkan yg diberikan.

Lelaki dibawah dikenali sebagai Abdullah berkawan baik dgn Mulan si harimau betina yg berumur empat tahun ni sejak harimau ni berusia 3 bulan lagi.

Abdullah lah yg menjaga dan membela Mulan ni bagai 'menatang minyak yg penuh.' Dah berperibahasa la plakkk.........! ~ Sila layankan gambar dan info dibawah.




FEARLESS Abdullah Sholeh poses with his best friend — a 27-stone Bengal tiger called Mulan.

The big cat has been raised by Abdullah, 31, since she was a three-month-old cub.


Now besotted Abdullah cuddles, plays and even has mock fights with the four-year-old tiger, who he looks after full-time for owner Noer Mohammaed Sholeh.

Affectionately known as the “tiger nanny”, Abdullah often shuns his own bed to sleep alongside Mulan in a rickety outhouse in Malang, Indonesia.

Abdullah says: “I never feel scared, I consider her my everyday friend.
“When she bites or scratches she is being a normal tiger.” - Asiantown.net

Hebat! Kereta Kristal Lexus

Kau hado?? Aku tak hadoo...! Soklan dan jwpn yg cukup sinonim di zaman ini. Dah tak reti eja bebaik 'ADA'. 'Kau ada?' Kan cantik bunyinyer. OHh..aku dah jadi cikgu Bahasa Melayu plak. Lupakan sumer tu. Kononnyer ejaan dlm blog aku ni btol lah sgt.

Dibawah ni gambar kereta mewah Lexus yg terbuat dari crystal. Cantik x? Kalau tanya aku.......ermm....pada pandangan aku......aku tak minat. Kat tengah panas confirm silau tahap matahari. Tapi kalau korang minat, suka hati korang la kan. ~ Sedikit info dibawah.





Lexus Luxury Crystal

Lexus in China for the first time shows a crystal version of the LFA Supercar, crystal car making delicate bodywork lines, internal engine, seats, steering wheel and in the control dashboards are all visible. Pretty awesome work! - asiantown.net

November 29, 2012

Lelaki Lengan Terbesar Dunia

Berhasrat nak lengan besar gedabak mcm pemuda nie?? Lepas ni bolehla encik² sekalian (lelaki shj) exercise bertubi², khas bahagian lengan sahaja supaya kelihatan gagah dan perkasa. Lepas tu mengalami tekanan serius sebb susah nak cari baju cuz tak muat kat bahagian lengan. Pepaham jerla kedai pakaian kat Msia ni...standard size jer, mana ada size gergasi atau tong drum sangat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MILFORD, Massachusetts - Seorang pemuda berketurunan Mesir, Moustafa Ismail yang tinggal di sini dipercayai memiliki lengan paling besar di dunia.

Ukur lilit lengan Moustafa yang berusia 24 tahun itu ialah 79 sentimeter.
Pemuda itu makan tiga kilogram (kg) protein, 4.08kg karbohidrat dan minum air sebanyak 11.35 liter pada setiap hari .



Pihak Guinness World Records kini menimbang sama ada akan mengiktiraf Moustafa sebagai pemilik lengan terbesar di dunia.

"Mereka (penduduk) memanggil saya Popeye, Popeye Mesir.

"Bagaimanapun, tidak seperti watak kartun Popeye, saya suka makan ayam, daging dan apa jua makanan kecuali bayam," katanya.

Dia juga mengambil vitamin dan makanan tambahan lain.
Moustafa juga sukar untuk mencari baju yang sesuai dengan tubuhnya.



Dia mula berusaha untuk memperoleh bentuk lengan itu di bandar kelahirannya, Alexandria di Mesir sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada 2007 dan menetap di Franklin, barat daya Boston.

Moustafa melakukan senaman angkat berat selama dua jam hampir setiap hari.
Pemuda itu pernah mengangkat bebanan seberat 272kg.

Dia sanggup melakukan dua pekerjaan termasuk sebagai pembantu di sebuah stesen minyak untuk membiayai senamannya di sebuah pusat kecergasan dan makanannya.

Namun, isterinya meminta dia meninggalkan salah satu pekerjaan kerana menganggap suaminya itu bekerja terlalu keras.



Pihak Guinness kemudian menghubunginya dengan menawarkan pemuda itu lawatan ke London, Britain untuk muncul bersama beberapa pemegang pelbagai rekod dunia termasuk wanita paling kecil di dunia.

Moustafa memenuhi undangan itu.

Bagaimanapun, kontroversi muncul kerana terdapat dakwaan di internet bahawa dia menggunakan dadah steroid dan menanam implan pada lengannya.

Beberapa pihak lain mendakwa, dia menyuntik minyak synthol yang digunakan oleh ahli bina badan.

Dia pernah pergi ke Tokyo untuk muncul dalam program dokumentari stesen televisyen Fuji yang menunjukkan beberapa doktor mengambil sampel darah manakala ototnya turut menjalani ujian X-ray.



Doktor-doktor itu bagaimanapun tidak menemui sebarang bahan terlarang dalam tubuhnya.

Namun, pihak Guinness mengeluarkan nama Moustafa dalam laman webnya.

Jurucakap Guinness, Sara Wilcox berkata pada Oktober lalu, pihaknya masih melakukan penyelidikan dengan pakar-pakar perubatan berhubung kes Moustafa sebelum mengiktiraf lengannya. - AP- kosmo

Ayah Dah Lari...........!?

Oh Tuhan, sedihnyer melihat janin yg digugurkan ni. Seolah² matanyer memandangku. Semoga perkara ini tidak terjadi kpd kita.


"dik2...ayah mana? ayah dah xde...dia dah lari cari awek lain...habis mak buat apa kat adik? bila saya main2 kat dlm perut mak...mak paksa adik keluar...waktu tu adik cakap kat mak...'mak...nantilah dulu...jgn kasi adik keluar dulu...bagi adik besar sikit...baru adik keluar...nnti adik boleh jadi anak yg soleh utk doakan mak..' tp mak kata..."aku peduli hape sama kau!!...kau ni menyusahkan aku je...!! Aku tak nak menanggung malu kerana kau !! xpelah mak...adik redha...adik harap...adiklah yg pertama dan yg terakhir ye mak." -fb Darul Ulum

Hantu Menakutkan Di Evalator Brazil

Hantu? Jgn panik. Video kt bawah ni cumalah lakonan duniawi semata. Hantu tu adalah kanak² yg menyamar sebagai hantu. Pun begitu org² yg masuk lif ni tak tahu pun tu cuma rakaman. Dorang ketakutan sebb ingat hantu real. Hakikatnyer, Tiada yg layak ditakuti selain Allah. Hantu/syaitan yg lebih dasyat lagi adalah dari dlm diri kita sendiri.

 

November 26, 2012

Gajah, Lukisan & Cermin

Mlm ni In syaa Allah aku balik jengka. Pas keja la kan. Hari Sabtu lepas aku baru jer balik dari Merapoh. Mlm jumaat lepas bertolak dari sini ke Merapoh.....penat tapi puas hati. Dapat jugak lepaskn rindu pd nenek aku di kg wpun sekejap.

Dibawah aku nk sharekn gambar yg aku ambil dari fb....(asyik² fb). Well ~ mcm biasa ckp omputih, sejak dah register fb semula, memang aku kerap ambil gambar atau artikel dari fb. Asalkn menarik. 

OKlah, x payah citer byk. Sila nikmati gambo² dibawah....! Ckp phg ~ mood balik phg la katakan.




Ketika Hati Seorang Muslimah Terluka

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya.


♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hari-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya.



♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya.



♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunianya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna.



♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesEdarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban dihatinya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya.



♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang di depan matanya tetap diharunginya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tidak akan luluh.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya

♥♥ TETAP MENJADI MUSLIMAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
♥♥ TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…

crdt: fb

 

November 22, 2012

Bayi Dan Air Ketuban

Tak sangka inilah rupa dan keadaan bayi jika masih dalam air ketuban yg belum dipecahkn. Aku pun x tahu sgt pasal air-air nie. Bayi ni sihat dan dikeluarkan melalui proses pembedahan. Kata kawan aku, biasanyer caesar / pembedahan dorang akan pecahkn dulu air ketuban nie......bukan keluarkan mcm dlm gambar nie.

Kita pasti menyedari keajaiban Allah SWT ada dimana², hatta dlm perut kita sekalipun. Gambar ni aku kutip dari fb.............


"Gambar yg saya sertakan menunjukkan bayi yg baru shj lahir berserta kantung air ketuban yg masih dlm keadaan baik. Gambar ini berbicara spy kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t. menjadikan lendiran2 ini sbg wakil (asbab-pelindung) kpd seorg bayi tatkala ia berada di dlm kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa2 melainkan Allah."

Seorang ulama pernah menyebut:


"Tawakkal seorg bayi sgt tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kpd Allah, bayi tdk mampu berbuat apa2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya utk diperlakukan spt apa, utk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tp Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

*Gambar yg cukup mengkagumkan, dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa Allah s.w.t. -Ubaidilah Al-Musawi (fb)

Atuk Popular Lepas Peraga Pakaian

'Wahh²...sekejapan aja kamu popular?' Atuk dan cucunyer ni pun mesti x sangka idea lucu mereka ni mendapat sambutan hangat di negara mereka, malah seluruh dunia. Kalah maharani lawak? Oklah.....xmau ckp byk², sila baca artikel dibawah kalu nk tahu kisah selanjutnyer.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GUANGZHOU - Seorang datuk di China menjadi popular sekelip mata selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiar di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin.


Pada mulanya, lelaki berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka.

Namun, selepas cucunya memuat naik gambar-gambar itu di Internet, mereka tidak menyangka imej tersebut menjadi popular dalam masa semalaman.

Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.

Butik tersebut beribu pejabat di sini dalam wilayah Guangdong, selatan China.

Menurut akhbar tempatan, China Newsweek, wanita berkenaan memberitahu bahawa idea untuk memperagakan fesyen wanita itu datang daripada datuknya.


"Dia mengambil sehelai pakaian dan mencubanya untuk memberi tunjuk ajar mengenai suai dan padan," kata cucu perempuan Xianping.

"Kami anggap aksinya lucu dan terus merakamnya," tambah wanita itu. - Agensi - Kosmo

November 21, 2012

Lagi: Air Mata Derita Gaza, Palestine

Antara wajah² syahid serta wajah kanak² bersama penduduk Palestine yg menderita dlm perjuangan demi meneruskan kelangsungan hidup yg penuh keperitan. Air mata dah tak bererti lagi, mungkin juga sudah kering.

Besar dan hebat sangatkah masalah yg kita lalui disini...?? Apakah sebesar dan sehebat ujian mereka yg bila² masa saja berisiko diletupkan oleh bom yg dilontar sesuka hati oleh manusia berhati syaitan? Adakah sehebat dan sebesar ujian mereka yg kehilangan anak²? Kehilangan kedua-ibu bapa? Teman² dan saudara-mara? Harta-benda? Atau negara tercinta?












Pulangkan Wang RM2.7 Juta

Benarlah sepertimana kata-kata bestari, org yg jujur itu mendapat kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. Lihatlah pakcik di bawah nie, lantaran sikap jujurnyer itu dia dihormati dan disukai org ramai. Malah dpt duit lagi.....................! Menjadi kebanggaan dan kepercayaan majikannya.

Sama²lah kita amalkan sifat jujur ini. Mulakan dgn jujur dalam berkata² dan diikuti jujur dlm perbuatan dan hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SINGAPURA - Seorang pemandu teksi di sini dijulang sebagai wira kerana memulangkan wang tunai berjumlah AS$900,000 (RM2.7 juta) milik pasangan pelancong Thailand yang tertinggal di dalam teksinya.

Pemandu berusia 70 tahun itu, Sia Ka Tian berkata, dia terkejut menemui wang tersebut di dalam sebuah beg kertas berwarna hitam di tempat duduk belakang selepas menurunkan mereka di sebuah pusat beli-belah di sini.

 Ka Tian

"Apabila saya melihat wang itu, saya berfikir masalah sudah datang. Saya pasti terdapat sekurang-kurangnya AS$200,000 (RM612,800) di dalam beg itu," katanya yang sudah 31 tahun memandu teksi.

Namun, apabila dia membawa beg kertas itu pulang ke syarikat pengangkutan teksi ComfortDelGro tempat dia bekerja, rakan-rakannya yang mengira wang itu terkejut kerana beg itu mengandungi wang sebegitu banyak.

Beg tersebut mengandungi sejumlah wang kertas bernilai seribu dolar Singapura.

"Duit itu tidak penting buat saya. Ia bukan milik saya, jadi bagaimana saya hendak gunakannya?" katanya kepada akhbar Straits Times.

Pasangan warga Thai tersebut melaporkan kehilangan tersebut kepada syarikat ComfortDelGro dan Ka Tian siap sedia menunggu apabila mereka tiba untuk menuntut kembali wang itu.

Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak menyatakan tujuan pasangan itu membawa wang dalam jumlah yang begitu banyak.


Ka Tian pula menerima sejumlah ganjaran daripada pasangan tersebut tetapi jumlahnya tidak didedahkan.

Pihak syarikat turut merancang untuk memberikan anugerah kepada Ka Tian kerana sikap jujurnya itu.

"Kami amat berbangga dengannya (Ka Tian) dan lega kerana penumpang tersebut menemui semula wang mereka," tambah jurucakap yarikat penghantar itu, Tammy Tan.

Pada 2009, seorang pemandu teksi lain mengembalikan beberapa jongkong emas seberat lima kilogram bernilai 377,000 dolar Singapura (RM942,807) yang ditemui di dalam teksinya. - AFP - Kosmo

Ditahan Kerana Kritikan Facebook

Seperti yg pernah aku katakan, India memang terkenal dgn mcm² 'ke pelik kan' dan mcm² rule mengarut? Dibawah dua org wanita ditahan kerana mengkritik ahli politik berpengaruh di India.

Sebenarnya, tak ada bezanyer dgn Msia. Jgn buat² lupa bila ramai rakyat kita yg ditahan di ISA, malah ada yg ditahan kerana menghina raja dan sultan. Tapi, bila menghina Rasulullah SAW dan Allah SWT masing² diam membisu. Tak ada pulak nak tangkap dan tahan dibawah aper² akta? Alangkah bodoh dan dangkalnyer.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DUA orang wanita yang ditangkap kerana mengkritik di laman sosial Facebooknya berjalan keluar dari sebuah mahkamah di Mumbai semalam.

MUMBAI - Pihak berkuasa India menahan seorang wanita kerana mengkritik dalam akaun Facebooknya mengenai penutupan sebuah kawasan perniagaan di sini bagi memberikan laluan kepada upacara pengkebumian seorang ahli politik berpengaruh India, Bal Thackeray.

Wanita berkenaan menyatakan penutupan tersebut dibuat kerana takut dan bukan kerana menghormati ahli politik tersebut.

Turut ditahan bersama merupakan seorang wanita lain yang menekan butang suka pada komen itu.

Beberapa penganalisis dan pihak media semalam secara meluas mengutuk penangkapan mereka oleh pihak berkuasa negeri Maharashtra sebagai cubaan untuk menyekat kebebasan bersuara.


Bal Thackeray

Pada Ahad lalu, kedai-kedai, perkhidmatan pengangkutan awam dan kewangan di seluruh bandar raya ini ditutup ekoran kematian pemimpin itu.

Penahanan kedua-dua wanita itu dilihat sebagai langkah oleh polis untuk mengelak daripada berlakunya kekacauan oleh penyokong Thackeray.

Kedua-dua wanita berkenaan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin. - AP - Kosmo

November 20, 2012

McDonald's Penyumbang Besar Yahudi

Facebook, software, perisian computer-laptop, handphone, dan macam² lagi kecanggihan atau kemodenan bersumber dari yahudi. Benar. Tapi ada yg boleh diguna pakai utk kepentingan agama kita. Contohnya melalui fb, blog, atau berbagai alat komunikasi lain, kita sama² berkongsi pengetahuan dan ilmu tentang pelbagai peristiwa yg menimpa seluruh saudara Islam kita didunia mahupun segala mcm ilmu bermanfaat.

Bagaimana pula dgn McDonald's? Atau makanan² yg menjadi penyumbang yahudi? Makanan adalah utk diri kita sendiri, bukan tujuan saluran ilmu atau manfaat. Kalau kita katakan membeli McD utk bersedekah, maka diluar sana kita mempunyai banyak lagi pilihan makanan dari syarikat lain yg berkhasiat utk disedekahkan. Mengapa memilih McDonald's?



Ramai yg tahu McDonald's merupakan salah satu syarikat penyalur wang terbesar kepada Israel. Lihatlah panorama diatas, diluar negara McD diboikot oleh org ramai. Sedangkan dinegara kita ramai beratur panjang utk menikmati makanan disini yg terang dan nyata adalah penyumbang yahudi. Benar, McD Msia menafikan mereka terlibat dgn sumbangan tersebut.

Kita pun tahu perniagaan francais perlu membayar yuran tahunan, dan kita tidak mengatakan peniaga McDonald's Malaysia menyumbang kpd tentera Israel secara langsung, tetapi secara 'tidak langsung'. Dimana yuran yg dibayar itulah merupakan antara sumber kewangan McDonald's di barat menyalurkan wang tersebut kepada zionis Israel.

Dan jika ada yg berkata Ust.Azhar Idrus pun makan McD. Maka, org yg berckp tersebut mungkin malas membaca atau bckp sesuka hati sebelum menulis. Ust.Azhar sudah menjelaskan isu McD tersebut. Rajinkan diri membaca sebelum memberi komen negatif tentang ust. tersebut.


Aku pun baru saja makan McD...drive through, beberapa bulan lepas. Tapi selepas ni aku rasa yg terbaik akan memboikot mereka, tak kisah walaupun tak merugikan mereka, asalkan wang dari poket aku tak mengalir kepada kezaliman zionis Israel Yahudi yg membantai saudara Islam ku di bumi Palestine........!

Gambar dibawah adalah salah seorg remaja yg kehilangan kedua ibu-bapanya yg terbunuh dlm serangan bom oleh Israel, mendukung adiknya yg tercedera. Ya Allah, pilu dan sedih melihat apa yg dilalui oleh saudara seagama kami.................

Carrying his little brother in his arms, after their parents were killed during the hours before the bombing. (fb)

November 17, 2012

Air Mata Derita Gaza, Palestine

Lihatlah, bagaimana penderitaan saudara muslim kita di Gaza. Hari² mereka penuh ketakutan, kecemasan dan kekalutan akibat serangan tentera² syaitan yg bertopeng manusia, Israel laknatullah. Bagaimana kita boleh tersenyum dan ketawa disini dlm kemaksiatan dan lalai? Sedangkan saudara Islam kita disana menderita melalui saat² getir diserang bala tentera syaitan?

Hari ini, jika kita terlebih ketawa dan gembira maka ingatlah, tidak mustahil kesedihan dan bala akan menimpa kita pd bila² masa shj dan dimana jua. Walaupun bukan dari serangan musuh seperti ini tapi mungkin dlm bentuk bencana dan malapetaka yg tidak terduga jika kita terus leka dan lalai. Sama²lah kita bermuhasabah diri. Sama² berdoa utk saudara² muslim kita disana.