November 03, 2012

Bakar Kenderaan Bekas Kekasih

Haruskah?? Mata aku mengantuk.....tercongok sorg², tiba² dikejutkan oleh berita yg agak tak masuk akal nie. Inilah padah dan akibat bila terlalu kecewa, byk perkara diluar akal terjadi.

Masih belum terlambat utk anda berlari ke kedai mendapatkn kosmo hari nie. 'Tak rajin aku nk berlari ke kedai semata² nak beli kosmo utk mengetahui kisah selanjutnyer......................!'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


TAPAH – Gara-gara tidak berpuas hati selepas cintanya ditolak gadis kilang, seorang lelaki bersama empat rakannya bertindak ganas dengan membakar sebuah kereta dan tiga buah motosikal milik ahli keluarga bekas kekasihnya di Highland Park di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, cermin kereta Proton Persona milik bapa gadis berkenaan dipecah sebelum kenderaan itu dicurahkan minyak petrol dan dibakar.

Turut dikhianati tiga buah motosikal milik keluarga bekas kekasihnya itu.
Salah sebuah motosikal tersebut baru dibeli beberapa bulan lalu.

Semasa kejadian, kereta Persona dan tiga buah motosikal tersebut berada di depan rumah teres setingkat milik mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superitendan Abdullah Arshad berkata, suspek pertama berusia 22 tahun yang merupakan bekas kekasih pekerja kilang itu diberkas beberapa jam selepas kejadian.

“Gadis berusia 19 tahun itu pernah berpacaran selama dua tahun dengan suspek utama tetapi hubungan mereka terputus enam bulan lalu.

“Pasangan kekasih itu merupakan sepupu dan perpisahan tersebut turut menyebabkan keluarga masing-masing saling bergaduh,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments: