November 21, 2012

Ditahan Kerana Kritikan Facebook

Seperti yg pernah aku katakan, India memang terkenal dgn mcm² 'ke pelik kan' dan mcm² rule mengarut? Dibawah dua org wanita ditahan kerana mengkritik ahli politik berpengaruh di India.

Sebenarnya, tak ada bezanyer dgn Msia. Jgn buat² lupa bila ramai rakyat kita yg ditahan di ISA, malah ada yg ditahan kerana menghina raja dan sultan. Tapi, bila menghina Rasulullah SAW dan Allah SWT masing² diam membisu. Tak ada pulak nak tangkap dan tahan dibawah aper² akta? Alangkah bodoh dan dangkalnyer.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DUA orang wanita yang ditangkap kerana mengkritik di laman sosial Facebooknya berjalan keluar dari sebuah mahkamah di Mumbai semalam.

MUMBAI - Pihak berkuasa India menahan seorang wanita kerana mengkritik dalam akaun Facebooknya mengenai penutupan sebuah kawasan perniagaan di sini bagi memberikan laluan kepada upacara pengkebumian seorang ahli politik berpengaruh India, Bal Thackeray.

Wanita berkenaan menyatakan penutupan tersebut dibuat kerana takut dan bukan kerana menghormati ahli politik tersebut.

Turut ditahan bersama merupakan seorang wanita lain yang menekan butang suka pada komen itu.

Beberapa penganalisis dan pihak media semalam secara meluas mengutuk penangkapan mereka oleh pihak berkuasa negeri Maharashtra sebagai cubaan untuk menyekat kebebasan bersuara.


Bal Thackeray

Pada Ahad lalu, kedai-kedai, perkhidmatan pengangkutan awam dan kewangan di seluruh bandar raya ini ditutup ekoran kematian pemimpin itu.

Penahanan kedua-dua wanita itu dilihat sebagai langkah oleh polis untuk mengelak daripada berlakunya kekacauan oleh penyokong Thackeray.

Kedua-dua wanita berkenaan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin. - AP - Kosmo

No comments: