November 14, 2012

Lelaki Cemburu Bakar Teman Wanita

BANGKOK: Seorang lelaki yang cemburu, membakar teman wanitanya selepas mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, semalam.

subzerosiam.com

Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang diserang dan dibakar di kompleks apartmen di daerah Lat Krabang.

Thayarat (nama keluarga tidak didedahkan) 20, dihantar ke hospital oleh saudaranya. Doktor berkata, mangsa parah di mana 60 peratus tubuhnya melecur.

Menurut rakan mangsa, penyerangnya adalah bekas teman lelakinya, Eakpol Udom-mala, 19 yang mengancamnya selepas mendapat tahu mangsa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. - myMetro

No comments: