November 20, 2012

McDonald's Penyumbang Besar Yahudi

Facebook, software, perisian computer-laptop, handphone, dan macam² lagi kecanggihan atau kemodenan bersumber dari yahudi. Benar. Tapi ada yg boleh diguna pakai utk kepentingan agama kita. Contohnya melalui fb, blog, atau berbagai alat komunikasi lain, kita sama² berkongsi pengetahuan dan ilmu tentang pelbagai peristiwa yg menimpa seluruh saudara Islam kita didunia mahupun segala mcm ilmu bermanfaat.

Bagaimana pula dgn McDonald's? Atau makanan² yg menjadi penyumbang yahudi? Makanan adalah utk diri kita sendiri, bukan tujuan saluran ilmu atau manfaat. Kalau kita katakan membeli McD utk bersedekah, maka diluar sana kita mempunyai banyak lagi pilihan makanan dari syarikat lain yg berkhasiat utk disedekahkan. Mengapa memilih McDonald's?



Ramai yg tahu McDonald's merupakan salah satu syarikat penyalur wang terbesar kepada Israel. Lihatlah panorama diatas, diluar negara McD diboikot oleh org ramai. Sedangkan dinegara kita ramai beratur panjang utk menikmati makanan disini yg terang dan nyata adalah penyumbang yahudi. Benar, McD Msia menafikan mereka terlibat dgn sumbangan tersebut.

Kita pun tahu perniagaan francais perlu membayar yuran tahunan, dan kita tidak mengatakan peniaga McDonald's Malaysia menyumbang kpd tentera Israel secara langsung, tetapi secara 'tidak langsung'. Dimana yuran yg dibayar itulah merupakan antara sumber kewangan McDonald's di barat menyalurkan wang tersebut kepada zionis Israel.

Dan jika ada yg berkata Ust.Azhar Idrus pun makan McD. Maka, org yg berckp tersebut mungkin malas membaca atau bckp sesuka hati sebelum menulis. Ust.Azhar sudah menjelaskan isu McD tersebut. Rajinkan diri membaca sebelum memberi komen negatif tentang ust. tersebut.


Aku pun baru saja makan McD...drive through, beberapa bulan lepas. Tapi selepas ni aku rasa yg terbaik akan memboikot mereka, tak kisah walaupun tak merugikan mereka, asalkan wang dari poket aku tak mengalir kepada kezaliman zionis Israel Yahudi yg membantai saudara Islam ku di bumi Palestine........!

Gambar dibawah adalah salah seorg remaja yg kehilangan kedua ibu-bapanya yg terbunuh dlm serangan bom oleh Israel, mendukung adiknya yg tercedera. Ya Allah, pilu dan sedih melihat apa yg dilalui oleh saudara seagama kami.................

Carrying his little brother in his arms, after their parents were killed during the hours before the bombing. (fb)

2 comments:

pebriscreamo said...

sangat bermangfaat artikelnya

Suzi said...

terima kasih :)