December 17, 2012

Jadi Gay, Benci Tong Sampah Besar

Betul. Tong sampah besar pun kalau boleh bercakap n tendang org, org pertama yg ditendang dan dimaki adalah 'abg mat'. Kepada abg mat bertaubatlah. Begitu jugak pakcik² - jenis gay sekalian. Kamu bukan saja merosakkan diri sendiri, malah membalakan hidup org lain yg tak bersalah. Sungguh hina dan jijik perbuatan merosakkan hidup org lain tersebut. Dan kepada saudara dibawah ni syukur kerana telah kembali bertaubat. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini, penyakit sosial melibatkan hubungan sesama jantina sudah menjadi sesuatu yang bukan lagi asing. Begitu pun, di sebalik tabir kehidupan mereka yang terjebak dengan aktiviti songsang, terdapat bermacam cerita yang menjadi titik mula. Beruntunglah mereka yang menyedari khilaf dilakukan seterusnya sempat memohon keampunan Ilahi.


Di sebalik wajah tampan dan gaya menawan, Fariz sentiasa dihantui rasa bersalah atas dosa yang dilakukan.


Fariz Saari (bukan nama sebenar), 37, antara insan bertuah ini. Meskipun mengakui seksa mengeluarkan diri dari lembah noda, dia berdoa semoga terus kuat untuk berpaut pada hidayah yang diterima apabila usia kian bertambah.

Mengimbau kisah awal terjebak, Fariz membuka cerita ketika usianya baru 7 tahun. Membesar di pinggir kota sebagai anak bongsu daripada empat beradik, dia menyenangi perhatian diberikan sesiapa sahaja kepadanya.

“Setiap petang, saya bermain dengan kawan di padang bawah flat tempat tinggal dan hubungan kami sejak kecil menjadi cukup rapat,” ujar Fariz.

Dalam kalangan kawan, ada ‘abang’ berusia 13 tahun digelar Abang Mat, yang  suka beri perhatian lebih kepadanya dan bertindak bertindak seolah-olah penjaga kepada Fariz ketika mereka bermain.

Sudah tentu, Fariz senang dan gembira dengan Abang Mat. Hinggalah satu hari, selepas selesai bermain Abang Mat mengajaknya mengikut ke satu tempat.

“Dia bawa saya ke tong sampah besar di kawasan belakang flat. Saiz ketika itu membuatkan kami tenggelam di sebaliknya. Saya terpinga-pinga apabila Abang Mat membuka seluar lalu menyuruh saya melakukan sesuatu sebelum melakukan perkara sama kepada saya. Katanya ini permainan kahwin-kahwin,” cerita Fariz.

Pada usia mentah begitu Fariz yang naif mengikut sahaja kemahuan Abang Mat. Sejak itu, Abang Mat sering mengajaknya bermain kahwin-kahwin. Bagaimanapun, Fariz diberi amaran awal agar tidak pecah rahsia kepada sesiapa tentang hal itu. Kata Abang Mat, permainan itu hanya untuk orang yang istimewa dan terpilih.

Asrama penuh

Ketika berusia 10 tahun, Fariz mengikut keluarga berpindah ke sebuah negeri di selatan kerana ayahnya diarahkan berpindah cawangan kerja. Di tempat baru, Fariz kembali mendapat kawan seusia dan dapat bermain bersama. Lama-kelamaan Fariz semakin melupakan kawan lama termasuk Abang Mat.

“Dalam ramai-ramai tu ada seorang bernama Didi yang berperwatakan lembut. Dia muda setahun daripada saya. Seperti Abang Mat, Didi memberikan perhatian lebih kepada saya,” kata Fariz.

Didi berterus-terang kepada Fariz bahawa dia menyayanginya. Fariz agak keliru dengan keadaan berkenaan namun berasakan tidak salah untuk mereka menjadi lebih rapat. Siapa sangka, ini menjadi picu untuk membuka semula sejarah yang pernah diajarkan Abang Mat kepadanya.

“Satu hari ketika kami sedang bermain dalam biliknya Didi meminta saya melakukan sesuatu yang pernah Abang Mat minta daripada saya. Tanpa berfikir panjang saya mengulangi perkara lama,” ujar Fariz yang mengimbas kisah silam.

Ketika itu, dia masih tidak menyedari apa yang dilakukannya adalah salah dan berdosa. Fikirnya pada usia itu, hanya hubungan perasaan antara lelaki dan perempuan adalah tidak betul dan memalukan namun dia tidak pula tahu batas antara lelaki dengan lelaki.

Masuk tingkatan 1, Fariz yang memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) memasuki sekolah berasrama penuh yang menjadi kebanggaan keluarga.

“Rasa macam langit runtuh menghempap kepala apabila belajar Sains dan mengetahui tentang seks yang normal. Barulah saya tahu apa itu homoseksual. Itu pun tak secara sempurna. Apa yang saya tahu, hubungan kelamin antara lelaki dengan lelaki boleh dapat AIDS,” ujar Fariz.

Dendam sampai mati

Meskipun kesal setelah mengetahui apa dilakukannya tidak normal, Fariz tidak dapat menafikan perasaannya yang langsung tidak tertarik pada kaum Hawa. Sebaliknya perasaan ingin mengulangi apa yang dilakukan bersama Didi dan Abang Mat kian membuak-buak.

“Menjadi perkara biasa untuk tidur bersama atas satu katil di asrama. Satu hari saya memberikan ‘isyarat’ ketika tidur bersama seorang kawan. Tanpa disangka-sangka dia memberikan respons dan kamu boleh agak apa berlaku selepas itu bukan?” kata Fariz sambil merenung wajah penulis.

Namun, Fariz akui dia mengalami perkara paling dahsyat setelah seorang senior tingkatan 4 bertemu dengannya dan meluahkan perasaan tertarik terhadapnya.

“Satu malam, dia melakukan sesuatu yang sangat menyakitkan. Terlalu sakit sampai saya menangis dan rasa nak demam selepas kejadian tersebut. Dia mengambilkan air, panadol dan memujuk saya dengan menyatakan sakit itu hanya sementara,” ujar Fariz.

Sejak itu, hubungan sesama jantina yang dijalani Fariz benar-benar melampaui batasan. Itulah cara hubungan yang diteruskan Fariz sesudah memasuki universiti dan memasuki dunia pekerjaan.

“Saya paling tertarik dengan lelaki yang berperwatakan nerd, memakai cermin mata dan sopan. Jangan terkejut, kebanyakan yang saya approach boleh ‘didapatkan’ dengan mudah.

“Tapi kebanyakan hubungan pasti kandas di tengah jalan. Biasalah, kami sama-sama tahu hubungan begini tidak ke mana. Biasanya akan putus bila pasangan dah temui teman wanita atau mendirikan rumah tangga,” ujar Fariz.

Satu hari, Fariz berasa sangat sunyi. Biasanya selepas putus dengan pasangan, dia akan bertemu orang baru dengan mengunjungi kelab atau tasik yang sudah menjadi ‘port’ bagi orang sepertinya. Tapi pada hari berkenaan, entah mengapa hatinya rasa tak tenteram.

Bunyi azan Maghrib di surau berhampiran rumahnya menambahkan hiba hingga dia tiba-tiba menangis seperti anak kecil mengenangkan diri yang terlalu mengikut hawa nafsu.

“Saya terfikir, walaupun banyak melakukan dosa tapi Tuhan masih memberikan rahmat kepada saya dengan rupa yang tampan dan pekerjaan hebat. Apa perlu saya lakukan cuma bertaubat dan lawan hawa nafsu. Sudah tentu, perkara itu tidak mudah,”ujarnya.

Tetapi menurut Fariz, kini dia sedang berkawan dengan seorang wanita yang dirasakan cukup memahami dirinya. Begitu pun, dia belum tega untuk berterus terang tentang dosa silamnya.

“Terlalu susah untuk melawan nafsu, hanya jiwa yang benar-benar kental dan kembali pada landasan agama dapat selesaikannya.

“Saya tahu saya tak boleh salahkan sesiapa atas dosa yang pernah dilakukan tapi dalam diam-diam saya menyimpan dendam pada Abang Mat, mungkin sampai mati kerana mula-mula mengajar saya tentang perkara hina ini,” ujar Fariz.

Katanya, tidak setakat dendam malah sampai ke hari ini dia sentiasa trauma bila terhidu bau sampah atau melalui kawasan tong sampah besar kerana ia seolah-olah mengimbau semula detik awal dia terjebak melakukan hubungan songsang. - sinarharian

No comments: