December 31, 2012

Protes Rogol Beramai² New Delhi

Rogol dan bunuh mungkin biasa didlm filem. Tapi hakikatnyer, perkara ini bukanlah biasa walaupun byk terjadi didunia realiti. Dibawah adalah gambar² protes yg diadakan di India berikutan kejadian seorg wanita dirogol dan dibunuh kejam pertengahan December lalu di New Delhi.

Aku turut bersimpati dgn aper yg menimpa mangsa. Sedih. Tak tahu nak komen aper. Ya Allah, lindungilah sekalian wanita muslimah dari musibah dan bahaya seperti ini.............- dibawah 3 berita online yg dpt aku kongsikn.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


NEW DELHI: Mayat wanita muda yang dirogol beramai-ramai dan dibelasah (diserang dgn batang keluli) dalam sebuah bas di sini sudah dibakar pada majlis tertutup hari ini.

Polis India semalam mendakwa enam lelaki atas tuduhan membunuh dalam serangan 16 Disember lalu itu yang mengejutkan negara dan mencetuskan tunjuk perasaan supaya perlindungan terhadap wanita daripada keganasan seksual ditingkatkan.

Dakwaan itu dibuat beberapa jam selepas wanita berkenaan mati di hospital Singapura. Mangsa dibawa ke Singapura untuk menerima rawatan.

Mayat mangsa terbabit dibakar dalam majlis tertutup di sini selepas tiba dari Singapura dengan menaiki pesawat khas Air India.

Perdana Menteri, Manmohan Singh dan Ketua Parti Kongres, Sonia Gandhi hadir di lapangan terbang untuk menyambut mayat dan bertemu ahli keluarga mangsa yang turut tiba denga pesawat. - AP- Berita




NEW DELHI: Polis India mendakwa enam lelaki kerana membunuh pada Sabtu, beberapa jam selepas seorang wanita yang merupakan mangsa rogol dan dipukul secara beramai-ramai di dalam bas di New Delhi, meninggal dunia di hospital Singapura.

Jurucakap polis di New Delhi, Rajan Bhagat berkata, keenam-enam mereka berhadapan dengan hukuman mati sekiranya disabit kesalahan, dalam kes yang mencetuskan bantahan di seluruh India untuk perlindungan lebih besar bagi wanita daripada keganasan seksual, dan menimbulkan persoalan mengenai kelonggaran tindakan polis terhadap jenayah seksual.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh berkata, beliau menyedari tentang emosi banyak pihak yang timbul ekoran serangan itu , sambil menambah ia terpulang kepada semua masyarakat di India untuk memastikan bahawa kematian wanita muda itu tidak akan sia-sia.

Mangsa "meninggal dunia secara aman" pada awal Sabtu di Hospital Mount Elizabeth di Singapura bersama dengan keluarga dan para pegawai Kedutaan India di sisinya, kata Ketua Eksekutif hospital, Dr Kevin Loh dalam satu kenyataan.

Selepas berada selama 10 hari di sebuah hospital di New Delhi, wanita itu dibawa ke Hospital Mount Elizabeth yang pakar dalam pemindahan pelbagai organ pada Khamis.

Loh berkata, wanita itu berada dalam keadaan yang sangat kritikal sejak Khamis, dan bertambah teruk pada lewat Jumaat, dengan tanda-tanda yang semakin merosot.

“Walaupun semua usaha oleh pasukan terdiri daripada lapan pakar di Hospital Mount Elizabeth untuk memastikannya stabil, tetapi keadaannya terus merosot dalam tempoh dua hari ini,” kata Loh.

"Dia mengalami masalah di mana organnya tidak berfungsi berikutan kecederaan serius pada badan dan otaknya. Dia berani bertarung nyawa sejak sekian lama, tetapi trauma pada badannya terlalu teruk untuk mengatasinya,” katanya lagi.

Pelajar perempuan itu yang bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenal pasti, berada di dalam bas di New Delhi selepas menonton filem pada petang 16 Disember apabila mereka diserang oleh enam lelaki yang merogolnya.

Pasangan itu dipukul dan kumpulan lelaki itu memasukkan batang besi ke dalam badan wanita itu sehingga menyebabkan kerosakan organ yang teruk.

Kedua-duanya ditelanjangkan dan dicampakkan daripada bas, kata polis.

Polis India menahan enam orang berkaitan dengan serangan itu, yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dalaman yang teruk, jangkitan paru-paru dan kerosakan otak.

Pelajar perempuan itu juga mengalami serangan jantung semasa di hospital di New Delhi. - AP - Mstar




SINGAPURA 29 Dis. - Seorang pelajar India berusia 23 tahun yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke sini untuk rawatan, meninggal dunia hari ini.

Wanita itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis.

"Kami sangat sedih untuk melaporkan bahawa pesakit itu meninggal dunia pada 4.45 pagi hari ini. Ahli keluarga dan para pegawai dari Suruhanjaya Tinggi India berada di sampingnya.

Pasukan doktor, jururawat dan petugas Hospital Mount Elizabeth menyertai anggota keluarganya berkabung atas kematiannya," kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Hospital Mount Elizabeth Dr Kelvin Loh dalam satu kenyataan. - BERNAMA - Utusan


No comments: