December 14, 2012

Sanggup Bedah Demi 12.12.12

Hurm, kpd ibu² mengandung (muslimah), jgnlah dipaksa pulak anak anda dilahirkan mengikut tarikh kesukaan anda....biarlah ianya lahir secara fitrah dan semulajadi tanpa paksaan dan kerahan. Kerahan? Mcm tenaga buruh plak ayat milokaw nie.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOHOR BAHRU – Impian sepasang suami isteri mengabadikan tarikh istimewa 12.12.12 bagi kelahiran anak kedua mereka terlaksana melalui pembedahan awal.



Lau Siew Hoon, 32, pada awalnya dijangka melahirkan bayinya pada 16 Disember ini, namun berhasrat melakukan pembedahan awal di Hospital Pakar Johor, di sini.

Menurutnya, anak pertamanya turut dilahirkan pada tarikh yang dianggap istimewa iaitu 20.10.2010 walaupun rancangan awalnya untuk melahirkan bayi itu pada 10.10.10 tidak kesampaian.

“Kami masyarakat Cina memang menganggap tarikh ini bukan sahaja cantik, tapi ada ‘ong’ kerana pada tarikh ini juga ada pasangan yang berkahwin dan memulakan perniagaan,” katanya semalam.

Hospital Pakar Johor menyambut tiga kelahiran bayi bagi tarikh 12.12.12.




Berita yg lebih hot dan panas (tentang kelahiran bayi pada 12.12, jgn saloh paham pulokk) disini

No comments: