December 26, 2013

Aku Hanya Ada 60Sen!

Menyedihkan. Negara yg telah lebih 56 tahun merdeka masih ramai dibelenggu kemiskinan dan kemelaratan hidup. Manakala pemimpin zalim terus bermaharajalela bersama isteri, anak, dan kroni merompak wang rakyat. Buatlah sesuka hati sebelum mati menjemput, sebelum bahang neraka mencairkan kulit dan tubuh, dan takkan mati sampai bila²..............!

Gambar: fb

Kenapa terlalu bodoh membandingkan harga minyak dengan negara bukan pengeluar minyak seperti Singapore dan Thailand? Nah, bandingkan harga minyak Malaysia dengan negara pengeluar minyak yg lain di seluruh dunia.

Malaysia adalah salah satu negara pengeluar minyak Tetapi hasilnya dirompak oleh pemimpin² zalim.

Gambar : fb

December 20, 2013

Hari yg Bosan

Seharian dirumah mcm org tak betul. Duduk dirumah mungkin hepi bagi org yg memang merancang utk bercuti atau spend time dirumah, lagi2 bersama suami atau anak2. Tapi tidak bagi aku yg TERPAKSA bercuti ni. Seharian dirumah hari ni sgt membosankn, sorang2 dibilik....dan sesekali diruang tamu bersama mak aku menonton tv, yg aku sendiri pun tak tahu apa yg aku tonton. Sangat membosankn.


Hati terasa sakit, tensen, dan bosan jer. Kalau 2-3 jam tak apa lah jugak, ini seharian. Mungkin aku frust sebb aku tak dpt pegi keja hari ni. Lepas tu terkulat2 dirumah. Takder sapa menemani, selain mak aku. Itupun nasib baik mak aku ada dirumah, kalau tak....aku sorg2 mngadap tv dan makan. Mcm tak biasa sorg2 kan.

Keta aku di workshop beberapa hari. Aku pun malas nk menyusahkn sesiapa, walau aku tahu Insyaallah ada insan yg sudi membantu kalau aku mengadu. Tak apa lah, aku belajar utk berdikari tanpa mengharap sesiapa selain Allah, Insyaallah aku mampu. Syukurlah Iq dan nani memahami situasi yg aku hadapi ni...

December 17, 2013

Aneh: Salji Turun di Mesir

Keajaiban apakah? Bukan hanya di Vietnam 15 December 2013 lalu, Laos, Selatan China yg dilaporkan turunnya salji, malah negara Mesir a.k.a Egypt turut dilanda salji beberapa hari lepas. Menakjubkan bukan?

Kejadian aneh, pelik, dan diluar kebiasaan serta akal fikiran manusia. Namun inilah antara kekuasaan Allah yg mahu ditunjukkan olehNya bagi mata dan hati yg buta berfikir, hanya dgn Kun Fa ya Kun....maka terjadilah ia. Pun begitu masih ramai yg terus buta dan tertutup hatinya.....











Aneh: Salji Turun di Vietnam

TERGEMPARRR !!! Untuk pertama kalinya setelah ratusan tahun, Salji turun di Vietnam hari ini....!!! Dilaporkan, beberapa daerah di Laos, Vietnam dan juga Selatan China telah mula dibasahi hujan salji.

Credit gambar vietnamnet.tourists-flock-to-see-rare-sight 



 

Beberapa lokasi di sekitar Provinsi Lao-Chai dan Ha Giang, Vietnam telah dipenuhi salji tebal. Ia telah mengakibatkan kesesakan lalulintas kerana rakyat tidak menyangka bahawa salji akan turun disitu pada tahun ini.

Masihkah kita ingat tentang Hadis Baginda Nabi SAW yang telah diriwayatkan oleh banyak rawi ? Mafhumnya... "Akan datang kepada kalian kelak satu kaum yang mana di dalam kaum itu ada seorang pemimpin bergelar Al-Mahdi.



Sesungguhnya tatkala kalian mendengarkannya, wajiblah datang kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji." Hadis Hasan dengan rawi mutawatir.

Apakah tidak lama lagi Malaysia juga akan merasai nikmat (atau bala? peringatan?) salji ini?? Adakah salji juga akan turun di negara kita dan Indonesia tak lama lagi?? Jika ya, maka ketahuilah.... mungkin-mungkin itu petanda datangnya Al-Mahdi buat zaman ini. Allahumma Amiin... Labbaika Ya Mahdi.... Sebarkan info ini nescaya ia bermanfaat buat semua umat Islam ! -bk- fb

Utk maklumat lanjut boleh lawat disini.

December 15, 2013

Bunuh Diri Selepas Bertengkar

Wahai suamiku, jika ada perkara yg tidak engkau sukai tentang aku maka janganlah kau keluarkan kemarahanmu hingga membuatkn aku hilang kawalan terhadap emosi dan perasaanku. Ya Allah, jika suamiku melakukan sesuatu yg tidak aku sukai, atau melukakan hatiku maka Kau sabarkanlah hatiku agar tidak menyinggung atau memburukkn lagi keadaan. Sejahterakan rumahtangga kami dunia-akhirat. Amin. Takziah kpd keluarga mangsa. Jadilah isteri yg membahagiakn suami...hargailah ruang dan masa yg amat sementara ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MARAN - Seorang ibu yang sedang menikmati makan malam tidak menyangka rengekan anak bongsu  berusia dua tahun rupa-rupanya ingin memberitahu melihat abangnya tergantung di ruang tamu rumah mereka di Kampung Luit, dekat  sini.

Percakapan pelat anak kecil itu dengan isyarat tangan di leher pada mulanya tidak diendahkan, namun diulangi beberapa kali sehingga menarik perhatian ibunya. - sinarharian

Mayat dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Menurut ibu berusia lingkungan 40-an itu, anak sulungnya yang baharu pulang dari rumah rakannya kira-kira jam 9.45 malam memberitahu mahu menghubungi isterinya di Kuala Lumpur.

Katanya, lalu dia mengizinkan anaknya menggunakan telefon bimbitnya bagi tujuan tersebut.

“Mereka baru enam bulan berkahwin dan kebetulan isterinya sekarang berada di Kuala Lumpur. Ketika mereka berbual melalui telefon, mereka bertengkar.

“Dia kemudian memberi telefon kepada saya dan suruh saya dengar sendiri apa yang diperkatakan isterinya sebelum beredar ke ruang tamu,” katanya.

Bagaimanapun, talian telefon tersebut diputuskan oleh isteri si mati sebaik mengetahui ibu mertuanya berada di talian.

Tidak lama kemudian, anak bongsunya berusia dua tahun itu yang dipercayai mengikut si mati ke ruang tamu kembali ke dapur.

“Dia datang ke arah saya dan cakap ‘ma, abang-abang’ dengan tangan tunjuk di leher tetapi saya tidak mengendahkan.

“Apabila banyak kali dia ulang dan merengek-rengek, lalu saya ikut ke ruang tamu sebelum terkejut melihat jasad anak sulung saya tergantung dengan tali di leher. Hanya jeritan terkejut mampu keluar dari mulut saya,” katanya.

Seorang saudara yang berada di rumahnya bertindak menurunkan anaknya itu yang sudah nyawa-nyawa ikan, namun tidak lama kemudian anaknya menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintedan Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dilakukan.

Mayat si mati dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

December 14, 2013

Luahan Orang Kelainan Upaya

Luahan rasa OKU - ORANG KURANG UPAYA

Oku macam aku di tolak mentah2 bantuan pekerjaan untuk semakan bagi tahun 2013 ke seterusnya.

Aku ada 3 orang anak dan isteri untuk di beri nafkah tetapi baru2 ini JKM reject semakan semula atas dasar aku letak gaji purata aku RM1,500 sebulan. ...

Detail semua dia mintak. syarat untuk bantuan pekerjaan OKU selama ini aku dapat dari JKM RM300 hanya yang berpendapatan RM1200 sahaja.

Cuba bayangkan 5 orang satu famili untuk menyara 4 orang isi rumah? detail perbelanjaan semua dia mintak tapi mentah2 dia reject. kelakar dan tak masuk akal aku tengok.

Takpelah mungkin duit tu nak di salurkan pada yang sepatutnya.. dah sampai masa aku usaha lebih gigih bagi memberi nafkah pada keluarga aku.

Dengan gaji purata akku dapat sebulan RM1,500 untuk hidup di KL sangat2 tidak munasabah untuk aku menerima bantuan pekerjaan OKU sebanyak RM300 sebulan.

Admin - sabarjerlah... itu baru JKM. Dia ingat RM300 tu boleh cukop belanja pasar sebulan gamaknya.. pemimpin kita layan RAKYAT SUSAH macam vabi. Ini hakikat. Nak nak lagi PUSAT ZAKAT. Macam vabi semua yang kerja kat sana. Layanan kepada rakyat susah macam gampang. Hari2 admin baca luahan rakyat mengadu. Mendidih dah rasa bila yang balik dari pusat zakat tangan kosong kehampaan. Protokol macam setan.

Bila admin luah kemarahan camni mula la menyalak.. admin jgn angkap mereka tu vabi ..tak baik bla bla bla.. yg bercakap tu ada pengalaman tak dilayan upama PENGEMIS KAT PUSAT ZAKAT?

Menteri berkenaan agaknya DAH MENINGGAL DUNIA AGAKNYA. Sebabtu rakyat makin susah dibuatnya.. dia ingat RM300 tu duit poket dia kot sampai LIAT GILA nak bagi?

Dia ingat RM300 tu boleh makan sebulan dalam keadaan zaman serba mahal ni?

Sudah sampai masanya kerajaan menkaji semula procedures JKM dan pusat zakat dan TUKAR STAF pemalas dan tak amanah kepada mereka yang layak dan amanah supaya RAKYAT YANG LAYAK dilayan seadilnya.

Jumlah bantuan JKM dikaji semula. Apa.masuk akal ker RM300 tu nak makan apa bai? Gila ka korang semua?

Tiap2 tahun umum duit zakat dapat sekian banyak bawak PELARI kemana? - fb King Jason

December 13, 2013

Bayi 9 Bulan dirogol di Melaka

Generasi rosak yg merosakkan. Inikah yg kita katakan aman? Aman selagi bala belum menyentuh diri atau keluarga kita? Kisah dibawah ni amat menyedihkan, bayi yg baru berusia 9 bulan dirogol oleh seorang remaja lelaki di Melaka. Amat menyedihkan. Hari tu berita melaporkan kanak-kanak enam tahun turut menjadi mangsa rogol budak lelaki yg baru berusia 11 tahun.


Kemalangan di Lebuhraya Kajang, Jalan Reko

Baru masuk office. On the way datang keja tadi aku singgah di gerai kat rumah aku, kakak gerai tu ckp ada kemalangan teruk berhampiran simpang jalan reko. Aku dan customer yg ramai tu hanya tersenyap, ada juga yg bertanya bagaimana keadaan. Dalam fikiran aku 'mesti jem', nasib baik aku keluar lebih awal hari ni. Rupanya ada accident plak. Kalau keluar lambat, confirm sampai lambat ke office.

Masuk saja lebuhraya kajang depan Miros tu, terus jalan sesak...btol lah, jem. Bisik hati aku. Tak lama terperangkap dlm jem tu lalu disebelah kereta yg kemalangan tersebut, kereta tersebut berada di lorong paling kanan. Ya Allah, sungguh sebak perasaan aku melihat kereta tersebut, remuk teruk takder rupa kereta dah...macam tin yg di hancur²kan cerminnya dan besi buruk.

Aku tak tahu bagaimana keadaan mangsa, masa aku lalu tadi hanya ada kereta dan serpihan dan orang ramai serta polis yg sedang berada di tempat kemalangan tersebut.

Aku doakan semoga mangsa kemalangan tersebut sekiranya dia saudara muslim kita maka Allah akan ringankan segala urusannya, jika dia tercedera tidak kira sama ada teruk atau tidak semoga Allah ringankn kesakitannya...aminn. Takziah kpd mangsa dan keluarga. Kemalangan memang mengejutkan dan menyedihkan. Ingatlah akan Allah sentiasa, jangan lalai dan leka ketika memandu. Kerana kecuaian kita akan menyebabkan kita sendiri dan orang lain menanggung bala. Tetapi, jika kita telah berhati² tapi masih berlaku maka itu adalah ujian dari Allah bagi menguji iman hambaNya.

December 11, 2013

Rumah Pecah Akibat Banjir

Zulhisham Mohamad bersama isteri, Zaleha Isa di rumah mereka yang pecah dan hampir roboh dari lantai ke bumbung dalam banjir di Kampung Hilir, Kemaman.

Kelmarin berita melaporkan sebuah rumah mangsa banjir turut lesap selepas banjir.

FOTO Rosdan Wahid - myMetro

Terjun Bangunan Tak Tahan di Paksa Shopping

Alhamdulillah, hobiku bukan shopping. So, suamiku x perlu runsing atau pening kepala cari duit lebih utk isterinya ini membeli-belah. Kasut, handbag, pakaian, cukup apa adanya asalkan elok, kemas, dan menutup aurat, utk ketempat kerja. Ramai isteri atau wanita yg sempoi mcm aku. Kepada wanita yg hobinya shopping, simpati pd suami atau pasangan anda. Kalau duit sendiri tak apa lah, jgn jadi seperti kisah dibawah. Terlalu tamak haloba.......hidup ini hanya sementara. Tak bawak masuk kubur pun kasut n baju yg berlambak tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beijing: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus membeli-belah.

Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.

MAYAT Tao terdampar di atas lantai selepas jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.

Selepas lima jam Tao yang keletihan mengajak teman wanitanya pulang.

Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg.

Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga.

“Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada guna membeli sepasang lagi.

“Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta merosakkan semangat Krismas. Mereka bergaduh besar,” kata saksi berkenaan.

Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni.

Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik.

Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa.

Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan segera.

“Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum jatuh ke lantai.

“Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin detik sukar bagi sesetengah orang,” katanya, semalam.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11 - myMetro

Lelaki Gila Seks Rogol Remaja

Hulu Klang: Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.

Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.

Gambar myMetro

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.

Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.

Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Aku memang x beli metro, jarang beli newspaper. Baca online jer. Kepada adik ni bersabarlah, semoga pakcik gila seks ni akan di dakwa dan tidak akan dilepaskan. Pengajaran disini, tak kira siapa pun ajak ke hotel jangan ikut dan jangan percaya.

December 10, 2013

Rumah 'Lesap' Selepas Banjir

ABDUL Azam Mat Aris, 54, tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya di Kampung Air Putih, Kemaman, `lesap' dibawa arus deras banjir.

FOTO Hariz Mohd - myMetro

Kasihan pakcik ni...semoga tabah. Allah menguji pakcik begini kerana Dia tahu pakcik mampu menempuhinya. Harap pihak kerajaan akan segera membaiki atau menggantikn rumah sesiapa yg hilang, terputus dua atau roboh. Bantulah rakyat yg tertimpa musibah...........

Menyesal Bernafsu Songsang

Menyesal Nafsu Biseksual

Namun, saya bersyukur kerana tidak pernah melakukan seks sama ada dengan wanita mahupun lelaki. Cuma sebelum ini, naluri saya turut tertarik kepada lelaki, membuatkan diri menjadi tertekan disebabkan rasa berdosa.

Saya mengaku kerap menatapi laman lucah gay demi memuaskan nafsu. Syukur, Allah masih sayangkan saya dan saya terpanggil untuk menginsafi diri.

Bermula pada malam tahun baru lalu, saya terdetik untuk melakukan solat sunat taubat dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan keji itu. Saya tidak lagi melayari laman lucah dan berhenti melakukan onani.


Malah saya juga tidak pernah ada teman wanita istimewa kerana takut tidak mampu melawan nafsu.

Namun kadangkala terasa perit untuk melawan gelora nafsu. Buat masa ini saya masih mampu melawan kehendak songsang itu. Dang Setia, bantulah saya supaya tidak kembali melakukan kesilapan dulu.

Saya sentiasa berdoa semoga Allah menunjukkan jalan untuk menjadi lelaki normal yang hanya tertarik kepada wanita. Saya mohon pada Dang Setia serta pembaca ruangan ini, doakanlah saya kembali menjadi lelaki sejati. - myMetro

INSAN LEMAH
Kedah


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun aku bukan Dang Setia myMetro, sebaliknya adalah Dang Suzi milokaw, tapi aku nak meluah jugak sedikit pandangan utk lelaki ini dan mereka² yg mempunyai keinginan nafsu sonsang. Bertaubatlah, dan insaflah. Ingatlah mati bila² saja menjemput kita. Keseronokkan yg sementara ini tidak akan menyelamatkan kita dari siksa kubur dan akhirat. Kembalilah kpd jalan yg lurus, jalan yg di Redhai Allah SWT. Sesungguhnya mati itu pasti, bertemu Allah itu pasti, jadi jgn sia² waktu yg diberikan.

Berhentilah menonton bahan lucah. Allah masih sygkn anda sebb itulah anda masih selamat dari melakukan zina mahupun hubungan sesama jenis. Insyaallah. Cepat²lah mendirikn rumahtangga, isteri anda adalah nikmat yg sebenar. Halal dan diberkati Allah dunia-akhirat.....

December 09, 2013

Rumah Terputus Dua Akibat Banjir

MOHAMAD Mahmood 41, bersama isteri, Zailati Zakaria, 37, dan anak, Nur Kamalia, 13, Amir Nurfarhan 10, Arif Zarif 2, di depan rumah yang terputus akibat arus deras ketika banjir di Kampung Batu 10, Pasir Gajah, Kemaman.

FOTO Rosdan Wahid - myMetro


Buang Bayi yg Masih Bertali Pusat

IPOH: Seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi tadi.
Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam. - myMetro

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/09
 
Maha Suci Allah. Kenapalah kau buat begini. Apa salah bayi ini? Kamu dan lelaki itu yg melakukan dosa, bayi ini yg menanggung sengsara hasil perbuatan kamu berdua. Luluh hatiku melihat bayi ini tersadai begini, bagai tiada harga nyawanya. :"(

Keadaan Rumah Selepas banjir Surut

Gambar bawah adalah rumah teman sekolahku dan gambar rumah salah seorg pemimpin Islam yg dihormati aku ambil dari fb. Semuanya rosak dan musnah. Semoga semua mangsa banjir tabah dan ingatlah janji Allah bagi hamba yg sabar  'Setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan.'

Sebab tulah aku ckp, kerugian dianggarkan berbelas atau berpuluh ribu, malah ratus ribu termasuk kenderaan. Bantuan RM500 tu bolehla beli beras, minyak, gula, n makanan utk sebulan-dua bagi keluarga sederhana besar. Dalam keadaan semuanya naik harga sekarang, dan akan naik lagi. Minyak, elektrik, cukai, gula, barang2, ayam ikan sayur bawang, roti, semuanya naik. Pusat penjagaan anak, bas sekolah, yuran, apa yg tak naik? Semuanya naik. Kecuali hujan saja yg turun.




























Angola Bakar Al-Quran dan Hapus Masjid

Sebelum ni aku dah pernah pos tentang kebiadaban Angola merobohkan masjid² seperti gambar dibawah. Ini lagi berita mengenai kebiadaban Angola, Afrika. Jangan terkejut kalau mereka ditimpa bala dan bencana nanti hasil perbuatan laknat mereka ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LUANDA - ANGOLA. Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola yang menjadi negara pertama di dunia mengharamkan Islam.


Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Terdapat 78 masjid di Angola dan hanya beberapa dibuka di ibu negara selepas kerajaan khuatir dengan respons masyarakat antarabangsa terhadap dasar Islamofobia yang dilaksanakan di negara tersebut," jelasnya lagi.

Menurut beforeitsnews, , kerajaan Angola turut mengeluarkan notis dan memberi tempoh 73 jam kepada masyarakat Islam di negara itu untuk memusnahkan masjid dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Islam Angola (ICA), David Ja memberitahu, tindakan menutup masjid di negara tersebut dilakukan sejak 2010.

"Selain menyasarkan masjid, kerajaan turut bertindak sewenang-wenangnya membakar 120 al-Quran dalam beberapa serbuan ke atas masjid yang dilakukan sejak akhir-akhir ini," menurutnya. - sinarharian