January 30, 2013

Only in Malaysia

Oh my country! Video dibawah ni memang lawak n true colors of Malaysia. Inilah realiti kita yg sebenarnyer. Enjoy watching.

Preikestolen Ngeri?

Ketinggian yg melampau. Preikestolen yg juga dikenali sebagai Preacher's Pulpit atau Pulpit Rock terletak di Norway. Mempunyai ketinggian 604 meter atau 1982 kaki. Salah satu destinasi ajaib menurut pandanganku (biar betik?) yg menjadi tarikkan pelancong.........................!








Sabar Itu Indah

Syukur itu nikmat. Segala puji hanyalah bagi Allah.

January 23, 2013

Tsunami Dan Kenangan

Byk dosa menyebabkn aku terfikir utk mengimbas kembali peristiwa Tsunami. Aku terlalu mengikut nafsu dan sering dlm kelalaian. Andainyer Allah memanggilku dlm keadaan lalai dan leka dlm kemaksiatan pastilah aku org yg paling malang. Semoga Allah menghidup dan mematikan kita dlm Islam dan iman. Amin.

Remaja Bunuh Keluarga

"Tekanan" menyebabkan banyak terjadi pertumpahan darah yg tak terduga oleh minda dan akal. Ibu dan ayah manakah yg terfikir dia akan dibunuh oleh anaknya sendiri? Tapi itulah realiti dan hakikat yg terjadi dizaman ini. Manusia semakin jauh dari lunas² kewarasan.

Kurangnya didikan agama dan iman adalah faktor utama mengapa kita melakukan perkara yg salah mahupun kejam. Semua agama menuntut penganutnya melakukan kebaikkan.

Albuquerque (New Mexico): Seorang remaja Amerika Syarikat yang dituduh menembak mati ibu bapa dan tiga adik-beradiknya memberitahu pihak berkuasa dia berang dengan ibunya dan terfikir untuk membunuh, selain ingin membunuh diri.

 Nehemiah Griego

Nehemiah Griego, 15, ditahan ekoran insiden tembakan Sabtu lalu di sebuah kediaman di kawasan luar bandar barat daya Albuquerque, New Mexico, di mana dia tinggal dengan keluarganya.

Griego masih ditahan ekoran tuduhan membunuh dan penderaan kanak-kanak yang membawa maut.

Sherif daerah Bernalillo, Dan Houston mengadakan sidang akhbar pagi semalam dan remaja terbabit boleh tampil di mahkamah kali pertama esok atau hari berikutnya.

 Rumah keluarga suspek

Remaja terbabit memberitahu polis, dia mengambil raifal .22 daripada almari pakaian ibu bapanya pada waktu tengah malam dan menembak ibunya di kepala ketika adik lelakinya tidur di sebelah wanita itu.

Griego memberitahu, adiknya tidak percaya apabila dikatakan ibu mereka sudah mati, jadi dia menunjukkan muka ibu mereka yang berdarah sebelum menembak adiknya.

 Menurut jiran mereka (gambar) - Nahemiah seorg remaja lelaki biasa dan agak pendiam

Dia kemudian didakwa membunuh dua adik perempuannya di bilik mereka.

Dia kemudian mengambil raifal AR-15 daripada almari pakaian ibu bapanya dan menunggu bapanya pulang dalam bilik air di tingkat bawah. Dia menembak bapanya beberapa kali ketika lelaki itu melalui laluan di bilik air berkenaan. - AP - Mymetro

Gambar dan berita lanjut disini

January 21, 2013

Pinggul Besar Sukar Lepasi Pintu

Asli kan. Bukannyer pembedahan lastik plastik. Jadi, ini adalah merupakan salah satu keunikkan ciptaanNya. Anda nak pinggul mcm nie? Nak??.........kalau nak kenalah cari petua camana nk besarkan. Kalau tak berjaya jugak dgn petua tersebut, letak jer bantal dua ketul kat belakang tue. ~ creative idea.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Los Angeles: Mikel Ruffinelli tidak segan mempamerkan pinggulnya, yang terbesar di dunia dengan ukur lilit lebih 244 sentimeter.

Dalam keadaan sedemikian, ibu empat anak itu terpaksa bergelut untuk memasuki pintu dan memerlukan dua tempat duduk ketika menaiki pesawat.


MIKEL bangga dengan bentuk badannya.

Mikel, 39, yang seberat 190 kilogram (kg) terpaksa memandu trak kerana tidak muat untuk masuk ke dalam kereta. Dia juga memerlukan sebuah kerusi yang kuat untuk duduk dan berehat di dalam rumah.

Bagaimanapun, wanita itu yang hanya mempunyai berat 63kg ketika berusia belasan tahun, bangga dengan bentuk tubuhnya. Dia tidak mempunyai rancangan untuk menurunkan berat badan meskipun sering diejek.

“Ke mana saja saya pergi, pinggul saya akan menjadi tumpuan. Ada yang mengejek dan ada yang memuji. Apabila saya berjalan di jalan raya, saya boleh mendengar bunyi klik kamera telefon dan orang akan mentertawakan saya.

“Saya pernah terdengar orang sekeliling berkata, ‘Tengok pinggulnya yang besar.’

Ada orang menyangka saya menjalani pembedahan untuk membesarkan pinggul saya. Tetapi, ia sebenarnya asli. Mungkin ia kesan daripada mempunyai empat anak. Tetapi keluarga saya memang berpinggul besar,” kata wanita itu.

Mikel bersaiz normal seperti kanak-kanak biasa ketika remaja. Malah ketika berusia awal 20-an, berat badannya hanya 82kg.

Tetapi, pada usia 22, beratnya bertambah 25kg selepas melahirkan anak pertama, Andrew, yang kini 18. Selepas anak kedua, Destynee, 13, Autumn, lapan dan Justyce, tujuh, dilahirkan, beratnya meningkat mendadak dan pinggulnya terus membesar.

 
Meskipun dengan bentuk tubuhnya, Mikel hanya setinggi 195 sentimeter dan lilit pinggangnya pula 102 sentimeter.

Mikel dari Los Angeles mengaku berdepan dengan kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian akibat saiznya itu.

“Saya perlu membeli tiket untuk dua tempat duduk setiap kali menaiki pesawat atau kereta api kerana tak muat.

Ia sudah tentu mahal. Saya sanggup memandu trak daripada menaiki pengangkutan awam kerana ia cukup besar untuk saya.

Untuk berjalan menerusi ruang yang sempit juga menjadi masalah utama. Saya juga terpaksa mengiring untuk memasuki pintu masuk. Saya tidak boleh menutup pintu bilik air kerana pinggul saya tersekat.

Pernah berlaku satu kejadian di mana saya tersepit dalam bilik air dan tidak berdaya untuk keluar,” katanya.

Namun, wanita itu masih dapat menyertai kegiatan keluarga seperti rutin untuk menyihatkan tubuh di rumah dan bersiar-siar di taman atau tepi pantai.

 “Mencari pakaian yang sesuai untuk bahagian bawah tubuh menjadi satu cabaran. Saya juga terpaksa menempah khas semua pakaian dalam saya waktu ini,” katanya. - Daily Mail - myMetro

January 18, 2013

Banjir Di Jakarta Jan 2013

JAKARTA - Sejumlah 14 orang maut, enam hilang dan lapan cedera manakala 920 rumah rosak dan ribuan rumah dinaiki air dalam bencana banjir, tanah runtuh dan angin puting beliung di 52 kawasan di Indonesia dalam tempoh empat hari iaitu dari 6 Januari hingga kelmarin.
  
Badan Nasional Pengurusan Banjir (BNPB) berkata, kejadian banjir banyak berlaku di 25 kawasan, kejadian tanah runtuh dominan di 15 kawasan manakala angin puting beliung di 12 daerah.
  
"Kejadian-kejadian ini dijangka terus berlaku kerana musim hujan masih berlangsung hingga akhir Mac. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Januari adalah puncak kejadian bencana hidrometeorologi.
  
"Banyaknya kejadian bencana dalam empat hari terakhir juga dipengaruhi taufan tropika Narelle di selatan Nusa Tenggara Barat (NTB) sejak Jumaat malam hingga sekarang," kata BNPB dalam kenyataan semalam.
  
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia memaklumkan bahawa taufan Narelle masih kuat dan bergerak menjauhi wilayah Indonesia.

Keadaan ini mengakibatkan hujan lebat dan sederhana lebat berpotensi berlaku di Bali, NTB, Nusa Tenggara Timur (NTT) serta bahagian tengah dan selatan negeri Sulawesi Selatan.


Hujan renyai hingga sederhana lebat pula berpotensi berlaku di bahagian selatan Sumatera serta bahagian selatan Kalimantan dan di Jawa, Ombak dengan ketinggian lebih empat meter pula berkemungkinan berlaku di bahagian timur Laut Jawa, bahagian selatan Laut Makassar, Laut Sumbawa, Perairan Kepulauan Selayar serta bahagian tengah dan timur Laut Flores.
  
Keadaan ombak ini juga diramal berlaku di Perairan Flores, Alor, Perairan selatan Sulawesi Selatan, Perairan selatan Bali, NTB, Perairan selatan Pulau Sumba, Laut Sawu, Perairan Kupang Pulau Rote dan Lautan Hindi di selatan NTB dan NTT.
  
BNPB menggerakkan operasi pengurusan bencana di semua daerah terlibat.   

Badan itu turut meminta masarakat untuk terus bersiap sedia menghadapi banjir, tanah runtuh, banjir kilat dan angin puting beliung yang berpotensi tinggi berlaku pada bulan ini.
  
Dalam kenyataan lain, BNPB berkata kejadian angin puting beliung yang melanda Batam dan daerah Cilacap di Jawa Tengah pada Selasa (8 Januari) mengakibatkan ratusan rumah penduduk rosak selain kerosakan kepada beberapa kemudahan awam.
  
Di Batam, sejumlah 227 rumah penduduk rosak manakala antara kemudahan awam yang mengalami kerosakan ialah dua masjid dan sebuah pejabat ketua kampung manakala di Cilacap, angin puting beliung merobohkan dua buah rumah penduduk dan merosakkan 344 rumah lain. - Bernama - Sinarharian






January 17, 2013

Listen Listen Pening Kepalaku

Sana-sini org "Listen Listen Listen". Let me speak! Naik pening kepala aku. Dalam facebook listen, dlm blog listen, dalam berita online pun listen......aku baca news online utk mengikuti perkembangan masalah manusia sejagat dan dunia. Bukan masalah Listen, bukan masalah ikan jerung mahupun lembu dan kambing.


Nampaknyer UUM students didlm video ini lebih berminat memikirkan masalah ikan jerung berbanding masalah pembelajaran dan kemudahan mereka. Bukan semua, segelintir yg bodoh tersengih bertepuk tangan. Bawani yg memberi soalan tentang pembelajaran percuma dikatakan biadab? Harunyer hidup kamu, belum pun berkerja sudah dihimpit hutang belajar yg berpuluh ribu, belum lagi hutang ketika berkerja nanti, kereta, rumah dan sebagainyer. Senyum dan ketawa hanya utk mendapatkn galaksi note??

Per kata, bagi menghilangkan Pening kepala otak memikirkan masalah dunia yg fana ni mari kita dengarkan dua biji lagu 'Listen' yg telah di remix dance kan, dinyanyikan oleh Sharifah Zohra ft Bawani. Dan Listen versi Kosong' nyanyian Najwa latif yg dipopularkan kembali oleh seorg Mahasiswa jurusan Master iaitu Mr.bie.



Happy New Year 2013

Selamat Tahun baru 2013.........heh? Baru nak wish? Dah lama aku x mengarang dlm Milokaw...agak kesepian blog ni. Nak kata busy tidak, cuma tak dinafikan aku cuti selama seminggu dan setiap hari walaupun tidak cuti dan merupakan hari berkerja, aku tetap dlm kepenatan sebb byk perkara yg perlu aku uruskan. Biasalah kot hujung² tahun.

Nukilan: Pelukis hensem/comel

Sekarang awal tahun alhamdulillah semuanyer kembali tenang n damai. Mood utk mengarang pun baru kembali dikumpulkan. Entah aper yg nk dicoretkan dlm Milokaw ni? Nama dah 'kaw' tapi isinyer suam² kuku, nampak sgt malas update....org berblog aku pun nak. Org rajin update, aku malas. Adik² semua jgnlah contohi blogger seperti akak yer.

Oklah sekian dulu coretan aku utk kali ini, In syaa Allah pjg umur murah rezeki kita bertemu kembali dilain waktu.