January 23, 2013

Remaja Bunuh Keluarga

"Tekanan" menyebabkan banyak terjadi pertumpahan darah yg tak terduga oleh minda dan akal. Ibu dan ayah manakah yg terfikir dia akan dibunuh oleh anaknya sendiri? Tapi itulah realiti dan hakikat yg terjadi dizaman ini. Manusia semakin jauh dari lunas² kewarasan.

Kurangnya didikan agama dan iman adalah faktor utama mengapa kita melakukan perkara yg salah mahupun kejam. Semua agama menuntut penganutnya melakukan kebaikkan.

Albuquerque (New Mexico): Seorang remaja Amerika Syarikat yang dituduh menembak mati ibu bapa dan tiga adik-beradiknya memberitahu pihak berkuasa dia berang dengan ibunya dan terfikir untuk membunuh, selain ingin membunuh diri.

 Nehemiah Griego

Nehemiah Griego, 15, ditahan ekoran insiden tembakan Sabtu lalu di sebuah kediaman di kawasan luar bandar barat daya Albuquerque, New Mexico, di mana dia tinggal dengan keluarganya.

Griego masih ditahan ekoran tuduhan membunuh dan penderaan kanak-kanak yang membawa maut.

Sherif daerah Bernalillo, Dan Houston mengadakan sidang akhbar pagi semalam dan remaja terbabit boleh tampil di mahkamah kali pertama esok atau hari berikutnya.

 Rumah keluarga suspek

Remaja terbabit memberitahu polis, dia mengambil raifal .22 daripada almari pakaian ibu bapanya pada waktu tengah malam dan menembak ibunya di kepala ketika adik lelakinya tidur di sebelah wanita itu.

Griego memberitahu, adiknya tidak percaya apabila dikatakan ibu mereka sudah mati, jadi dia menunjukkan muka ibu mereka yang berdarah sebelum menembak adiknya.

 Menurut jiran mereka (gambar) - Nahemiah seorg remaja lelaki biasa dan agak pendiam

Dia kemudian didakwa membunuh dua adik perempuannya di bilik mereka.

Dia kemudian mengambil raifal AR-15 daripada almari pakaian ibu bapanya dan menunggu bapanya pulang dalam bilik air di tingkat bawah. Dia menembak bapanya beberapa kali ketika lelaki itu melalui laluan di bilik air berkenaan. - AP - Mymetro

Gambar dan berita lanjut disini

No comments: