February 19, 2013

Amah Dera Bayi Empat Bulan

Menangis? Masa buat tu tak rasa sedih dan menyesal. Sekarang, bila hakim dah keluarkan keputusan penjara 20 tahun barulah sedar langit tu tinggi rendah. Semoga pembantu rumah yg lain ambil iktibar dari kejadian ni. Syukurlah ibu kepada bayi ni ada rakam cctv dirumahnyer dan dpt lihat sendiri bagaimana bayi yg tidak berdosa ini didera dan dizalimi. Memudahkan pihak berkuasa menyelesaikan kes ini dengan segera.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melambung dan menghempas anak majikannya pada 15 Februari lalu dijatuhi hukuman penjara 20 tahun bagi dua pertuduhan mendera bayi itu di Mahkamah Sesyen, di sini, pagi tadi.

Tertuduh, Yuliana, 23, dari Acheh, Indonesia kelihatan bergenang air mata sebaik saja hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu.- harianmetro


20 Lelaki Bergaduhkan Bohsia?

Jagalah adik² dan anak² kita dari terjerumus dengan perkara tak bermoral macam ni. Semoga yg tersasar akan kembali kepangkal jalan. Kedua-dua gambar tiada kena-mengena dengan kisah ini.

KULIM - Gara-gara sering melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dikatakan menjadi punca berlakunya pergaduhan melibatkan lebih 20 remaja lelaki di sebuah taman perumahan, di sini kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dalam kejadian itu seorang remaja lelaki cedera di bahagian badan dan muka akibat dibelasah sekumpulan remaja lain.


Menurutnya, mangsa kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim sebelum dihantar oleh unit MPV ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Siasatan awal mendapati, abang remaja perempuan terbabit naik berang apabila mengetahui adiknya melakukan hubungan seks, bagaimanapun remaja perempuan itu menyatakan dia tidak dipaksa atau diugut ketika melakukan hubungan seks dengan enam teman lelakinya.

“Ketika sampai di tempat kejadian, lebih 20 remaja berada di kawasan itu. Kita turut menahan dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun," katanya.

Ghuzlan berkata, kini seorang suspek telah memberikan lebih 10 nama rakan lain yang terlibat dalam pergaduhan itu.

"Remaja perempuan terlibat turut ditahan untuk memberi keterangan. Beberapa nama lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengannya juga direkodkan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan polis akan menahan suspek terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya.


Sementara itu, remaja perempuan terlibat berkata, dia mula melakukan hubungan seks rambang ketika berusia 15 tahun dan tabiat buruknya itu berlarutan sehingga hari ini.

Katanya, dia akan melakukan hubungan seks dengan teman lelaki sekurang-kurangnya seminggu sekali terutama pada hari Jumaat.

"Selalunya kami akan melakukannya pada waktu tengah malam. Apabila menjelang subuh, saya akan balik ke rumah. Dengan cara ini perbuatan saya itu tidak dapat di kesan oleh keluarga," katanya. - Sinarharian

February 18, 2013

Enam Pesanan Imam Al-Ghazali

Walaupun dah selalu baca atau jumpa pesanan salah seorg Imam yg byk jasa kpd kita iaitu Imam Al-Ghazali, tapi tak salah kita baca lagi dan lagi bagi mengukuhkan lagi ingatan kita kpd nasihat² sebegini.....

February 15, 2013

Kucing Masuk Dalam Kain


Remaja dipaksa Kahwin

Kisah dibawah aku ambil dari blog infogempaq.blogspot. Teringat zaman kanak² ding dang dulu, selalu gak main kawen²........kawen ngan anak jiran. hampir sebaya belaka. Sebut pun budak, mana tau erti kahwin ni, tgk org kawen kita pun nak kawen........tapi tak pernah pulak terfikir perkara sebegini terjadi diluar negara. Main kahwin², kemudian dipaksa kahwin btol².

Sadisnyer bila suami pun masih tak pandai dan tak reti melayan kehendak isteri hingga isteri fobia dan takut utk bersama. Perkara sebegini takkan terjadi jika saling memahami, mengerti dan matang dlm perhubungan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apabila saya tidak kembali ke sekolah ketika berumur 13 tahun, mengapa pihak sekolah tidak bertanya apa-apa?

“Semasa saya melahirkan anak pada umur 14 tahun, mengapa doktor, jururawat atau pihak kebajikan masyarakat tidak menyoal ibu saya bagaimana saya boleh mengandung,” kata Sameem Ali, 42, ahli politik Britain yang menetap Manchester.

Nabil dan Sally

Berketurunan Pakistan, Sameem dipaksa berkahwin sebaik sahaja dia memasuki umur remaja dengan saudaranya yang berumur dua kali ganda lebih tua, dan hanya ditemuinya pada hari perkahwinan mereka.

Saya lahir di Britain tetapi pada umur 13 tahun, saya dibawa ke Pakistan untuk bercuti, itu yang ibu bapa saya beritahu,” ceritanya.

Namun enam minggu kemudian, Sameem dikahwinkan dengan saudaranya. Ibunya berkata Sameem hanya boleh kembali ke Britain jika dia mengandung.

“Saya percaya saya dikahwinkan dan mengandung untuk membolehkan suami saya mendapat taraf penduduk tetap di Britain,” katanya.

Menurut Sameem, dia kembali ke Britain ketika sedang mengandung tujuh bulan dan melahirkan anak lelakinya pada usianya  14 tahun.

“Saya melarikan diri dari rumah sebaik sahaja saya disuruh membawa lelaki itu ke Britain ketika berumur 17 tahun. Dan saya tidak pernah lagi berjumpa dengannya selepas itu,” kata Sameem.

Pada 2011, kerajaan Britain melalui Unit Perkahwinan Paksa merekodkan 1,468 kes remaja bawah umur dipaksa berkahwin, dan 78 peratus daripada jumlah itu membabitkan wanita.

Namun, kerajaan Britain mengakui jumlah itu hanyalah permukaan dan tidak menggambarkan skala sebenar perkahwinan bawah umur kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan. Kerajaan menganggarkan 5,000 hingga 8,000 kes perkahwinan paksaan di Britain setiap tahun.

Sameem berpendapat Peraturan Perlindungan Perkahwinan Paksa diperkenalkan pada 2008 di bawah Akta Perkahwinan Paksa (Perlindungan Awam) 2007 tidak boleh membantu mengatasi masalah ini.

Gamnbar:  tiada kena-mengena

“Saya tidak akan menghantar ibu saya ke penjara, walaupun dia memukul saya dengan teruk dan memaksa saya berkahwin,” kata Sameem.

“Undang-undang seperti ini tidak akan membantu kerana tidak ada anak yang akan menuding jari kepada ibu bapa sendiri,” katanya.

Ahli politik muda itu percaya isu perkahwinan paksa boleh ditangani hanya melalui pendidikan dan kesedaran.

Sebagai seorang yang dipaksa berkahwin muda, Sameem sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakkan kanak-kanak perempuan lain menjadi mangsa sama.

“Saya sanggup ke Pakistan dan menceritakan kisah saya kepada keluarga yang memaksa anak mereka berkahwin pada usia muda,” katanya dengan tegas.

Permainan bertukar menjadi tragedi

Ketika zaman kanak-kanak, Sally as-Sabahi suka berlakon berkahwin dengan adik-beradiknya.

Sebagai kanak-kanak perempuan yang hidup susah di ibu negara Yaman, Sanaa, dia membayangkan baju pengantin yang cantik, alat solek dan majlis meriah membantunya melupakan kesusahan hidup dalam kemiskinan.

Jadi apabila ibunya menunjukkan gaun putih dan barang kemas kepadanya, Sally yang berumur 10 tahun bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki dipilih ibu bapanya.

Lelaki bernama Nabil, 25, itu adalah saudaranya sendiri yang sebelum ini pernah berkahwin.

“Ayah dan mak memanggil saya keluar ke halaman rumah,” kata Sally yang menceritakan bagaimana dia akhirnya berkahwin dengan Nabil.

“Mereka beritahu saya supaya menarik nafas panjang dan bertanya sama ada saya ingin berkahwin. Saya jawab ya, tetapi adakah saya akan mendapat sehelai gaun, gula-gula, dan barang permainan?


“Mereka menjawab ya. Mereka berjanji akan memberikan apa sahaja kepada saya,” ceritanya.

Sally memenangi kes di mahkamah untuk bercerai dengan Nabil pada 2010 selepas kisahnya dilaporkan media tempatan dan mencetuskan debat di peringkat kebangsaan mengenai amalan perkahwinan pada usia muda.

“Saya tidak menggelarnya perkahwinan, saya menggelarnya rogol,” kata Shada Nasser, peguam wanita yang telah beberapa kali mengendalikan kes perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur.

Pusat Kajian Wanita Antarabangsa mendapati hampir separuh daripada kanak-kanak perempuan di Yaman dikahwinkan sebelum umur mereka mencecah 18 tahun.

Kajian Universiti Sanaa mendapati di beberapa wilayah di negara itu, separuh daripada kanak-kanak perempuan dikahwinkan sebelum umur 15 tahun.

Sally masih ingat malam pertama perkahwinannya apabila Nabil memaksanya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya, saya rasa selamat. Sebab saya tidak tahu pun apa yang berlaku, jadi tentu saya tidak rasa takut. Tetapi kemudian saya berasa sakit dan darah mula keluar.

“Saya menangis dan menjerit. Saya benci diri saya sendiri. Sejak itu, saya melihat dia seperti bayang kematian,” cerita Sally.

Satu malam, apabila Sally enggan tidur dengan Nabil, ibu mertuanya mengikat kanak-kanak perempuan itu di katil.

Air mata ibu Sally, Nouria mula tumpah.

“Saya tidak pernah bercerita kepada Sally mengenai hubungan seks kerana saya malu. Saya sangka kakak saya (ibu Nabil) akan menjaga Sally seperti anak sendiri,” katanya.

Namun segala penderitaannya berakhir apabila dia memenangi kes penceraian pada 27 Mac 2010.

“Pagi itu saya rasa seolah-olah ada awan hitam di atas kepada saya, tetapi sekarang saya rasa sangat bebas,” katanya selepas menandatangani dokumen penceraian itu.

Apa pula kata Nabil?

“Semua lelaki perlu pertimbangkan umur, otak dan pastikan bakal isteri anda tidak gila,” katanya disambut gelak tawa sekumpulan lelaki yang berkumpul pada hari penceraiannya.

“Saya datang ke rumahnya dan berkahwin dengannya. Saya tak rasa ia adalah satu masalah kerana saya tidak tahu umur sebenar Sally,” katanya. 

Sumber- Al Jazeera

Suami Parah Ditikam Isteri

"Lebih baik jangan berlaki kalau ckp suami sendiri pun taknak dengar?" Mungkin ini ayat spontan dlm kepala otak kita sebagai wanita atau isteri. Tak berani komen lebih². Semoga perkara mcm ni dijauhkan dari kita......sayangi-hargailah pasangan anda kerana mereka adalah kurniaan Allah SWT yg terbesar dlm hidup anda......kalau rasa taknak 'menyayangi dan menghargai', maka tak payahlah kahwin. So, tak sakitkan hati dan tubuh-badan sesiapa kan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MELAKA - Berang kerana sering ditegur akibat tindakannya kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita bertindak menikam suaminya dengan pisau.

Dalam kejadian jam 10 pagi di sebuah rumah di Malim di sini, Isnin lalu, wanita berusia 27 tahun itu dan bekerja sebagai penyelia kilang, didakwa menikam belakang tubuh suaminya dengan pisau setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.



Akibat kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun, cedera parah.

Bagaimanapun, dalam keadaan kesakitan, mangsa masih mampu memandu kereta dan membawa anak perempuan berusia dua tahun pergi ke rumah keluarganya di Kandang, sebelum dia dikejarkan ke Hospital Melaka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, pasangan suami isteri itu berselisih faham apabila apabila mangsa menegur isterinya yang didakwa sering keluar rumah tanpa izin.

Menurutnya, disebabkan panas telinga ditegur mangsa, wanita itu dipercayai bertindak mengambil sebilah pisau dari dapur dan menikam belakang badan mangsa.

“Akibat kejadian itu, satu laporan polis dibuat pada hari sama,” katanya.

Menurutnya, polis menahan wanita itu di satu lokasi di negeri ini, semalam.

Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Difahamkan, polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap isteri mangsa semalam bagi membantu siasatan. - Sinarharian

February 14, 2013

Bila Isteri Tidak Berkerja

Artikel ini tidak termasuk mereka yg mengambil pembantu rumah, org gaji, atau goyang kaki di rumah. Golongan ini tidak merasa penat dan jerihnyer melakukan kerja² rumah. Coretan dibawah hanya utk isteri yg melakukan sendiri kerja² rumah. Sama ada berkerja mahupun tidak berkerja.

Lihatlah bagaimana tgjwb mereka kalau kita masih merasakan 'isteri saya tidak berkerja'. Apatah lagi isteri yg sediakala berkerja dipejabat atau mana² shj membantu suami mencari rezeki. Kemudian pulang kerumah terpaksa pula memasak dan melakukan kerja² rumah selain menguruskan anak². Hargailah setiap perngorbanan pasangan anda............! Jangan byk complaint OK? Ingat tu para suami dan lelaki sekalian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


A husband complains for feeling tired... tired and tired.... and wants his wife help him on earning money by also working, because so far he thinks that his wife is 'not working'.

Following are Question and Answer between The Husband (H) and The Psychologist (P):

P : What do you for a living Mr. Bandy?
H : I work as an Accountant in a Bank.

P : Your Wife ?
H : She doesn't work. She's a Housewife only.

P : Who make breakfast for your family in the morning?
H : My Wife, because she doesn't work.

P : At what time your wife wake up for making breakfast?
H : She wakes up at around 5am because she cleans the house first before making breakfast.

P : How do your kids go to school?
H : My wife take them to school, because she doesn't work.

P : After taking kids to school, what does she do?
H : She goes to the market, then go back home for cooking and laundrying clothes. You know, she doesn't work.

P : In the evening, after you go back home from office, what do you do?
H : Take rest, because i'm tired due to all day works.

P : What does your wife do then?
H : She prepares meals, serving our kids, preparing meals for me and cleaning the dishes, cleaning the house then taking kids to bed.

From the story above, who do you think work more???



The daily rounities of your wives commence from early morning to late at night. That is called 'DOESN'T WORK'??!!

Yes, Being Housewives do not need Certificate of Study, even High Position, but their ROLE/PART is very important!

Appreciate your wives. Because their sacrifices are uncountable. This should be a reminder and reflection for all us to understand and appreciate each others roles. Understanding and Appreciating each other will make each person feel Happy.

Remember also that our Prophet (SallAllaahu 'Alayhi Wa Sallam) used to help his wives on house working:

It is narrated on the authority of Abu Hurayrah (radiyAllaahu 'anhu) that he said: I asked 'Aa`ishah (radiyAllaahu 'anha) what the Messenger of Allah (SallAllaahu 'Alayhi Wa Sallam) used to do in the house. She said: ► "He used to help with the housework and when it was time to pray he would leave for the prayer " [Al-Bukhari: 676]

Fenomena Laut Merah di Sabah

Laut Merah atau Red Tide merupakan fenomena air yg bertukar menjadi merah disebabkan oleh sejenis tumbuhan laut iaitu Phytoplankton atau Alga yg sgt halus (organisma) tetapi hanya lebih-kurang 100 spesis shj dipercayai beracun daripada beribu² jenis sel ini. Rujukan - wikipedia the free encyclopedia.

Fenomena laut merah: Seorang lagi maut di Sabah

KOTA KINABALU - Fenomena laut merah yang kini melanda Sabah menyaksikan seorang lagi mangsa terkorban, menjadikan jumlah tiga kesemuanya setakat ini, dipercayai akibat memakan kerang dan lokan dibeli dari Pasar Malam Inanam, dekat sini.


 gambar hiasan duniawi - credit: zulnizam.blogspot

Ketika mengesahkan kejadian itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, mangsa, 23, seorang wanita warganegara asing berasal dari Kampung Inanam Jaya itu sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas pada kira-kira jam 2.55 pagi semalam.

"Sampel kerang dan lokan itu telah dihantar ke Jabatan Perikanan Sabah untuk dianalisis dan keputusan masih belum diperolehi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Puteri Umno Malaysia di sini, hari ini.

Rosnah berkata, semalam sahaja, Jabatan Kesihatan Negeri menerima sebanyak 18 kes yang disyaki keracunan kerang daripada HWKKS manakala jumlah keseluruhan adalah 43 kes dengan 37 kes di daerah Kota Kinabalu dan enam kes di daerah Tuaran.

Beliau berkata pada jam 7.30 malam semalam, seramai 10 orang telah mendapat rawatan di HWKKS, enam di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2, dua di HQE 1, enam di Hospital Tuaran, tiga kes di Klinik Kesihatan Likas dan satu di bawah keadaan tidak bernafas.


“Setakat ini seramai empat kes dimasukkan di wad HWKKS, dan tiga di HQE 2 untuk rawatan lanjut manakala 35 kes lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya sambil menyatakan kesemua kes berkaitan dengan memakan kupang yang dibeli dari Pasar Malam Inanam dan mengambil kupang di Teluk Likas.

Sementara itu, Rosnah berkata poster dan hebahan awam mengenai keracunan makanan akibat air merah telah ditampal di Pasar Malam Inanam dan para peniaga dilarang menjual kerang pada masa ini.

  Gambar credit: firestarter90.blogspot

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak memakan atau mengumpul kesemua jenis kerang (hidupan laut yang mempunyai cangkerang) seperti kerang, siput dan juga ikan-ikan pesisir pantai.

“Jika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan,” kata Rosnah.  - Bernama - Sinarharian

February 13, 2013

Pantai Kaca yg Cantik

What a beautiful beach. Amazing. Glass Beach ni terletak di Fort Bragg, California. Bukan frog ok, sebut btol²! Sgt²lah cantik kan? Kalau ada kat Malaysia ni confirm korang asyik melepak tepi pantai jer.....tak reti² dok rumah. Btol tak? Betol.....siap berkhemah lagi.









February 08, 2013

Kisah Narayanan yg Menyentuh Hati

Video ni menyentuh perasaan.........betapa baiknyer hati dan sifat pemurah yg di kurniakan Allah padanya. Tak semua org mampu melakukan hal begini. Mungkin kita merasa geli dan jijik, walau hakikatnyer kita semua sama.................

February 06, 2013

Hukum Guna Minyak Lintah

Eh...kenapa masukkan video/topik nie? Untuk pengetahuan bersama terutama kaum suami & bakal suami.

February 01, 2013

Kekasih: Indahnya Akhlakmu

Cantiknya akhlak Rasulullah SAW, lihatlah bagaimana teknik Rasulullah SAW menuturkan sesuatu. Sama² kita contohinya. Peringatan utk diri sendiri juga.