February 19, 2013

Amah Dera Bayi Empat Bulan

Menangis? Masa buat tu tak rasa sedih dan menyesal. Sekarang, bila hakim dah keluarkan keputusan penjara 20 tahun barulah sedar langit tu tinggi rendah. Semoga pembantu rumah yg lain ambil iktibar dari kejadian ni. Syukurlah ibu kepada bayi ni ada rakam cctv dirumahnyer dan dpt lihat sendiri bagaimana bayi yg tidak berdosa ini didera dan dizalimi. Memudahkan pihak berkuasa menyelesaikan kes ini dengan segera.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melambung dan menghempas anak majikannya pada 15 Februari lalu dijatuhi hukuman penjara 20 tahun bagi dua pertuduhan mendera bayi itu di Mahkamah Sesyen, di sini, pagi tadi.

Tertuduh, Yuliana, 23, dari Acheh, Indonesia kelihatan bergenang air mata sebaik saja hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu.- harianmetro


No comments: