March 21, 2013

Cerai Sebab Anu Kecil

Tak boleh komen lebih². Kategori masalah serius ni. Jom layankan kisah benar dibawah.
"Err...kenapa gambar epal yer?"Entahlah...aku pun tak tahu nk letak gambar per.......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Taipei: Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil.

Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.
Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya.

Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian.

Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama.

Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.

“Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu. - The Sun

March 15, 2013

Bayi Dalam Kantung Uri

Subhanallah.....comelnyer rupa bayi dlm kantung uri nie....mcm ni rupanyer bayi bersama urinyer ketika air ketuban masih belum pecah? (Eh, btol ke air ketuban tu?) Betul la kan. Aku pun tak tau. Lihatlah keajaiban dan kebesaran Allah dlm mencipta dan menzahirkan sesuatu............


SUBHANALLAH ~~ Doktor Greek, Dr. Aris Tsigris, Obstetrician - Gynaecologist Surgeon Menyambut Kelahiran Bayi Yang Masih Dalam Kantung Uri.

Dr. Aris Tsigris comment : "A rare picture ... very rarely will say .... birth after caesarean, with the bag intact, the baby still has not understood that he was born ..... it is like it is still in the womb,the phenomenon is known as ''birth veil'' and birth is more common but equally rare in premature births, total occlusion of the newborn in the bag, do not leave the baby drowned in the amniotic fluid, because it begins to breathe immediately after removing the'' veil'', as the placenta continues to feed the baby with blood, the nature overcomes itself, leaving breathless even obstetricians ... ". -fb

Lelaki Tak Reti Pakai Seluar?

Bukan semua. Di Malaysia masih waras. Nak kata fesyen ke atau apa style aku pun x tau? Yg pasti nampak tidak bijak dan buruk. Tu pandangan jujur aku. Gambar ni aku ambil dari asiantown. Byk lagi gambar yg lebih teruk dari ni, at least mereka dibawah ni masih ada seluar berlapis², gambar yg lain² tu failed. Dan tak layak untuk di upload dalam Milokaw yg comel ini.











March 14, 2013

Ketika Diri di Maki

"Aku yg kau kata bodoh inilah yg memasak untukmu
"Aku yg bodoh inilah yg mengemas rumah
"Aku yg bodoh inilah yg melahir dan menjaga anak²mu
"Aku yg bodoh ini jugalah yg menolong perbelanjaan harianmu
"Dan Aku yg bodoh ini jugalah yg menemankan kau tidur......"

Luahan hati seorg isteri di sebuah forum aku petik yg terasa hati bila suaminya mengatakan dia bodoh. Malah ada isteri yg meluahkan suaminya mengatakan dia 'bangang' kerana masakkannya tidak menepati selera suami mereka. Itu antara luahan isteri, tak kurang juga suami yg beristerikan wanita celupar!

Dulu bila ada teman sekeliling aku atau cerita suami-isteri yg tak sedap didengar memanggil isteri-suami atau pasangan mereka dgn perkataan Babi, aku terasa begitu kasar dan tidak wajar ucapan tersebut dilafazkan. Tapi hari ni aku faham....................

Kita takkan cakap atau sebut perkataan tu kalau kita tak terasa terlalu marah. TAPI, kita sorang saja ke tahu marah? Orang lain tiada kemarahan? Mereka pun sama seperti kita rasa meluat dan nak marah, tapi tetap bersabar dari melafazkan carutan dan makian.


Wajar ke memanggil pasangan kita dengan panggilan Babi, bodoh, Setan, Celaka, Sial, Bangang, dan seumpamanya ketika marah? Suka tak ketika diri anda di panggil dengan panggilan tersebut........'Hooii....' Woii'...Weii...pun sudah kasar, inikan pula kata² makian seperti "Bodoh, Sial, celaka, dan bermacam carutan keji yg lainnya.

Tak mengapa jika tidak boleh memanggil pasangan kita dgn panggilan 'syg, abg, darling, bi, dan sebagainya mungkin geli dan jijik nak memanggil panggilan tersebut kerana dirasakan pasangan tidak cukup cantik atau handsome utk  menerima panggilan manis begitu. TAPI jgn memaki atau menghina.

Kepada pembaca diluar sana, jika anda mempunyai kekasih, isteri dan tak kira dengan keluarga sekalipun, harus ingat bahawa hati wanita itu terlalu lembut. Ucapan dan kata² anda ketika marah itu mungkin biasa bagi anda dan anda akan melupakannya selepas beberapa waktu. Tapi tidak bagi pasangan anda.


Memaafkan boleh, bagaimana untuk melupakan? Bayangkan diri anda dikatakan celaka, bodoh, sial, syaitan atau seumpamanya walaupun hanya sekali dari orang yg dikasihi apakah anda akan melupakannya? Walaupun waktu dan hari telah silih berganti, kita pasti takkan lupa akan ayat keramat yg ditujukan kepada kita tersebut.

Setiapkali terpandang atau berpandangan pasti dihati kita akan terbayang dan teringat perkataan 'SIAL' BODOH, BANGANG (contoh) yg diucapkan olehnya kepada kita.


March 13, 2013

27 Masjid Terselamat Ketika Tsunami

Salah satu video yg dikongsikan rakan fb, membuatkan aku terfikir utk sekali lagi berkongsi video Tsunami ini di sini. Mungkin juga dah berkali² kita menontonnya. Tapi kita tak tahu jumlah sebenar masjid yg selamat. Menakjubkan, sekurang²nya 27 buah masjid terselamat dari tragedi tersebut. Kesemua mereka yg berlindung disini turut selamat.



Dua Anggota Daulat Terkorban

Takziah kpd kedua² keluarga anggota keselamatan yg telah kembali ke Rahmatullah semalam. Semoga roh mereka yg berjuang mempertahankan negara dicucuri rahmat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KOTA BAHARU - Lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara yang gugur dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah semalam.

Kpl Ahmad Hurairah

Jenazah Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Ruslan tiba dengan pesawat Charlie C-130 di lapangan terbang itu pada pukul 9.55 pagi.


Turut menyambut ketibaan jenazah ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Kpl Ahmad Farhan

Jenazah Ahmad Hurairah akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang yang terletak berdekatan.

Jenazah Ahmad Farhan pula dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh. - Bernama

March 12, 2013

Kek Ganas Abad Ini

Oh mak cow..! Terkejut aku tgk cake Red Dragon Dinosaur nieh. Aperkah benar nama haiwan merah ini Red Dragon Dinosaur?? Sebenarnya aku pun tak tau nama per, so aku memandai sendiri letak nama tu. Kiranyer korang takkan jumpa nama tu dlm kamus sejarah dinosaur.

Kek ni nampak sedap, dan comel tapi sedikit ganas dan baik, sesuai dimakan oleh..................security polis tentera geng naga sesiapa saja yg lapar.

Cake ini dibuat oleh Mike's Amazing cake.

Anak Bunuh Bapa Leteri Isteri

Ada org yg berhadapan dgn ibu-bapa mertua yg jauh lebih teruk lagi, bukan setakat dileteri malah disakiti. Apa yg dibuat semuanya tidak kena dan tak menjadi dimata ibu-bapa mertua TAPI masih tetap bersabar dan menerima ujian tersebut wpun setiap hari berendam air mata dan terguris perasaan. Tahniah pd golongan yg baik seperti ini. Harap kita pun 'sebaik' mereka.

Tergamak dan berbaloikah membunuh ibu-bapa sendiri demi mempertahan isteri atau suami yg dileteri kedua ibu-bapa kita, sedangkan pasangan kita itu baru saja dinikahi? Berbanding ibu-bapa kita yg mengandung dan melahirkan kita sedari kita belum wujud didunia ini lagi. Seburuk-buruk mereka, mereka tetap ibu-bapa kita dan takkan terpisah hubungan tersebut di atas dasar apa pun. Sebaik² suami atau isteri kita, akan terputus hubungan tersebut apabila bercerai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Miri: Berpunca daripada kegagalan menantu menyediakan hidangan makan tengah hari, seorang bapa mati di tangan anak lelaki sendiri dalam pertengkaran yang bertukar pergaduhan di sebuah rumah panjang di Sungai Sawai, Suai di sini, kelmarin.

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Miri.
 
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Madang Sengkala, 52, maut selepas dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala selain beberapa kesan kecederaan di badan akibat dicekik dan dihentak kepalanya ke dinding konkrit di beranda rumah panjang berkenaan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada anak lelakinya berusia 26 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meleteri isterinya berikutan gagal menyediakan makan tengah hari kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang kematian isterinya beberapa tahun lalu balik ke rumahnya untuk makan tengah hari selepas mengerjakan ladang kelapa sawit mereka, namun marah apabila mendapati menantunya tidak menyediakan hidangan.

Katanya, tidak puas hati dengan sikap menantunya itu, mangsa menegur dan menasihatkannya, namun teguran itu menyinggung perasaan wanita berkenaan yang mengadu kepada suami. - myMetro

March 08, 2013

Kami yg Kelakar dan Comel

Asyik berpolitik.....berjuang...dan bersedih dgn aper yg menimpa saudaraku di Sabah membuatkan milokaw ni kelihatan agak suram dan emosi. Aper kata kita layankan gambar² lucu dibawah...wpun tak banyak tapi pada aku cukup kelakar. Mampu buat kita tersenyum...tapi bukan terkekeh kekeh. Tu tak sopan namanyer.


Green:'Heee......comel tak kami berdua?' Black:("huh, sesi bergambarlah aku paling x suka.)

"Aper tengok²..........? Kalau minat belilah baju mcm nie. Beli spek mata ijau sekali OK."

Anwar Ibrahim Bukan Peliwat

Selama ni terbetik - terambutan dan segala ter dlm minda juga bibirku (terdetik) 'takkanlah si saiful yg gagah perkasa itu tak mampu melawan orang tua yg kurus tak bermaya dan pasrah ajer bila di 'L_ _ _ T oleh Anwar Ibrahim? Cerita dan kes itu sgt pelik dan lucu. MALANGNYA ramai yg mempercayai cerita tersebut. Lantaklah kamu² yg percaya itu, hakikatnyer jika tuduhan itu tidak benar maka akan kembali kpd org yg menuduh termasuk mereka yg memanggil Anwar sebagai 'peliwat, al-j_b_ri' dan bermacam gelaran hina lagi. Tak percaya....? Tunggu.........

Insya'allah anak cucu merekalah yg akan jadi peliwat seperti yg mereka ucapkan. Aku bukan doa, TAPI Allah SWT tu adil............lihatlah bagaimana ada org yg lantang menuduh Anwar sebagai peliwat itu akhirnya menjadi lelaki lembut dan pondan. Ini ada berlaku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Bapa Saiful 
 
Azlan Mohd Lazim (picture), 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.

“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan.

“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.

Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.

Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut. - TheMalaysianinsider

Singa Baham Pasangan Berasmara

Inilah salah satu hikmah kita disuruh memilih tempat yg selamat dan selesa utk memenuhi keinginan bersama suami atau isteri. Kalau dlm hutan ni mcm² yg ada....ular, kala jengking, lipan, harimau, gajah, dan sebagainya. Singa yg membaham wanita dibawah ni mungkin terlalu lapar dan sedang mencari makanan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Harare: Seorang wanita maut dibaham singa ketika dia asyik mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, lapor media semalam.

Laman sesawang My Zimbabwe melaporkan, mangsa dikenali sebagai Sharai Mawera.


Gambar Hiasan 
 
Mangsa dilaporkan berasmara dengan pasangannya dalam kawasan belukar apabila seekor singa menerkam mereka di bandar Kariba.

Sumber berkata, teman lelaki Sharai dipercayai sempat melarikan diri dalam keadaan bogel ketika haiwan liar berkenaan membaham wanita terbabit.

“Sharai mati di tempat kejadian,” katanya. Sementara itu, rakan pasangan terbabit berkata, Sharai bekerja di sebuah pasar tempatan manakala teman lelakinya seorang nelayan.

“Singa itu menerkam dari belakang ketika pasangan itu sedang leka berasmara,” katanya. Menurut lelaki itu, pasangan Sharai hanya mampu melihat dari jauh bagaimana teman wanitanya dibaham singa berkenaan kerana terlampau terkejut dan ketakutan. - MyMetro

March 07, 2013

Penceroboh Sulu Sila Baca!

Sabah Milik Malaysia. Ada faham? So, kalau dah duduk Malaysia tu buat perangai elok² sikit, BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH jgn sampai kena halau sehelai-sepinggang, Negara korang Filipina pun dah tak iktiraf korang. Nanti jadi pelarian dlm hutan dan gua jer, nak? Bumi ni bumi Allah, sapa² pun boleh duduk dan cari rezeki dimana² saja. TAPI nak masuk rumah org kenalah ikut peraturan, bukan secara haram, main terjah dan sesuka hati jer masuk. FAHAM? Itupun kalau ada org sulu dan semua pendatang haram yg pandai berinternet dan baca statement aku ni.................kalu tak, mengomel sorang².

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SHAH ALAM - Isu perebutan Sabah yang dibangkitkan waris Kesultanan Sulu tidak relevan kerana negeri itu secara sah adalah milik Malaysia.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat, rakyat Sabah telah memberi kata persetujuan pada 1962 untuk sertai pembentukan Malaysia.

Menurutnya, persetujuan itu dilakukan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman, menerusi Suruhanjaya Cobbold.

"Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah kehendak kerajaan Filipina pada tahun 1962 di mana tuntutan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Rakyat negeri Sabah sebulat suara mahu bersatu dalam pembentukan Malaysia dan isu ini sudah dianggap selesai," katanya semalam.

Prof Datuk Dr Zainal Kling

Ketika ditanya mengenai asal-usul Sabah, Zainal berkata, mengikut sejarah Sabah atau sebelum ini Borneo Utara adalah milik Kesultanan Sulu.

"Pada awal kurun ke-17, Kesultanan Sulu sudah menguasai Borneo Utara. Selepas itu, Sultan Sulu telah membuat pajakan Borneo Utara kepada penanam di Hong Kong sebagai modal untuk membangunkan tanah itu.

"Namun, penanam Hong Kong menjual Borneo Utara kepada England dan diserah kepada North Borneo Company sehingga Perang Dunia ke-II," katanya.
Katanya, Sabah menjadi sebahagian negeri kolonial British ketika itu.

"Pada 1962, British menyerahkan negeri Sabah kepada tanah Melayu. Tetapi, setahun selepas itu, Filipina, menerusi pimpinan Macapagal, menuntut kembali dan ia turut disertai Indonesia yang dipimpin Soekarno dan Azhari, pemimpin Parti Rakyat Brunei.

Tambahnya, selepas daripada itu, kata sepakat telah dipersetujui kedua-dua kerajaan.

"Bertarikh 9 Julai 1963, British dan Tanah Melayu mencapai kata sepakat, setuju Sabah sah milik Tanah Melayu. Indonesia juga menyepikan diri kerana berlakunya konfrontasi.

"Tuntutan waris Sultan Sulu hanya berdasarkan surat pajakan lama yang mana ia tidak sah lagi," katanya.

Jelasnya, walaupun Filipina sehingga kini masih belum gugurkan tuntutan itu, namun secara sahih Sabah sudah hak milik Malaysia. - Sinarharian

March 06, 2013

Siapakah Nick Vujicic Ini?

Tadi aku pos video dia, sekarang mari kita lihat gambar Nick bersama isterinyer pulak.  Nick Vujicic adalah insan unik lagi istimewa yg mempunyai kelebihan yg tersendiri walaupun cacat anggota badan. Lahir pada 4 Disember 1982, kelahiran Serbian-Australian, penceramah motivasi terkenal di merata² negara termasuk negaranya sendiri iaitu Australia. Kat bawah ni gambar beliau bersama isteri tercinta (cantikk kan..) Kanae Miyahara pada tahun lepas. Video Nick Vujicic.







Cacat Anggota Sempurna Akal

Sempurna akal 'duniawi'. Kisah Nick vujicic lelaki yg penuh motivasi. Sebelum kita mengeluh dan mengomel betapa sukar nyer perjalanan hidup kita, lihatlah mereka yg lebih malang dari kita. Setidaknyer Allah SWT mengurniakan anggota badan yg sempurna kpd kita, bagaimana dgn mereka yg cacat anggota badan tapi tetap bersyukur dgn nikmat kurniaanNya. Dia tetap berterima kasih dan gembira dgn apa adanyer.

Disebalik Serangan Lanun Sulu

Dah 800 ribu rupanyer orang Sulu dibumi Malaysia ni? Diakui terlalu ramai di Sabah. Kini juga di negeri lain? Malah mereka antara penyumbang utama kemenangan BN selain mat bangladesh yg mengaku dah 5 kali mengundi..?! - gambar dan info semestinyer dari Facebook.


Shafie Apdal merupakan Naib Presiden Umno dan ahli parlimen Semporna sejak 1995 langsung tidak kelihatan sejak insiden.............?? Mesra jugak dia dgn Sultan Sulu.....org umno memang rapat dgn org sulu nampaknyer.



March 04, 2013

Tragedi Semporna Sabah

Takziah kpd keluarga anggota polis yg terkorban. Bukan hanya keluarga mereka, seluruh rakyat Malaysia yg cintakan negara berdaulat dan suci dari kezaliman dan kejahatan turut merasa sedih atas kehilangan mereka yg telah terkorban mempertahankan negara.


Najib mesra bersama Sultan Sulu sebagai pemerhati ketika Perhimpunan Agung UMNO 2012

Exco Pemuda UMNO dibawah adalah Penasihat Sultan Sulu (ohhh...mcm tu)
Kepimpinan PAS Semporna berisiko turun sendiri bertemu anggota bertugas bagi mendapatkan gambaran sebenar tragedi


Menentang Malaysia? Kau sendiri pun merempat dibumi Malaysia.

Tragedi Lahad Datu Sabah

Semoga rakyat Sabah (bukan yg dpt mykad percuma) dilindungi Allah SWT dan diberikan kekuatan menerima ujian ini. Perkara ini tidak akan parah jika IC percuma tak diberikan kpd beratus ribu pendatang haram di Malaysia yg sering melakukan jenayah dibumi Malaysia.

Salahkan siapa jika rumah diceroboh pemberontak? Sedangkan 'kunci' rumah tersebut diberikan kpd penceroboh? Sudah pastilah pemimpin bodoh serta zalim yg hanya tahu membuncitkan perut sendiri.Keselamatan rakyat diabaikan, yg menjadi mangsa adalah rakyat yg terpaksa menanggung derita hasil pemerintahan tidak amanah. Kedaulatan negara dicemari oleh manusia² yg gilakan kuasa dan lupa Allah.

Note: Datu Mohd Akjan yg ditabalkan sebagai Sultan Sulu itu adalah Pengerusi PEKIDA. Pekida yg juga di anggotai Awie Wings. Pekida yg sering dikaitkan dengan samseng. Sultan sulu ini juga adalah merupakan ahli UMNO. Apakah? Patutlah menjadi semakin sukar dan kritikal memandangkan pemberontak² Filipina yg tidak sedar diri itu rupanya ada diantaranya pemilik Mykad yg diberikan  secara haram oleh pemimpin² BN! Inilah yg dinamakan serangan dari luar dan dalam. Dah lama rupanya pemberontak² Filipina ini dahagakan negeri Sabah.


Hebat kah kamu semua ni dgn parang?? Insya'allah parang itu jugalah yg akan menyembelih leher mu sendiri, jika bukan didunia diakhirat kelak. Duduk dibumi org tapi masih tidak tahu bersyukur, masih nak tunjuk samseng. Islam kah begini? Inilah yg dikatakan 'tak tahu dek untung'. Anjing tersepit yg diselamatkan menggigit tangan org yg menyelamatkannya.






Ayat aku memang emo. Sedih mengenangkan anggota polis yg terkorban, dan anggota yg bertungkus-lumus disana. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh saudara Islam yg mempertahankan Sabah dan berjuang utk Malaysia disana......amin.