March 12, 2013

Anak Bunuh Bapa Leteri Isteri

Ada org yg berhadapan dgn ibu-bapa mertua yg jauh lebih teruk lagi, bukan setakat dileteri malah disakiti. Apa yg dibuat semuanya tidak kena dan tak menjadi dimata ibu-bapa mertua TAPI masih tetap bersabar dan menerima ujian tersebut wpun setiap hari berendam air mata dan terguris perasaan. Tahniah pd golongan yg baik seperti ini. Harap kita pun 'sebaik' mereka.

Tergamak dan berbaloikah membunuh ibu-bapa sendiri demi mempertahan isteri atau suami yg dileteri kedua ibu-bapa kita, sedangkan pasangan kita itu baru saja dinikahi? Berbanding ibu-bapa kita yg mengandung dan melahirkan kita sedari kita belum wujud didunia ini lagi. Seburuk-buruk mereka, mereka tetap ibu-bapa kita dan takkan terpisah hubungan tersebut di atas dasar apa pun. Sebaik² suami atau isteri kita, akan terputus hubungan tersebut apabila bercerai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Miri: Berpunca daripada kegagalan menantu menyediakan hidangan makan tengah hari, seorang bapa mati di tangan anak lelaki sendiri dalam pertengkaran yang bertukar pergaduhan di sebuah rumah panjang di Sungai Sawai, Suai di sini, kelmarin.

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Miri.
 
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, Madang Sengkala, 52, maut selepas dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala selain beberapa kesan kecederaan di badan akibat dicekik dan dihentak kepalanya ke dinding konkrit di beranda rumah panjang berkenaan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada anak lelakinya berusia 26 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa meleteri isterinya berikutan gagal menyediakan makan tengah hari kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang kematian isterinya beberapa tahun lalu balik ke rumahnya untuk makan tengah hari selepas mengerjakan ladang kelapa sawit mereka, namun marah apabila mendapati menantunya tidak menyediakan hidangan.

Katanya, tidak puas hati dengan sikap menantunya itu, mangsa menegur dan menasihatkannya, namun teguran itu menyinggung perasaan wanita berkenaan yang mengadu kepada suami. - myMetro

No comments: