March 08, 2013

Anwar Ibrahim Bukan Peliwat

Selama ni terbetik - terambutan dan segala ter dlm minda juga bibirku (terdetik) 'takkanlah si saiful yg gagah perkasa itu tak mampu melawan orang tua yg kurus tak bermaya dan pasrah ajer bila di 'L_ _ _ T oleh Anwar Ibrahim? Cerita dan kes itu sgt pelik dan lucu. MALANGNYA ramai yg mempercayai cerita tersebut. Lantaklah kamu² yg percaya itu, hakikatnyer jika tuduhan itu tidak benar maka akan kembali kpd org yg menuduh termasuk mereka yg memanggil Anwar sebagai 'peliwat, al-j_b_ri' dan bermacam gelaran hina lagi. Tak percaya....? Tunggu.........

Insya'allah anak cucu merekalah yg akan jadi peliwat seperti yg mereka ucapkan. Aku bukan doa, TAPI Allah SWT tu adil............lihatlah bagaimana ada org yg lantang menuduh Anwar sebagai peliwat itu akhirnya menjadi lelaki lembut dan pondan. Ini ada berlaku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Bapa Saiful 
 
Azlan Mohd Lazim (picture), 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.

“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan.

“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.

Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.

Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut. - TheMalaysianinsider

No comments: