March 13, 2013

Dua Anggota Daulat Terkorban

Takziah kpd kedua² keluarga anggota keselamatan yg telah kembali ke Rahmatullah semalam. Semoga roh mereka yg berjuang mempertahankan negara dicucuri rahmat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KOTA BAHARU - Lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara yang gugur dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah semalam.

Kpl Ahmad Hurairah

Jenazah Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Ruslan tiba dengan pesawat Charlie C-130 di lapangan terbang itu pada pukul 9.55 pagi.


Turut menyambut ketibaan jenazah ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Kpl Ahmad Farhan

Jenazah Ahmad Hurairah akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang yang terletak berdekatan.

Jenazah Ahmad Farhan pula dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh. - Bernama

No comments: