March 14, 2013

Ketika Diri di Maki

"Aku yg kau kata bodoh inilah yg memasak untukmu
"Aku yg bodoh inilah yg mengemas rumah
"Aku yg bodoh inilah yg melahir dan menjaga anak²mu
"Aku yg bodoh ini jugalah yg menolong perbelanjaan harianmu
"Dan Aku yg bodoh ini jugalah yg menemankan kau tidur......"

Luahan hati seorg isteri di sebuah forum aku petik yg terasa hati bila suaminya mengatakan dia bodoh. Malah ada isteri yg meluahkan suaminya mengatakan dia 'bangang' kerana masakkannya tidak menepati selera suami mereka. Itu antara luahan isteri, tak kurang juga suami yg beristerikan wanita celupar!

Dulu bila ada teman sekeliling aku atau cerita suami-isteri yg tak sedap didengar memanggil isteri-suami atau pasangan mereka dgn perkataan Babi, aku terasa begitu kasar dan tidak wajar ucapan tersebut dilafazkan. Tapi hari ni aku faham....................

Kita takkan cakap atau sebut perkataan tu kalau kita tak terasa terlalu marah. TAPI, kita sorang saja ke tahu marah? Orang lain tiada kemarahan? Mereka pun sama seperti kita rasa meluat dan nak marah, tapi tetap bersabar dari melafazkan carutan dan makian.


Wajar ke memanggil pasangan kita dengan panggilan Babi, bodoh, Setan, Celaka, Sial, Bangang, dan seumpamanya ketika marah? Suka tak ketika diri anda di panggil dengan panggilan tersebut........'Hooii....' Woii'...Weii...pun sudah kasar, inikan pula kata² makian seperti "Bodoh, Sial, celaka, dan bermacam carutan keji yg lainnya.

Tak mengapa jika tidak boleh memanggil pasangan kita dgn panggilan 'syg, abg, darling, bi, dan sebagainya mungkin geli dan jijik nak memanggil panggilan tersebut kerana dirasakan pasangan tidak cukup cantik atau handsome utk  menerima panggilan manis begitu. TAPI jgn memaki atau menghina.

Kepada pembaca diluar sana, jika anda mempunyai kekasih, isteri dan tak kira dengan keluarga sekalipun, harus ingat bahawa hati wanita itu terlalu lembut. Ucapan dan kata² anda ketika marah itu mungkin biasa bagi anda dan anda akan melupakannya selepas beberapa waktu. Tapi tidak bagi pasangan anda.


Memaafkan boleh, bagaimana untuk melupakan? Bayangkan diri anda dikatakan celaka, bodoh, sial, syaitan atau seumpamanya walaupun hanya sekali dari orang yg dikasihi apakah anda akan melupakannya? Walaupun waktu dan hari telah silih berganti, kita pasti takkan lupa akan ayat keramat yg ditujukan kepada kita tersebut.

Setiapkali terpandang atau berpandangan pasti dihati kita akan terbayang dan teringat perkataan 'SIAL' BODOH, BANGANG (contoh) yg diucapkan olehnya kepada kita.


No comments: