March 08, 2013

Singa Baham Pasangan Berasmara

Inilah salah satu hikmah kita disuruh memilih tempat yg selamat dan selesa utk memenuhi keinginan bersama suami atau isteri. Kalau dlm hutan ni mcm² yg ada....ular, kala jengking, lipan, harimau, gajah, dan sebagainya. Singa yg membaham wanita dibawah ni mungkin terlalu lapar dan sedang mencari makanan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Harare: Seorang wanita maut dibaham singa ketika dia asyik mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, lapor media semalam.

Laman sesawang My Zimbabwe melaporkan, mangsa dikenali sebagai Sharai Mawera.


Gambar Hiasan 
 
Mangsa dilaporkan berasmara dengan pasangannya dalam kawasan belukar apabila seekor singa menerkam mereka di bandar Kariba.

Sumber berkata, teman lelaki Sharai dipercayai sempat melarikan diri dalam keadaan bogel ketika haiwan liar berkenaan membaham wanita terbabit.

“Sharai mati di tempat kejadian,” katanya. Sementara itu, rakan pasangan terbabit berkata, Sharai bekerja di sebuah pasar tempatan manakala teman lelakinya seorang nelayan.

“Singa itu menerkam dari belakang ketika pasangan itu sedang leka berasmara,” katanya. Menurut lelaki itu, pasangan Sharai hanya mampu melihat dari jauh bagaimana teman wanitanya dibaham singa berkenaan kerana terlampau terkejut dan ketakutan. - MyMetro

No comments: