March 04, 2013

Tragedi Lahad Datu Sabah

Semoga rakyat Sabah (bukan yg dpt mykad percuma) dilindungi Allah SWT dan diberikan kekuatan menerima ujian ini. Perkara ini tidak akan parah jika IC percuma tak diberikan kpd beratus ribu pendatang haram di Malaysia yg sering melakukan jenayah dibumi Malaysia.

Salahkan siapa jika rumah diceroboh pemberontak? Sedangkan 'kunci' rumah tersebut diberikan kpd penceroboh? Sudah pastilah pemimpin bodoh serta zalim yg hanya tahu membuncitkan perut sendiri.Keselamatan rakyat diabaikan, yg menjadi mangsa adalah rakyat yg terpaksa menanggung derita hasil pemerintahan tidak amanah. Kedaulatan negara dicemari oleh manusia² yg gilakan kuasa dan lupa Allah.

Note: Datu Mohd Akjan yg ditabalkan sebagai Sultan Sulu itu adalah Pengerusi PEKIDA. Pekida yg juga di anggotai Awie Wings. Pekida yg sering dikaitkan dengan samseng. Sultan sulu ini juga adalah merupakan ahli UMNO. Apakah? Patutlah menjadi semakin sukar dan kritikal memandangkan pemberontak² Filipina yg tidak sedar diri itu rupanya ada diantaranya pemilik Mykad yg diberikan  secara haram oleh pemimpin² BN! Inilah yg dinamakan serangan dari luar dan dalam. Dah lama rupanya pemberontak² Filipina ini dahagakan negeri Sabah.


Hebat kah kamu semua ni dgn parang?? Insya'allah parang itu jugalah yg akan menyembelih leher mu sendiri, jika bukan didunia diakhirat kelak. Duduk dibumi org tapi masih tidak tahu bersyukur, masih nak tunjuk samseng. Islam kah begini? Inilah yg dikatakan 'tak tahu dek untung'. Anjing tersepit yg diselamatkan menggigit tangan org yg menyelamatkannya.






Ayat aku memang emo. Sedih mengenangkan anggota polis yg terkorban, dan anggota yg bertungkus-lumus disana. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh saudara Islam yg mempertahankan Sabah dan berjuang utk Malaysia disana......amin.

No comments: