April 18, 2013

Tinguk Perempuan B... Akan Jadi Batu

Jom belajar ckp Sabah. Kenapa Sabah yer? Sebab.............kita kan 1Malaysia? Hehh...alasan tak boleh blah. Dialog dibawah ni aku ambil kat fb, agak kelakar...jadi aku share kat blog Milokaw yg dah lama x ber update nie. Malas betol. Sama² kita hayati gelagat kanak² katun dibawah. :))

"Waaa...lolok sia jadi batu sudahh!!" MORAL of the story: Jgn suka tgk gambar B---L...! *lolok? apakah.

April 09, 2013

Mengamuk Tak Tahan Pedas

Tak padan dengan samseng, baru termakan cili pedas dah macam org sewel. Haruslah sedar diri lain kali, kalau dah tau lemah dan manja jangan makan..........mcm aku ni. Kalau makan jugak tanggunglah sendiri, tak payah sampai nak tembak org. S#%&*(D!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kuala Lumpur: Hanya kerana ayam goreng yang dipesan terlalu pedas, 10 pelanggan sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan, di sini, mengamuk dan memaki hamun pekerja restoran itu sebelum seorang daripada mereka mengacukan pistol dan mengugut ingin menembak pekerja terbabit.

Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, pelanggan terbabit yang datang dengan tiga kereta berhenti di hadapan restoran sebelum duduk di meja makan di bahagian luar restoran itu.



Menurut sumber, seorang pekerja berusia 22 tahun kemudian mengambil pesanan makanan mereka sebelum beredar ke bahagian dapur.
“Selang beberapa minit kemudian makanan yang dipesan siap dan pekerja terbabit menghantar makanan itu kepada semua lelaki itu.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian seorang daripada lelaki itu memanggil mangsa dan memberitahu ayam goreng dipesan terlalu pedas,” katanya.

Sumber berkata, mangsa memberitahu akan menukar semula ayam itu.
“Namun lelaki itu menghamburkan kata-kata kesat menyebabkan rakan pekerjanya yang lain datang untuk mendapatkan penjelasan.

“Keadaan bertambah tegang apabila seorang daripada lelaki itu berlari semula ke arah kereta sebelum datang membawa beg sandang,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam beg itu dan mengacukan ke kepala mangsa serta mengarahkannya supaya tidak melawan jika tidak mahu ditembak.

“Tindakan itu menyebabkan pelanggan lain yang menyaksikan kejadian itu melarikan diri sementara mangsa yang terkejut hanya berdiam diri.

“Lelaki itu mengugut akan datang sekali lagi selepas ini sambil memarahi mangsa sebelum menolaknya sehingga terjatuh. Mereka beredar tanpa membuat bayaran,” katanya.

Mangsa yang terselamat dan tidak cedera ditenangkan rakan-rakannya sebelum mereka menasihatinya membuat laporan polis.

Bimbang ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Az Lee Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu kes disiasat mengikut 506 Kanun Keseksaan. - myMetro

April 05, 2013

Bangunan Runtuh di Mumbai, India

Bangunan runtuh di Shil Phata, India pagi semalam setakat ini telah mengorbankan seramai 30 orang, dan seramai 69 orang cedera. Operasi menyelamat dan mencari mangsa masih diteruskan.











April 04, 2013

Banjir Kilat di Argentina 3 April 2013

Dibawah adalah gambar² Banjir Kilat di Argentina yg setakat ini telah mengorbankan 54 orang.