May 30, 2013

Remember !







Letak Anak Dalam Penyejuk Beku

untuk hentikan tangisan

Mungkin ini idea yg paling bijak dan bernas bagi menghentikan tangisan anak bagi manusia yg hilang akal??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Washington: Dalam satu kes penderaan yang mengejutkan, seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan meletakkan anaknya di dalam penyejuk beku dengan tujuan untuk menghentikan tangisannya.

Bukan Peti Sejuk yg Dimaksudkan

Tyler James Deutsch, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendera kanak-kanak, salah laku jenayah dan menghalang laporan mengenai keganasan rumah tangga. Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) ke atasnya.

Pendakwa raya Pierce County, Mark Lindquist memberitahu mahkamah, Deutsch tertidur selepas meletakkan anaknya di dalam penyejuk beku itu Sabtu lalu. Dia terjaga sejam kemudian dan mengeluarkan bayi itu apabila ibu kanak-kanak berkenaan pulang.

Dia merampas telefon si ibu yang berusia 22 tahun itu ketika wanita berkenaan cuba menelefon untuk meminta bantuan dari kediaman di Roy, Washington.

Wanita itu kemudian membawa kanak-kanak itu dan meminta bantuan jiran untuk menelefon polis.

Suhu badan kanak-kanak itu jatuh 84 darjah Fahrenheit di dalam pembeku ais itu. Deutsch akan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah. - AP -Harian Metro

May 15, 2013

Dadah - Rogol - Mandul ?

Perhatian kpd semua wanita tak kira walau dimana pun, terutama bagi yg suka bersoSiaL, berpeleseran di kelab malam atau tempat maksiat, hentikanlah perbuatan tersebut dan berhati² dari menjadi mangsa seperti dibawah. Peringatan bersama.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

 Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.-Informasi


May 10, 2013

Upload Gambar Makanan Sakit Mental

Gambar dibawah nie aku petik dari facebook. Pada pandangan aku memang ramai yg mengalami masalah mental seperti yg dicakapkan dibawah. Suka masukkan gambar makanan atau aper yg dimakan setiap hari. Macam takder topik atau perkara lain yg lebih penting dan bernas untuk dikongsikan?


TAPI bukan bagi mereka yg berkongsi resipi. Kalau kongsi resipi tu bagusla, so org yg tak pandai masak mcm aku ni boleh buat rujukan, betul tak? Betul.......'sendiri tanya sendiri jawab.'

Apapun jgn terasa dgn kenyataan artikel diatas sebb tu cuma kajian mereka. Sama ada peng upload gambar tersebut benar² mengalami masalah mental atau tidak hanya dia saja yg tahu......hehe.

Kepada teman² yg setia menjengah Milokaw atau terjengah, maafkan aku sebb jarang update blog nie. Faham² jerla......sebagaimana pernah aku katakan, aku berblog ikut mood. Kalau rajin, rajin la. Kalau malas macam ni lah jadinyer.......... :))

May 03, 2013

Saiz Nabi Adam vs Kita

Subhanallah, inilah replika baju Nabi Adam Alaihissalam.

Rasulullah bersabda :
"Dahulu Allah mencipta Adam 'alaihissalam yang tingginya enam puluh hasta" - HR Imam Bukhari

60 hasta (1 kaki = 30 cm, 1 hasta = 1,5 kaki, jadi 60 hasta = 90 kaki = 30 meter)
Jika Baju Nabi Adam as di buat kira seperti inilah tingginya, subhanallah.

Info dan gambar di atas aku ambil dari facebook. Besar kan salah seorang rasul kita? Patutlah diriwayatkan air laut pun tohor bagi nabi Adam as.