June 05, 2013

Jom Deen Burger Bakar!


Insya'allah, nantikan stall kami yg akan dibuka dicawangan berdekatan rumah kami. Dimana? Kenalah rahsiakan dulu memandangkan baru saja berurusan dgn pengurus Deen.

Aku, angah n adik perempuan si cikin ittew, plan nk menjual burger ni. Nanti pembaca yg duduk area sini bolehla datang ke gerai kami yer....tp, bukan sekarang. Tunggulah bila kami dh mulakan perniagaan....Insyaallah. Harap² rezeki dan cara ini memberi keberkatan dan kemudahan.

June 04, 2013

Hari Ini Milik Anda

Antara Isi kandungan buku terlaris 'La Tahzan' (Jgn Bersedih) karangan Ulama Arab, Imam Dr.Aidh Abdullah Qarni. Sungguh cantik motivasi ni, semoga memberi manfaat kpd diriku & pembaca semua.

June 03, 2013

Jika Sedih Dihina

Memetik kata² seorang ulama terkenal arab, iaitu Imam Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni yg mungkin bisa menjadi pengubat buat sesiapa saja yg pernah atau sering dihina.Contoh hinaan; 'awk buruk, awk hodoh, awk cacat, awk kerdil, awk hitam, awk mcm org asli, dan mcm² awk lg.' Paras-rupa tidak boleh diubah, dan bukan pilihan. Dan tak layak utk kita menghina segala ciptaan Allah SWT, walau seekor anjing yg hodoh sekalipun.

Pernah terdetik dihati seorg Nabi Allah tentang buruk dan hodohnya seekor anjing, lalu Allah SWT berfirman kedlm hatinya, 'Ciptakanlah yg lebih baik dari anjing itu jika kamu orang yg benar.' Maka nabi Allah tersebut bertaubat diatas perasaan yg terdetik dihatinya itu........

"Orang yang menghina orang lain, adalah bukti kehinaannya sendiri, orang yang dihinakan belum tentu menjadi hina"  - Imam Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni


Kata² yg ringkas dan padat. Tapi penuh pengajaran dan ilmu yg berguna. Insya'allah.

Noted: Antara karya yg paling terkenal dihasilkan beliau ialah buku 'La Tahzan.' Yg ditulisnya ketika di dlm penjara. Beliau dipenjarakan kerana syair yg dituliskan olehnya menyentuh tentang politik.

Tajuk La Tahzan atau jgn bersedih diambil bersempena dari ayat al-Quran yg menyebut 'jgn bersedih dan jgn bimbang' kerana Allah sentiasa bersama kita. Buku La Tahzan ini telah dialih bahasa kepada 29 bahasa dunia termasuk Malaysia dan Indonesia, penjualan yg melebihi satu juta naskah dikedua negara.

June 01, 2013

Kesedihan Berlalu Bersama Masa...

Sekejap lagi aku nk keluar ke Pantai Morib, hari tu pergi tapi dah senja...matahari dh tenggelam. Hari ni keluar awal sikit. Asalkan mak aku gembira bersiar, itupun dah cukup buat aku gembira. Sebelum tu, sempat lagi aku meluah rasa disini sekejap.

Takziah kpd seorag kakitangan MMU iaitu kak i.. yg kehilangan suami tercinta sebentar tadi, aku baca di timeline fb. Minggu sebelum kak d juga kehilangan suami tercinta. Dari Allah kita datang, kepadaNya jualah kita dikembalikan. Sebagaimana lahir kedunia ini sendirian, begitu juga kembali padaNya...juga sendirian. Tiba masanya kita pula yg akan meninggalkan dunia yg fana ini......


Kesedihan akan berlalu bersama masa. Tiada yg bersifat kekal didunia ini. Tak diciptakan manusia utk bahagia selamanya, nkmat selamanya, sakit selamanya, sedih selamanya, dan menderita selamanya. Bahagia atau derita, gembira atau duka adalah rencah perjalanan hidup yg pasti dilalui semua manusia. Hanya yg membezakan kita itu adalah cara menerima ujian tersebut.

Umpama meminum secawan kopi, ada yg merasakan sgt nikmat dan lazat, ada pula yg merasakan tidak berselera utk minum, dan ada yg merasakan biasa2 saja. Itulah penerimaan. Hakikatnya kopi itu adalah sama.....cara penerimaan rasa si peminum itu saja yg membezakan.

Begitulah ujian kehidupan ini. Ya Allah, tiada yg memberati pun jika nak dibandingkan ujian utkku dgn kehidupan orang lain........

Semoga kita menjadi insan yg lebih tabah dan bersyukur. Takziah sekali lagi pada kakak2 berdua, tabahlah, Allah sentiasa bersama kita. Aku yg tak berada di situasimu ketika ini pasti x dpt merasai perit tersebut, hanya mampu memberi kata2 semangat...............