June 03, 2013

Jika Sedih Dihina

Memetik kata² seorang ulama terkenal arab, iaitu Imam Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni yg mungkin bisa menjadi pengubat buat sesiapa saja yg pernah atau sering dihina.Contoh hinaan; 'awk buruk, awk hodoh, awk cacat, awk kerdil, awk hitam, awk mcm org asli, dan mcm² awk lg.' Paras-rupa tidak boleh diubah, dan bukan pilihan. Dan tak layak utk kita menghina segala ciptaan Allah SWT, walau seekor anjing yg hodoh sekalipun.

Pernah terdetik dihati seorg Nabi Allah tentang buruk dan hodohnya seekor anjing, lalu Allah SWT berfirman kedlm hatinya, 'Ciptakanlah yg lebih baik dari anjing itu jika kamu orang yg benar.' Maka nabi Allah tersebut bertaubat diatas perasaan yg terdetik dihatinya itu........

"Orang yang menghina orang lain, adalah bukti kehinaannya sendiri, orang yang dihinakan belum tentu menjadi hina"  - Imam Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni


Kata² yg ringkas dan padat. Tapi penuh pengajaran dan ilmu yg berguna. Insya'allah.

Noted: Antara karya yg paling terkenal dihasilkan beliau ialah buku 'La Tahzan.' Yg ditulisnya ketika di dlm penjara. Beliau dipenjarakan kerana syair yg dituliskan olehnya menyentuh tentang politik.

Tajuk La Tahzan atau jgn bersedih diambil bersempena dari ayat al-Quran yg menyebut 'jgn bersedih dan jgn bimbang' kerana Allah sentiasa bersama kita. Buku La Tahzan ini telah dialih bahasa kepada 29 bahasa dunia termasuk Malaysia dan Indonesia, penjualan yg melebihi satu juta naskah dikedua negara.

No comments: