June 01, 2013

Kesedihan Berlalu Bersama Masa...

Sekejap lagi aku nk keluar ke Pantai Morib, hari tu pergi tapi dah senja...matahari dh tenggelam. Hari ni keluar awal sikit. Asalkan mak aku gembira bersiar, itupun dah cukup buat aku gembira. Sebelum tu, sempat lagi aku meluah rasa disini sekejap.

Takziah kpd seorag kakitangan MMU iaitu kak i.. yg kehilangan suami tercinta sebentar tadi, aku baca di timeline fb. Minggu sebelum kak d juga kehilangan suami tercinta. Dari Allah kita datang, kepadaNya jualah kita dikembalikan. Sebagaimana lahir kedunia ini sendirian, begitu juga kembali padaNya...juga sendirian. Tiba masanya kita pula yg akan meninggalkan dunia yg fana ini......


Kesedihan akan berlalu bersama masa. Tiada yg bersifat kekal didunia ini. Tak diciptakan manusia utk bahagia selamanya, nkmat selamanya, sakit selamanya, sedih selamanya, dan menderita selamanya. Bahagia atau derita, gembira atau duka adalah rencah perjalanan hidup yg pasti dilalui semua manusia. Hanya yg membezakan kita itu adalah cara menerima ujian tersebut.

Umpama meminum secawan kopi, ada yg merasakan sgt nikmat dan lazat, ada pula yg merasakan tidak berselera utk minum, dan ada yg merasakan biasa2 saja. Itulah penerimaan. Hakikatnya kopi itu adalah sama.....cara penerimaan rasa si peminum itu saja yg membezakan.

Begitulah ujian kehidupan ini. Ya Allah, tiada yg memberati pun jika nak dibandingkan ujian utkku dgn kehidupan orang lain........

Semoga kita menjadi insan yg lebih tabah dan bersyukur. Takziah sekali lagi pada kakak2 berdua, tabahlah, Allah sentiasa bersama kita. Aku yg tak berada di situasimu ketika ini pasti x dpt merasai perit tersebut, hanya mampu memberi kata2 semangat...............

No comments: