July 30, 2013

Rumah Hangus Terbakar

Kuala Lumpur: Impian menyambut kemeriahan Aidilfitri bagi lima keluarga berkecai selepas kediaman mereka dan sebuah pejabat musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, api marak dengan cepat menyebabkan lima kediaman dan sebuah pejabat yang terletak berderetan di Jalan Pasir Tengah membabitkan 19 penghuni, musnah.

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran deretan rumah di Kampung Pasir Baru, semalam.

Seorang mangsa, Mazla Zahari, 46, berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga anaknya berusia satu hingga lima tahun sedang tidur.

“Sebaik mengetahui ada kebakaran, saya terus membawa anak dan ibu saya berusia 70 tahun keluar dari rumah dan mengarahkan mereka masuk ke dalam kereta yang diletakkan depan rumah. Sebaik mengundur kereta, saya mendapati api sedang marak membakar rumah.

“Habis semua tempahan biskut raya pelanggan dan baju raya kami hangus dalam kebakaran itu,” katanya yang menganggarkan kerugian hampir RM100,000.

Beliau berkata, dia menerima tempahan biskut raya daripada beberapa pelanggan dan semua tempahan itu sudah hampir siap.

Seorang lagi mangsa, Rafeah Othman, 37, berkata, dia kini buntu memikirkan di mana mereka akan menetap selepas kediaman yang disewa lebih lima tahun lalu musnah terbakar.

Berikutan itu, Rafaeh dan suami serta empat anaknya berusia antara dua dan 12 tahun akan menetap di dewan berhampiran bersama mangsa lain.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8 pagi dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Seputeh dan Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran. - myMetro

Henyak Kepala Suami Dgn Lesung


Nasi Kosong Kuah Kicap

Bagan Serai: Seorang ibu tunggal hanya mampu memberi enam anaknya yang masih kecil makan nasi berlaukkan telur goreng dan kicap serta minum air kosong setiap hari.


Rosita Wahab, 37, yang menetap di Penempatan Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Batu Enam Beriah, Bukit Merah, di sini berkata, itu saja yang mampu disediakan untuk anak-anaknya yang berusia antara lima hingga 12 tahun sama ada pada hari biasa atau pun bulan Ramadan.

Menurutnya, selepas berpisah dengan suami sejak empat tahun lalu, kehidupan mereka tujuh beranak susah memandangkan dia hanya mendapat pendapatan dengan menjala atau memancing ikan.

“Perbelanjaan kami bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian sebanyak RM450 sebulan, namun tidak mencukupi kerana tiga anak saya bersekolah dan memerlukan perbelanjaan banyak.

“Kadang kala saya mencari duit lebih dengan menjala atau memancing ikan di kawasan berhampiran Bukit Merah dan mendapat RM25 atau RM30 sehari bergantung kepada cuaca dan musim,” katanya. - myMetro

July 29, 2013

Isteri Sepak Suami

Gombak: Seorang isteri bukan saja sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.

Tindakan terlampau wanita berusia 30-an itu berpunca apabila suami berusia 34 tahun itu menegur sikapnya yang gemar memburukkan-burukkan ibu lelaki itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

Akibat dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka, belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Si suami turut diugut bapa mentua yang mahu mematahkan kakinya.





Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi Jumaat itu, wanita itu bertengkar dengan suaminya apabila dia dimarahi kerana menghina ibu lelaki terbabit.

“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati dimarahi suaminya naik angin lalu menyerang lelaki terbabit dengan menendang dan menumbuk mukanya.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghubungi ahli keluarga untuk mengadu masalah dan meminta mereka datang ke rumah membantunya,” katanya.

Sebaik tiba di rumah berkenaan, kata sumber itu, ahli keluarga wanita terbabit yang dalam keadaan marah menyerang lelaki itu, malah abang iparnya yang hilang kawalan diri memukul mangsa hingga terjatuh.
Menurutnya, mujur bapa saudara si isteri meleraikan pergaduhan terbabit sebelum meminta mangsa menjelaskan perkara sebenar.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dengan isterinya. Malah, dia juga menghubungi ibunya supaya datang ke rumah bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, sebaik ibu lelaki itu sampai, dia dimaki hamun dan diserang menantunya itu.

“Pertengkaran berlaku beberapa minit sebelum kedua-dua beranak itu keluar rumah untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29 - Mymetro

July 25, 2013

Stoking Bulu Roma

Suka pakai stoking tak? Suka? OK....kat bawah ni ada stoking yg baru diperkenalkan oleh negara China kpd para wanita diluar sana bagi mengelakkan diri anda menjadi perhatian dan gangguan lelaki. Belilah sepasang utk korang. Aku taknak. Lelaki tengok pun tak bernafsu. Yer ke? Geli plak aku tengok sarung kaki berbulu mcm nie...........isskkk. Camana nak pakai. Itulah cantiknyer Islam suruh tutup aurat elok², cantik dan tak buruk mata memandang. Tak payah susah² pakai stoking bulu roma mcm ni bagi mengelakkan gangguan dan rogol........

asiantown.net

It might seem like the androgynous fashion trend taken too far, but a Chinese company’s new ‘hairy leg’ hosiery hopes to help women ward off unwanted male attention.
A photograph posted to the Shanghai-based website ChinaSMACK shows a model from the waist down wearing the on-trend stockings.

A caption below touts them as the perfect 'summertime anti-pervert' device and 'essential for young girls going out’.

It does not state where shoppers can find the garment and internet searches prove fruitless.

The image of the tights has triggered hundreds of responses from amused and horrified viewers.

‘Damn, so disgusting!’ commented one.



‘Essential for the subway?’ said another.
One highlighted how the pants could backfire: ‘This will not only prevent against perverts, it’ll definitely also result in preventing handsome guys from approaching you.

‘When things go to the extreme, they can only go the opposite direction!’
And some suggested that not shaving could be a cheaper alternative.

The product is reminiscent of a range of textured lace tights released by J.Crew in 2010, which unfortunately made the wearer’s legs look furry.

Yahoo wrote of the product: 'Channel your inner hippie! And hey, these tights are probably even warmer than actual leg hair.'

One commentator pointed out that they would be 'great for Halloween, but pretty gross otherwise'.

Suami Suka Mencarut, Memaki, Mengeji

Saya telah berkahwin selama hampir 3 tahun dan dikurniakan seorang anak yang berusia 1 tahun 5 bulan. Sejak mula perkahwinan, suami sangat panas baran, suka memaki-hamun saya, memalukan saya dan menghina keluarga saya di khalayak ramai. 

Saya rasa seperti bodoh, terhina dan sangat tertekan setiap kali suami memaki hamun saya dengan kata-kata kesat. Suami saya panas baran, kalau marah suka hina dan sebut tentangg ayah saya. Keluarganya huru-hara dan panas baran macam dia jugak.

Semua gambar tiada kena-mengena dgn kisah ini

Suka bergaduh, cakap besar, kurang amalan agama, cakap lepas, suka maki hamun, tengking2, mencarut, marah tak tentu pasal etc.  Sebab tu suami saya pun macam tu tapi suami saya tiap2 hari pi surau, cuma kurang pengetahuan agama (baca quran selalu tajwid salah..kadang2 boleh tegur, kadang2 tidak boleh  tegur)

Saya penah mengadu kat mertua tapi diorang baking anak, bile ngadu kat mertua..ayah dia siap cakap, apa salahnya maki hamun kalau betul. Ajaran agama mana ntah dia pakai.

Masa hari perkahwinan, ibu mertua menengking saya di depan rumah depan tetamu yang ramai sebab saya lambat turun sedangkan pengantin lelaki (suami saya) masa tu masih ada di atas rumah (dalam bilik pengantin).  


Tengking dan maki hamun dah jadi pekara biasa dalam rumah tu. Tiap2 pagi, ibu mertua saya mesti terjerit2 dan maki hamun kejut anak2 lakinya yang bongsu bangun tidor. Adik ipar saya yang bongsu selalu kena marah dan pukul.
 

Suami saya pernah kena curah air panas masa kecik sebab menangis mintak susu.

Masa mengandung, sy selalu sangat menangis, suami saya tidak boleh ditegur langsung...pernah kita orang  tidak solat asar sebab dia taknak solat di surau shopping complex sebab katanya bajunya kotor kena peluh.Tapi bajunya  takde kena najis.  


Bila  tak  sempat solat, saya tegur dia...tapi dia mengamok atas motor smpai buka baju depan orang ramai sambil motor bergerak.  

Dia pernah tengking saya depan supermarket, tengking saya atas motor kat traffic light...dan bukan tengking sepatah perkataan....ayatnya  berjela2 siap maki hamun 'puki mak, bangsat, baghal, gila, cerdik sungguh, babi', dan hempas pinggan dah banyak kali.   

Selalu tunjuk penumbuk kalau gadoh.  Pernah baling cawan kaca kat saya dan anak tapi pecah terkena dinding dan serpihannya terkena pada  saya.


Menghina mak dan ayah saya miskin..."nak makan sendiri pun mintak kat anak, ada hati nak bagi pinjam kereta",  menghina mak ayah saya..."macam pencuri" sebab saya bagi duit tiap2 bulan kat mak ayah dan belikan kereta untuk ayah.  

Suami tuduh saya  tidak minta izin sedangkan sebelum dan  selepas kahwin (masa mengandung) saya dah tanya dia...kadang2 dia jawab ok dan kadang2 dia jawab bila mampu...mampu tu subjektif (bagi saya, saya dah mampu sebab dah kerja tetap kerajaan).

Saya tidak tahan sangat....dah rasa macam nak sakit jiwa...kalau fikir kepala jadi sakit, mungkin dah kena darah tinggi...saya sangat  tertekan...hubungan dengan keluarga saya  jadi renggang dan jauh sebab sikap suami...saya sedih dan  tak  mampu lagi.

Masa raya kedua baru2 ni suami saya mengamuk kat  rumah mak ayah saya... tiba2 dia paksa saya balik rumah sambil jerit2...saya tidak ikut sebab  takut. Dia terus rampas anak dari saya..mak saya halang,   dia tolak.  


Jadi ayah  dan adik lelaki saya bergelut dengan dia untuk ambik anak...sebenarnya kita orang  tidak sangka sampai jadi  macamtu sekali. Dia terus keluar balik rumah mak bapak dia.  

Lepas tu dia tuduh saya nusyuz  sebab tidak ikut dia dan tuduh family saya dah plan semua ini. Suami siap cerita dengan kawan saya yang mak ayah saya tuduh dia curi  duit saya sedangkan dia yang cakap camtu pada  mak ayah saya.

Suami call pujuk2...saya layan ala kadar sebab masih terluka. Tiba2 bila balik rumah kami dengan mak ayah saya (dia orang tolong hantar sebab saya tidak mampu drive sorang...jauh, lagipon  tidak  ikut syariat).  



Dia bawak family dia...konon nak bincang tapi dia pertahankan diri  dan marah2. Dia arahkan saya  balik rumah mak bapak dia  tapi saya dah takut sebab mak n ayah dia termasuk suami saya, kutuk kami sekeluarga macam2 masa tu..saya  diam saje...terus dia ambik anak dan keluar umah...

Saya mintak nak susukan anak,  dia tidak bagi...sedangkan anak saya masih menyusu badan...Saya  tidak  sanggup berpisah dengan anak saya...asyik menangis saje... tidak  tentu arah, tidak tau nak buat apa.

Kalau tuntut fasakh, saya takut dia cakap "AKU CERAIKAN KAU DGN SYARAT AKU JAGA ANAK"....saya takut kehilangan hak penjagaan anak. Apa yang patut saya buat sekarang? Dalam kes saya ni, berdosakah kalau saya tuntut fasakh? - Sumber Forum Halaqah.net


Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut: "Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".  Memulakan perbincangannya beliau menyebut: "Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".  Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu.  


Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban); 

"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni); "Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); "Wahai Aisyah!  Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya); "Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munaflk" (al-Tirmizi).  Beliau seterusnya memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah:

"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing".





Kemegahan Cafe Makan Harvard University

Harvard Universiti Amerika Syarikat adalah salah satu universiti tertua dan terkenal di seluruh dunia. Bagi yang sudah pernah menyambung pelajaran disana pasti sudah tidak asing lagi dengan suasana kantinnya.

Akan tetapi pasti ramai sekali mereka yg belum pernah menginjakkan kakinya disana. (Termasuk penulis milokaw nie) Bukan hanya orang Indonesia dan Malaysia, bahkan warga nergara Amerika sendiri masih ramai yg belum melawat universiti ini.

Harvard University banyak melahirkan graduan² yg menjadi ahli pemimpin terkenal seluruh dunia dan Malaysia. Anak² kenamaan, vip, dan raja-raji pun ramai belajar disini dan berjaya disudut duniawi selepas menuntut disini.

Foto² dibawah memperlihatkan betapa besarnya cafe makan universiti tersebut ~ Ayat telah diubah kpd bahasa Melayu dan mengikut citarasa milokaw. Sumber gambar dan info dari beritaunik.net.







Biarpun Aku Banyak Dosa....

Seremban: “Saya akui jahil dan banyak dosa, tapi akidah saya masih utuh dan sama sekali tidak akan menyerahkan anak kepada pasangan bukan Islam, biarpun ada yang menawarkan RM30,000.”

Demikian kata seorang wanita mualaf mahu dikenali sebagai Rokiah, 30-an yang kini hidup terumbang-ambing dan serba kekurangan selepas diceraikan bekas suami, awal bulan lalu.

Gambar hiasan

Keadaan diburukkan lagi apabila janda beranak satu itu kini hamil anak luar nikah dan teman lelakinya pula enggan bertanggungjawab, malah memintanya menggugurkan kandungan.

“Melihat kehidupan saya yang serba daif empat pasangan bukan Islam pernah menyuarakan hasrat mahu memelihara anak saya.

“Ada yang mahu mengambil Amin (anak lelaki berusia dua tahun) dan ada juga yang mahukan anak dalam kandungan saya yang kini berusia empat bulan.

“Walaupun saya mualaf dan banyak dibebani dosa silam, saya tetap akan berusaha menjaga anak saya dan tak mahu mereka keluar daripada Islam,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Rokiah berkata, dia kini tidak mempunyai pekerjaan dan hidup menumpang di rumah kakak dan abang iparnya yang bukan beragama Islam bersama tiga anak mereka di Senawang, dekat sini.

“Biarpun ditawarkan puluhan ribu ringgit, saya tidak rela berpisah dengan Amin. Hidup mati saya biarlah dengan Amin dan anak yang masih dalam kandungan. Saya tidak akan menjual mereka,” katanya.

Mengimbas kisah hidupnya, Rokiah berkata, selepas diceraikan, dia terpaksa menanggung seorang anak kembarnya, manakala seorang lagi bersama bekas suami yang juga askar di Perak.


Menurutnya yang berasal dari Sarawak dan memeluk Islam pada 2009, selepas bercerai dia menjalinkan hubungan dengan seorang anggota keselamatan di negeri itu hingga terlanjur.

Gambar hiasan

“Saya amat menyesal kerana terlanjur dan ia berlaku kerana selepas bercerai saya hilang arah, tiada pendapatan serta terlalu bergantung harap dengan teman lelaki yang saya kenali Mac lalu,” katanya.

Rokiah berkata, sebelum ini dia tinggal di Gerik, Perak bersama bekas suami dan pernah bercerai kali pertama pada tahun lalu sebelum rujuk semula.

“Biarpun rujuk semula, kami tidak tinggal bersama kerana masih tiada persefahaman dan saya terpaksa menumpang di rumah kakak di Senawang.

“Ketika masih belum diceraikan kali kedua, saya berkenalan dengan teman lelaki dan terlanjur hingga hamil, tapi teman lelaki saya enggan bertanggungjawab, malah meminta saya menggugurkan kandungan.

“Bagaimanapun, saya tidak tergamak menggugurkan kandungan saya. Bayi yang saya kandung ini tidak berdosa dan saya tak mahu terus melakukan dosa. Saya mahu teman lelaki bertanggungjawab ke atas kandungan ini,” katanya.

Menurut Rokiah, fikirannya kini bercelaru dan tidak tahu hendak berkongsi masalah dengan sesiapa melainkan kakak dan abang iparnya yang bukan Islam.

“Kini, saya tidak bekerja dan terpaksa menyara Amin yang masih kecil selain hanya mampu memberinya susu pekat manis.

Gambar Hiasan

“Malah, setiap kali ke klinik kesihatan memeriksa kandungan, saya malu kerana jururawat kerap bertanya nama bapa bayi yang saya kandung,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Lebih memilukan, kata Rokiah, ketika Aidilfitri semakin hampir, tiada apapun persiapan dibuat buat dirinya dan anak berikutan tidak mampu.

“Saya kini menumpang di rumah kakak yang mempunyai tanggungan lain selain isi rumah di sini semua tidak bekerja,” katanya sambil memberitahu tidak pernah membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung masalah dihadapinya.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Datuk Johani Hassan meminta mualaf terbabit segera membuat laporan.

“JHEAINS mempunyai unit saudara baru untuk membantu mualaf yang memerlukan maklumat dan bantuan.

“Jika dia (Rokiah) tidak membuat laporan, macam mana kita mahu hulurkan sumbangan dan membantunya,” katanya.

Johani berkata, mana-mana saudara baru yang mempunyai masalah juga digalakkan merujuk kepada JHEAINS atau berkunjung ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini, supaya boleh diberikan bantuan sewajarnya. - MyMetro

July 24, 2013

Mangsa Gempa Bumi di China Meningkat

DINGXI - Anggota-anggota penyelamat dilengkapi penyodok dan dibantu anjing pengesan memeriksa runtuhan kediaman untuk mencari mangsa yang masih hidup semalam selepas gempa bumi kuat menggegarkan barat daya China.

GAMBAR yang disiarkan agensi berita Xinhua ini menunjukkan anggota tentera melancarkan misi menyelamatkan mangsa di wilayah Gansu yang dilanda gempa bumi kelmarin. 


Pemerintah menghantar sekitar 6,000 petugas dan dua buah helikopter untuk membantu usaha menyelamat.Gempa berukuran 6.6 pada skala Richter itu menyebabkan sekurang-kurangnya 89 orang terkorban dengan lima lagi masih hilang dan 628 yang lain pula cedera.

Bencana itu melanda pada pukul 7.45 pagi (waktu tempatan) dan berpusat 151 kilometer ke barat bandar ini, dalam wilayah pertanian Gansu.

Sekitar 123,000 orang terjejas akibat gempa tersebut dengan 31,600 penduduk telah berpindah ke beberapa penempatan sementara.

Pihak berkuasa China melaporkan, hampir 2,000 kediaman musnah dan 22,500 lagi rosak.
Gegaran itu menyebabkan sejumlah dinding kediaman, pokok dan tiang telefon tumbang.

"Selepas gegaran paling kuat berakhir, kami bimbang berlaku gempa susulan. Justeru, kami mengemaskan barangan kami dan berlindung di kawasan lapang," kata seorang pelajar jurusan seni berusia 21 tahun, Li Jingui.

Gempa bumi itu disusuli gempa susulan bermagnitud 5.6.
Kemusnahan paling teruk berlaku di daerah Min, dalam wilayah Dingxi yang terletak sekitar 1,200 kilometer ke barat ibu negara China, Beijing. - AP - Kosmo

Bayi Lelaki Ditinggalkan

BUTTERWORTH: Orang awam yang menunaikan solat Asar di surau Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini petang semalam terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan surau itu.

Gambar Hiasan

Jurucakap polis berkata bayi yang dipercayai berusia tiga bulan dengan berat lima kilogram itu ditemui pada jam 4.35 petang.

"Ketika ditemui bayi itu dipercayai baru sahaja ditinggalkan kerana sebelum mereka bersolat bayi berkenaan belum diletak di situ," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya bayi yang dibalut dengan selimut itu ditinggalkan bersama susu, tuala dan baju.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

"Bayi itu berada di HSJ sekarang ini dan dalam keadaan sihat, siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan," katanya yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama (Metro)

July 18, 2013

SiComel Mengantuk Tidur Ternganga


Kemalasan melanda....! Lama sgt aku tak update Milokaw ni. Sebb? Terlalu byk sebb.....semuanya personal n family. hehe. SEBENARNYER aku malas dan takder masa nak update. Dan aku sangatlah mengantuk waktu menaip ni...Tuhan saja yg tahu, biasalah pepetang camni...sejuk dan puasa. Kira bagus la aku tak tidur di tempat keja? Masa berniaga hari tu pantang waktu lunch hour, bukannyer aku pegi makan tapi pegi tidur di surau. Penat dan tak cukup rehat.

OK, bercerita pasal sebb, hari tu aku ckp buka gerai burger bakar kan? Sekarang aku x jual dah, hanya kakak aku jer yg teruskn bisnes tu. Insyaallah, aku akan usahakan bisnes lain. So, kalau korang teringin makan burger bakar jgn lupa utk datang ke gerai kakak aku tu.

Sejak jadi isteri org ni kehidupan aku x byk berbeza. Cuma yg berbeza kurang tidur dan rehat. Sebb terpaksa tumpukan sedikit perhatian kpd rumahtangga katanyer. Tgjawab dah bertambah. Bukan utk diri sendiri sorang jer, tapi utk suami jugak perlu diurus dan dijaga. Dah namapun rumahtangga kan? Ah..tak payahla citer lelebih. Simpan sikit utk diri sendiri.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyempurnakan ibadah puasa kpd seluruh umat Islam didunia. Terutama pembaca kesayangan aku...korang la, sapa lagi. "Walaupun rupamu tidak ku kenal..tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku.." - sekali skrip filem P.Ramlee daa. Dah, Macam²lah kau, P Ramlee lah, S Ramlee, Z Ramlee, Ramlee Burger. Jgn mengarut.

OKlah stop sini dulu Insyaallah bertemu kembali dilain waktu.