August 22, 2013

Tragedy Genting Highlands - 21 August 2013

Kemalangan terburuk yg pernah berlaku di negara Malaysia ini sepanjang 17 tahun, yg telah mengorbankan 37 nyawa. Bas ulang-alik ke Genting ini telah terjunam ke dalam gaung ketika menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur. Kemalangan ini pasti merentap dan menyentap perasaan mangsa mahupun keluarga. Siapa sangka kegembiraan di puncak Genting berakhir dgn tragedi? Ucapan takziah kpd seluruh keluarga mangsa yg terlibat dgn kemalangan ini.

August 21, 2013

Rahsia dan Kelebihan Sujud

Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. 


Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. 


Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. 


Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”. - fb

Garfu Dalam Kemaluan

Canberra: Banyak cara untuk anda menikmati keseronokan seksual. Tetapi memasukkan garpu ke dalam kemaluan bukan satu daripadanya.

Doktor di Canberra, Australia baru-baru ini berjaya mengeluarkan garpu besi sepanjang 10 sentimeter dari kemaluan seorang lelaki yang memasukkan benda asing itu, kononnya untuk menikmati cara baru keseronokan seks Lelaki berusia 70 tahun itu mengunjungi jabatan kecemasan Hospital Canberra mengadu kemaluannya berdarah.

Dia mengaku memasukkan garpu itu ke dalam uretranya. Malangnya, keseronokan yang diimpikan menjadi mimpi ngeri baginya apabila garpu berkenaan tersekat menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau. Meskipun begitu, dia mengambil masa hingga 12 jam sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan.

 Menurut laporan dalam keluaran terbaru Jurnal Pembedahan Antarabangsa, garpu itu tersekat begitu teguh di dalam kemaluan mangsa hingga doktor berdepan dengan kesukaran untuk mengesannya.

Sebaik berjaya menentukan kedudukannya, pelbagai cara digunakan untuk mengeluarkan garpu itu dan akhirnya berjaya selepas mengguna forsep serta pelincir yang banyak.

Lelaki tua itu kemudian dibenarkan pulang dan dijangka tidak berdepan dengan masalah jangka panjang.
Menurut artikel itu yang berjudul “Benda asing yang aneh dalam uretra,’ kes benda asing tersekat di bahagian saluran kencing jarang berlaku.

Pengarang laporan itu berkata, bagaimanapun, ini bukan kali pertama seseorang lelaki cuba memasukkan benda asing ke dalam kemaluan mereka.

Pada masa lalu, kabel telefon, kokain, penyedut, guli, mentol lampu dan ular adalah antara yang pernah dikeluarkan dari kemaluan lelaki.

Doktor Krishanth Naidu, Maurice Mulcahy dan Amanda Chung berkata, mereka memilih untuk menerbitkan kes luar biasa itu supaya ia boleh dibincangkan di kalangan pengamal perubatan memandangkan kes memasukkan garpu ke dalam kemaluan jarang berlaku.

Menurut laporan itu, dalam 20 kes sepanjang sembilan tahun lalu, perbuatan memasukkan objek asing ke dalam kemaluan tidak banyak berlaku dengan lelaki 1.7 kali lebih ramai terbabit dalam perbuatan itu berbanding wanita. - Daily Mail

August 19, 2013

"Tak Sangka ALLAH Balas Secepat Ini"

KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.


Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.
"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.


Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.
“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.
“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.
Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”


Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.
“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.


Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui. - Sinarharian

August 15, 2013

Suami Belasah Isteri

Mcm ni ke Islam ajar. Ketika Rasulullah SAW didatangi seorg bapa yg menanyakan tentang pasangan jodoh anaknya Rasulullah menjawab kpd lelaki tersebut

'Kahwinilah anakmu dgn pemuda yg bertakwa, jika dia menyintai isterinya maka dia akan melayan dgn baik, sebaliknya jika dia tidak menyintai isterinya maka dia tidak akan menyakiti isterinya.'

Perbuatan lelaki didlm video ini sungguh jauh dari apa yg diajar Rasulullah SAW.


August 14, 2013

Ahli Perniagaan Kerugian 1.5 Juta

Kajang: Seorang ahli perniagaan kerugian dianggarkan RM1.5 juta selepas kediamannya di Sungai Long, di sini, dipecah masuk ketika mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk berhari raya.

Mangsa, Abdul Salam Ahmad, 49, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu sebaik pulang ke rumah Ahad lalu jam 9.30 malam dan terkejut apabila mendapati barangan dalam rumah berselerak.


Menurutnya, sebaik masuk dalam bilik utama, dia terkejut apabila mendapati peti besi keselamatan dikopak dan barangan kemas serta wang lesap.


KEADAAN peti besi yang dipecahkan penjenayah.

“Penjenayah terbabit dipercayai masuk rumah melalui laluan belakang sebelum memecahkan pintu .

“Sebelum kejadian itu, kami pulang ke kampung di Sungai Petani, Kedah pada 5 Ogos lalu dan pulang semula ke sini pada Ahad lalu sebelum menyedari rumah dipecah masuk,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam. - myMetro


Bahagia Si Boroi

Tajuk dan artikel yg aku kutip dari myMetro. Beberapa fakta yg dinyatakan dibawah adalah benar...?? Kwn² di tempat kerja pun aku lihat ada yg bertambah berat badan, tapi tidaklah ke tahap boroi. Kalau pun ada salah-seorg antara mereka memang dari sebelum kahwin dah boroi....tak timbul soal isteri memasak atau isteri tak memasak...memang suka makan. Suami aku? Berat badannyer pun dah bertambah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isu ini didebatkan berkurun-kurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan selepas berumah tangga dan si isteri pula sukar mencari bentuk badan yang lama. Bagaimanapun, situasi ini langsung tidak dilihat sebagai satu masalah, sebaliknya ia hanya dianggap satu perkara normal.

“Bahagialah selepas kahwin, itu yang perut sudah ke depan,” itulah alasan klise bagi mereka yang menegur.
Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan satu-satunya ancaman kesihatan yang sukar dielakkan, namun bahayanya ia langsung tidak dilihat serius oleh kebanyakan pihak.

Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan daripada keluarga.

Oleh kerana itu, hampir semua lelaki bujang mempunyai bentuk badan menarik dengan perut kempis dan berat badan mereka sekitar 55 hingga 75 kilogram. Namun selepas seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari setahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Rata-rata mereka sudah tidak lagi hidup aktif.

Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambahan pula apabila mendapat isteri pandai dan gemar memasak. Lelaki akan berasa selesa selepas berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita, yang bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak selepas berumah tangga, malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak selepas bersuami.

Mereka mula gemar mengumpul resipi dan menonton rancangan masakan. Mereka tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan peralatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan berasa cukup puas. Itulah hakikat dan realitinya jika ditanya kepada wanita bergelar isteri.

Selepas berkahwin, kebanyakan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Jadi lemak daripada pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi.


Perut ke depan selepas dua tahun

Terdapat dua jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan bertambah, gemuk dan berperut buncit manakala jenis kedua pula adalah lelaki itu akan bertambah berat badannya tapi masih lagi kurus, cuma bahagian perut saja membuncit.

Walaupun pakar sains tidak dapat menjawab yang lelaki boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ia terjawab dengan mudah.

Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi selepas dua tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik perceraian juga melaporkan hampir 89% kes perceraian berlaku kepada suami yang ‘slim’ dan masih tampan. Berbanding kadar perceraian yang membabitkan suami boroi hanya sekadar 19% kes perceraian.

Mungkin anda terperanjat sekarang, namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Malah kajian yang sama ada menyebut yang lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh serta lebih mementingkan rumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitikberatkan penampilan.

97% kes perceraian datangnya daripada masalah isteri sebegini. (isteri boroi)

Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya selepas berkahwin. Cukup sekadar merapi rambut dengan cantik dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Rupa paras suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Walaupun dengarnya seperti tidak adil atau berat sebelah, namun itulah budaya yang sudahpun diterima sejak dulu lagi. Percaya atau tidak, ada juga sebuah blog yang menyenaraikan satu laporan kajian yang menyebut hampir 77% wanita berkahwin memakai susuk pada zaman dulu untuk memastikan suami mereka akan terus setia.

Lihat saja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang terletak cantik dipadankan dengan kebaya ketat, punggung padat dan bersanggul tinggi. Itulah kekuatan seorang perempuan.


Berisiko hidap diabetes dan jantung

Perut kempis dan kemas bukan saja menambah keyakinan diri seorang lelaki, malah yang lebih penting ia mencerminkan kesihatan pemilik tubuh itu. Maka tidak hairanlah ramai dalam kalangan lelaki berusaha untuk mengekalkan perut menarik dengan susuk gaya menggiurkan.

Terdapat kajian membuktikan lelaki yang memiliki tumpuan lemak di kawasan perut atau disebut juga memiliki bentuk tubuh seperti buah epal, lebih berisiko terkena penyakit diabetes, angin ahmar dan jantung.
Sebelum mentafsir kegemukan dan kaitannya dengan beberapa penyakit berbahaya, seharusnya lelaki mengambil inisiatif dengan melakukan ujian BMI (indeks jisim tubuh). Ini bagi menentukan tahap kegemukan badan seseorang.

Ada kaitannya dengan penyakit jantung pula? Perut buncit dikatakan berkaitan dengan penyakit jantung tapi bukanlah secara langsung. Jika dikatakan kegemukan tubuh keseluruhan, ia secara langsung berkaitan dengan penyakit jantung.

Sindrom itu dinamakan sindrom metabolik. Antara penyakit lain berisiko secara tidak langsung ialah darah tinggi, pradiabetes dan kolesterol tinggi. Semua ini ada berkaitan dengan jantung. Contohnya jika seseorang itu menghidap darah tinggi, individu itu boleh terkena serangan jantung dan diabetes.

Faktor utama buncit disebabkan pemakanan yang tidak seimbang dan kurangnya bersenam. Kedua-dua ini menyebabkan lelaki berisiko tinggi menghidap kencing manis dan masalah kolesterol.

Justeru, jangan hanya menggaru kepala atau terdetik bimbang dalam hati. Kepada lelaki boroi atau hampir ke tahap obesiti, ubah gaya hidup anda.


Ubah gaya hidup

Secara umumnya, seorang lelaki itu harus kurangkan makanan bergoreng dan berkolesterol tinggi. Kurangkan pemakanan berunsur karbohidrat seperti nasi putih, roti putih, kentang, kuih-muih serta kurangkan pemakanan berkalori tinggi seperti berlemak atau berminyak.

Disyorkan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan seperti epal, betik dan limau namun tidak digalakkan ialah tembikai, mangga serta durian.

Lelaki juga digalakkan memakan lebih protein daging putih seperti ikan dan ayam (bukan bergoreng) serta kurangkan mengambil daging merah. Jangan mengamalkan pengambilan minuman yang bergas kerana ia mengandungi gula yang tinggi.

Gaya hidup pula mesti berubah dengan melakukan senaman 30 minit sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman yang disyorkan adalah berjalan secara cepat. Sekiranya seseorang lelaki itu disahkan menghidap penyakit diabetes atau jantung, mereka masih boleh melakukan senaman dan mengamalkan corak pemakanan lebih sihat, cuma sebagai tambahan, mereka perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk mengawal penyakit mereka.

Apabila seorang lelaki semakin meningkat usia, hormon testeron semakin berkurangan. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk gemuk terutama di bahagian pinggang.

Kesimpulannya, orang buncit sebenarnya meninggikan risiko mendapat penyakit diabetes jika ia tidak dikawal melalui pemakanan dan senaman.

Tapi berita baiknya, sempena bulan puasa ini, dapatlah kita sama-sama berdiet dengan sihat. Mana tahu selepas raya nanti, perut kurang sikit menggunung dan lebih elok kalau dapat bentuk yang jauh lebih menarik. - myMetro

August 13, 2013

Sup Ayam Menu Berbuka Ku

Ok, menurut kajian org yg suka upload gambar makanan di facebook mengalami masalah mental. Betul kah? So, maksudnyer kalau upload atau share dlm blog tak mental kan? Hehe....

Diakui aku memang x share gambar makanan sebb aku x suka share2 ni (padahal x reti masak) kalu reti pun aku segan nk share sebb org lain lagi ramai yg pakar memasak....x kecoh pon. Eleh...alasan baik punyer.


Tanpa membuang masa, gambar yg aku upload atas ni adalah gambar sup ayam simple bersama sayur sawi putih. Sejak jadi puan ni rajin aku memasak kan? Konon2 la, sebenarnya aku memang pandai masak sup ni sejak di bangku sekolah lagi....bukan nak bangga, tapi tu lah kelebihan yg dianugerahkan pd aku. Btol....aku tak tipu.

Sesiapa yg nak cuba resipi ni senang jer. Sediakan ayam suku ekor (ikut berapa ramai family korang), kemudian bwg putih n bwg merah, minyak, sup bunjut/perencah sup atau kedua2nya pun boleh, kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, x payah type bebanyak yg pasti dlm sup bunjut tu dah lengkap dah sumer. Last sekali sayur sawi. Kenapa sawi? Sbb aku malas beli daun sup. Jgn risaulah, tak beracun pon wpun korang ganti ngan daun sawi.............trust me.

Kemudian korang tumis hingga berbau Wangi, masukkn ayam, dan akhir sekali sawi putih ni..dan...tadaa....! Jadilah seperti di atas ni. Menarik dan menyelerakan kan? Kan?

Ok, sebenarnya di akui resipi ini adalah utk mereka2 yg mcm aku jarang memasak....nanti kita belajar masak masakkan yg lebih susah dan mencabar yer. Selamat mencuba :))

Rahsia Pengapit Pengantin Lelaki Menangis

Kuala Lumpur: Percintaan lebih 10 tahun seorang wanita dengan lelaki dikasihi yang diakhiri dengan perkahwinan bertukar mimpi ngeri apabila lelaki terbabit menghilangkan diri sebelum dikesan mengikut seorang lelaki dipercayai ‘kekasih misteri’ sejak awal tahun lalu.

Dia kini seolah-olah digantung tidak bertali apabila hanya dapat berkomunikasi dengan suami melalui SMS yang ada ketikanya mengambil masa beberapa hari untuk dijawab. 

ROZITA menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.

Rozita, 30-an, eksekutif swasta, tidak menyangka perkahwinan dua tahun lalu berakhir begini sedangkan mereka bercinta sudah 10 tahun.

“Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini. Hasrat untuk menjadi isteri yang taat kepada suami serta membina rumah tangga bahagia tidak kesampaian. Selama kenal dia, saya tidak pernah sedar dia cenderung kepada perhubungan sejenis. 

“Semuanya bermula pada hari pernikahan kami apabila dikunjungi seorang pemuda berusia awal 30-an yang menjadi pengapit pengantin lelaki tiba-tiba menangis dan meminta saya menjaga suami dengan baik.- myMetro

August 12, 2013

Sepuluh Negara Termiskin Dunia?

Inilah hasil dari pemerintahan yg tidak amanah dan penuh corruption. Jgn biarkan negara kita di pimpin oleh pemimpin yg corrupt dan jauh dari akhlak Islam yg sebenar. Tidak amanah, tidak jujur, dan makan duit rakyat, yg akhirnya rakyat akan menderita terbeban dgn hutang piutang, harga barang yg mahal, sara hidup yg melampau. Akhirnya jadi seperti negara dibawah, yg kaya sangatlah kaya. Yg miskin, sgt menderita. Terlalu jauh jurang perbezaan golongan miskin dan kaya. Tidak seperti yg diajar oleh Islam.


Raya Tanpa Dinding Dapur

ROMPIN – Sebuah keluarga di Kampung Kasing, di sini, terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan tiada dinding dapur apabila dinding tersebut runtuh pada 31 Julai lalu.

Difahamkan, kejadian tersebut juga nyaris mendatangkan kecederaan kepada salah seorang penghuni rumah terbabit yang ketika itu sedang membasuh pinggan.

Suri rumah, Hafidzah Isa, 42, berkata, dinding dapur rumahnya runtuh selepas selesai berbuka puasa.

“Masa dinding dapur runtuh, saya sedang basuh pinggan sebab baru selesai buka puasa bersama keluarga.

Hafidzah menunjukkan dinding dapur rumah pusaka peninggalan bapa mentuanya yang telah runtuh dan nyaris menimpanya.

“Saya dengar macam ada bunyi benda patah dan tiba-tiba dinding dapur di tepi tempat saya membasuh pinggan itu runtuh. Nasib baik ia runtuh dan tumbang ke arah luar dan tidak menimpa saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hafidzah berkata, Aidilfitri kali ini mereka sekeluarga terpaksa menyambutnya dengan keadaan dapur yang tidak berdinding.

Katanya, suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap tidak mempunyai modal kewangan untuk membaiki dinding tersebut.

“Sekarang ini saya dan anak-anak terpaksa membasuh pinggan di situ juga walaupun sebenarnya agak bahaya kerana masih ada sisa kayu dinding sebelah atas yang bila-bila sahaja boleh jatuh dan menimpa kami.

“Kami terpaksa berhadapan dengan risiko kerana suami masih belum mempunyai wang untuk membuat dinding baru," katanya. - Sinarharian

Enam Terkorban Gunung Rokatenda

Kupang: Penyelamat Indonesia semalam berusaha keras untuk memindahkan ribuan penduduk dari pulau kecil Palue di Nusa Tenggara Timur ketika letusan gunung berapi yang mengorbankan enam orang kelmarin terus memuntahkan batu dan abu “pada paras berbahaya”. 

Pegawai agensi valkonologi Indonesia, Surono berkata, Gunung Rokatenda mengeluarkan abu merah panas hingga 600 meter ke udara.

PENDUDUK Pulau Palue menunjukkan mayat saudaranya yang terbunuh akibat letusan gunung berapi, semalam.

“Tiada tanda-tanda ia akan berhenti meletus dalam tempoh terdekat,” katanya kepada media.

Kelmarin gunung berapi itu mengeluarkan batu dan abu setinggi 1.2 batu ke udara dan melimpahkan lava yang lebur ke pantai, membunuh tiga orang dewasa dan tiga kanak-kanak ketika mereka tidur.

Aktiviti gunung berapi Rokatenda, satu daripada pelbagai gunung berapi di kepulauan Indonesia meningkat sejak Oktober lalu dan terdapat beberapa siri letusan kecil sebelum kelmarin.

Pasukan penyelamat mencari jalan untukk memindahkan kira-kira 2,000 orang ke zon selamat seluas tiga kilometer dan sekumpulan penduduk yang panik sudah pun meninggalkan pulau berkenaan, kata pegawai agensi pengurusan bencana tempatan, Eduardus Desa Pante.



Petugas penyelamat, Bakri Kari berkata, usaha menyelamat sukar kerana jalan raya dihalang oleh abu dan penduduk enggan meninggalkan kediaman mereka.

“Memang sukar untuk melangkah melalui tanah yang panas diliputi oleh abu setebal 10 hingga 20 sentimeter.

“Semuanya terbakar akibat terkena lava,” katanya. - AFP - myMetro

August 07, 2013

Raya yg Sepi

Insyaallah besok syawal menjelma. Aku dah berada di Phg. Penat keluar, tapi memang x lekat kat rumah pun...kalau balik kg asyik keluar. Besok raya mestilah berjalan jugak.

Jam dah hamir 12mlm, suasana tak sunyi tapi hati aku terasa sunyi. Mcm2 difikirkan. Mcm tahun2 sebelum, raya masih sendirian....tp aku bersyukur dikelilingi insan2 yg menyayangi aku tanpa mengharap sebarang balasan.....terutama kedua ibu-bapaku.

Selamat hari raya kpd semua saudara sesama Islam ku di seluruh Milokaw dan dunia :-) Aku tujukan lagu 'Musafir di aidilfitri' Nyanyian S jibeng. Syahdukan? ('tak pun' bisik hati pembaca) aku sebut lagu ni cuz kat tv tgh main lagu nie. Eh, apsal muncul muka najib plak ni? citer pasal dia suka lemang plak.............ah aper2 jer la najib. Yg penting Selamat Hari Raya.



August 05, 2013

Anjing Bawa Jodoh

London: Semuanya bermula gara-gara sepasang anjing milik dua individu cacat penglihatan, Venice dan Rodd.

Kedua-dua anjing itu dibawa pemilik mereka menghadiri latihan selama dua minggu dan akhirnya haiwan berkenaan menjadi rapat.

Keadaan itu kemudian mendorong pemilik Venice, Claire Johnson, 50, berkenalan dengan tuan Rodd, Mark Gaffey, 52.

GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka.

Dalam tempoh dua minggu menghadiri kursus berkenaan, bukan saja Venice dan Rodd menemui pasangan, sebaliknya Claire dan Gaffey saling berkenan dan mula bercinta.
Sebelas bulan kemudian, pasangan Claire dan Gaffey akhirnya memutuskan untuk berumah tangga.

Media semalam melaporkan, Gaffey mengesyaki Venice dan Rodd mengetahui sesuatu yang tidak mereka sangka.

“Venice dan Rodd sentiasa bermain bersama-sama dan jurulatih kami memberitahu, anjing peliharaan kami sedang bercinta,” katanya ketika ditemui.

Dalam keadaan begitu, kata Gaffey, dia juga terdorong untuk mengenali Claire dengan lebih dekat.

Sementara itu Claire berkata ketika dia tidak akan melupakan detik ditunangkan dengan Gaffey, peristiwa yang menemukan mereka berdua juga akan kekal dalam ingatannya.

“Kami tidak akan bersama tanpa Venice dan Rodd,” katanya. Di rumah, kata Claire, mereka berkongsi kegembiraan dengan anjing masing-masing.

“Venice dan Rodd berkongsi katil, sama seperti saya dan Gaffey.

“Apabila kami dikahwinkan nanti, Venice dan Rodd akan mengiringi kami untuk disahkan sebagai suami isteri,” katanya dalam temu bual. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/05 myMetro

Aku Ada Kamu......



Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Chorus
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku

Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Ulang Chorus
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

Ulang Chorus
Selagi ku ada kamu

Jom Balik Kampung - Raya Mood


Insyaallah, mlm ni atau pagi besok aku balik Phg. Patutnyer aku dah start cuti Sabtu kelmarin, tapi memandangkn aku belum nak balik kg cuz nak mengemas rumah, so aku decide hari ni keja dulu...then besok baru cuti. Semlm aku spend time ngan Nurul, kami jln² dan berbuka di Sunway Pyramid. Lama kami tak jumpa....rindu gak rasa.

Mulanya nk balik Rabu tapi tak tertahan dah boring dan bosan kat opis nie (mood cuti) so, aku pun putuskn utk cuti dan balik kg jer. Pun begitu aku belum packing lagi kain-baju semua...jadi, possibility utk balik mlm ni susah sikit kot? Tengoklah macam mana.



Di kesempatan ini aku ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin' kpd semua pembaca Milokaw, sama ada yg setia mahupun yg tidak setia (terjengah secara tak sengaja). Semoga raya kali ini memberi cahaya keberkatan kpd kita semua.

Hati² memandu balik kampung..........dan ingatlah org yg tersayang syg pada kita..siapa lagi? mak ayah kita la. OKlah, Insyaallah jumpa lagi dilain coretan :))

Bahagia Dunia Akhirat


August 04, 2013

Kebakaran Rumah Jutawan Vida Beauty

IPOH 4 Ogos - Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.


Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut. Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10. Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.

Al-fatihah buat adik comel berdua ini dan seorg lagi mangsa...

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri. Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.



Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam. Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.

“Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat. Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian. - sumber: bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com

August 03, 2013

Kubur Wanita Derhaka Suami & Ibu Berasap

Sumber: penulissenja.com

Assalamualaikum, semoga peristiwa benar ini menjadi iktibar kepada kita yang masih bernyawa lagi ini..

Mayat dan iktibar – Kuburnya berasap!

Seusai solat subuh pagi tadi, imam Taib menghulurkan 1 bungkusan plastik dari kocek jubahnya. ” Tapa, jangan lupa maklumkan pada Hassan, ada jenazah nak kita uruskan sebelum tengahari ini. Solat jenazah jam 11 pagi. Jika boleh awal sikit korek liang tu..! ” pesan Imam Taib.

Ini kerana Hassan sudah 3 hari demam selepas kejadian hari itu. Maka sudah 3 hari juga dia tidak dapat bersolat subuh bersama. Mungkin masih terkejut dengan apa yg dialaminya mungkin.

Pesan imam Taib disampaikan kepada Hassan, alhamdulillah..Hassan sedikit pulih dan mengiyakan mampu utk melaksanakan kerja2 korek liang pagi itu. Lebih kurang jam 7.30 pagi selesai minum kopi di warung Hj. Hamad, maka bergerak lah mereka berdua dengan memikul cangkul dan penyodok ke tanah kubur di belakang masjid.

Demi melangsungkan amanah waris, jenazah pagi ini mahu dikebumikan disebelah pusara ibunya yang telah 5 tahun pergi ke alam baqa. Setibanya ke kawasan kubur,
” San, cuba kamu tengok…! Itu..kubor yang kita korek 3 hari lepas..!! ” tiba-tiba gementar yang bukan kepalang menyelinap ke seluruh tubuh Tapa. ”
Subhanallah…!! asap apa yang keluar tu..!! ”

” San..itu bukan asap orang bakar rumput, asap tu keluar dari kubur San..! ” gersik Tapa dengan suara terketar-ketar. Hassan yang dari tadi terus tegak berdiri, terkejut tanpa menguit sedikit pun dengan apa yang dilihatnya didepan mata. Matanya tajam terarah ke kubor yang digalinya 3 hari lepas.

Kubor itu milik jenazah wanita yang tanahnya keras macam batu, yang runtuh bila siap digali, dan menyempit bila keranda siap mahu diturunkan, digenangi air entah dari mana terbitnya..Allahuakbar ! Benar kata Tapa, kubur wanita itu memang berasap. Asap itu dari dalam tanah. Dari dalam kubur !

Hari itu gempar orang ramai di kampung itu tentang misteri asap keluar dari kubor. Apa tidaknya, aib itu tidak dapat dielakkan kerana pagi itu ramai yang datang ke masjid dan tanah perkuboran kerana ada mayat yg mahu dikebumikan. Ini kerana kubor itu terus mengeluarkan asap tanpa berhenti.
Iktibar apa yang mahu ditunjukkan oleh Allah swt. atas aib ini ? Maha Besar Allah swt. yang Berkuasa.

Petang itu imam Taib segera menziarahi suami arwah serta keluarganya. Rupanya khabaran itu telah pun diketahui awal lagi oleh keluarganya.

Sehari selepas mayat arwah isterinya dikebumikan. Kebetulannya, sehari selepas itu suaminya datang menziarahi pusara arwah isterinya di situ. Dan ketika ziarah itu, perkara benar itu dilihat, asap memang sudah mula keluar dari dalam tanah kubor betul2 dari lubang lahat jenazah arwah isterinya itu dikebumikan.

Dari apa yang diceritakan kepada imam Taib, sepanjang hidup arwah isterinya itu di dunia dapatlah diringkaskan seperti dibawah sebagaimana dimaklumkan oleh ibunya serta suaminya bahawa :
Isterinya itu selalu melawan suami. Derhaka kepada ibunya sendiri. Malah arwah isterinya juga seringkali memberitahu bahawa dia sering berzina dengan kawan-kawan lelakinya tanpa pengetahuan suami. Makan luar ! Itu perkataan tepatnya. Dia tidak puas bersama suaminya. Dan ketagihan zina itu berterusan.

Malah kegiatan itu sudah mendarah daging lagi sejak sebelum berkahwin dengan suaminya. Hal itu diceritakan oleh rakan2 arwah setelah berita kubornya berasap heboh tersebar di daerah itu. Sungguh benar, wanita yang juga arwah isterinya itu memang cantik dan putih orangnya. Tetapi oleh kerana sikap buas dan bebasnya itu maka kehidupan sosialnya sangat melampaui batas.

Oleh kerana arwah itu cantik dan seksi, maka ia cukup digilai oleh ramai lelaki termasuklah bos-bos besar kilang ditempatnya bekerja. Siapa yang tidak kenal Pulau Pinang yang terkenal dengan industri dan ‘minah kilang’ di era tahun 80-an dan 90an dahulu ? Kebetulan perisitiwa ini berlaku di negeri itu di daerah paling selatan dan bersempadan pula dengan negeri Perak.

Malah aktiviti ‘makan luar’ isterinya itu berterusan berlaku selepas berkahwin. Bukan hanya melayu, malah cina, benggali, mat saleh pun pernah menjamah tubuh seksi dan cantik arwah. Sehingga suatu ketika, arwah pernah termengandung anak haram, tetapi digugurkan di sebuah klinik swasta berhampiran Bayan Baru. Orang Penang mesti tahu klinik itu. Suaminya betul-betul seperti orang gajinya sahaja.

Ditambah lagi dengan sikap kurang ajar dengan ibunya sendiri, arwah terus jadi lupa daratan. Ibunya tidak ubah hanya dijadikan ‘hamba’nya dirumah, pernah beberapa kali ibunya ditampar dan dipukul oleh arwah atas beberapa kesilapan kecil yang berlaku.

Ketika dimaklumkan bahawa kubor arwah anaknya berasap, ibunya hanya mampu menangis. Ini kerana dosa arwah terhadap ibunya itu memungkinkan dosanya tidak diampunkan oleh ibunya sendiri.

Setelah bermuafakat, bacaan yaasin dan tahlil diadakan pada setiap malam. Ini kerana kubor itu terus berasap hampir sebulan lamanya. Asap yang keluar pula berbau busuk. Seperti bau daging dipanggang. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan bacaan yaasin dan tahlil diadakan, serta perbincangan keluarga antara suami dan ibu arwah, pada hari yang ke 33 tidak ada lagi asap keluar dari bumi, dari lubang kuboran arwah.

Kisah yang sungguh mengemparkan di daerah itu. Malah hampir 2 tahun kuburan itu tidak ditumbuhi sebarang rumput. Tanahnya hitam seperti terbakar. Permukaan tanahnya kontang dan merekah seperti dilanda kemarau yang panjang.

Iktibar yang dituliskan pada paparan hari ini sungguh besar untuk dimanfaatkan oleh pembaca ABO. Ia kisah benar dan telah terjadi. Jauhi zina, jangan derhaka kepada ibu sendiri, taati ibu kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Hormati dan taatlah kepada suami, jangan berlaku curang, kerana kecurangan itu tanda berat untuk dosa yang lebih besar. Jangan derhaka kepada suami.

Dan Ingatlah bahawa balasan Allah swt. atas hambanya yang melampaui batas itu tidak terhijab, malah ketika saat hidup di dunia fana ini, serta saat masuk ke barzah lagi telah ditunjukkannya buat manusia yang berfikir. Takutlah akan azab Allah swt. Azabnya sangat pedih. Allah Yang Maha Besar.
_
(*) Kisah ini telah diceritakan oleh seorang alim, kepada penulis (radens)

August 01, 2013

Malam yg Sunyi

Penat dan mengantuk....tapi masih melepak dpn tv dan laptop sorg2. Sunyi rasanyer bila mak dan suami aku takder disisi (jiwangg bahasa)....sorg2 dirumah. Keja umah byk, maklumlah baru pindah rumah, semestinyalah byk yg nak di kemas dan disusun atur, cuma aku jer kepenatan dan kurang rajin nk mengemas mlm2...biasanya tunggu hari cuti. Asalkn x tidur dlm sarang tikus. Tengok...Tikus pun pandai main seksefon.. (camana eja seksefon? korang cari la sendiri ejaan yg btol)


Alhamdulillah suami aku ada gak memasak dan tolong kemas rumah nie. Kiranyer membantu la jugak aku yg berkerja opis hour. Harapkan masa cuti dan lepas habis waktu kerja, ptg dan malam baru boleh rehat dan kemas rumah.

OKla....nk tidur dan berehat. Insyaallah bertemu kembali di lain artikel. Kalau rajin aku akan selalu update blog nie....kalau malas, pepaham jer la.