October 25, 2013

"Abg Masih Syg Saya?" - Pegawai Bank Dibunuh

Ya Allah, menitis air mataku membaca berita ni...rentetan dari kes Pembunuhan Pegawai Bank dua hari lepas. Takziah kpd keluarga mangsa, semoga tabah menerima ujian Allah. Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. - Pembunuh tersebut dipercayai warga asing.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.

Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.

Jenazah mangsa utk dibawa pulang

"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.

Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita  untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan  tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.

"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.

Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.

Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu  yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).

"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.

Irwan  benar-benar tidak menyangka  nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.

Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.

Wajah perompak/pembunuh yg dikehendaki polis tersebut

Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.

“Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam),” katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.
Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.

“Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.

"Sekarang mak dah tak ada,” kata kanak-kanak itu dalam nada sayu.

Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.

Seisi rakyat Malaysia turut  merasai kekejaman  yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.

Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook  yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.

Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah. - sinarharian

October 23, 2013

Isteri Tetak Kepala Suami Dgn Parang

Asyik-asyik pasal isteri? Pasal suami jahat, zalim, kejam xder ke? Ada...banyak....tapi dah selalu sgt kisah suami kejam, zalim, dan curang. Jadi, penulis Milokaw (penulis lah sgt - pengopy dan paste) inginkan kelainan dgn menampilkan kisah isteri yg ganas dan kejam pula. Sesekali makan keropok lekor apa salanyer...hari² pisang goreng panas pon boring gak kan. Nanti Insyaallah pasal kisah kekejaman lain plak yer.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEGAMAT - Disebabkan perasaan cemburu, seorang isteri tergamak menetak suaminya menggunakan parang dalam kejadian di kuarters kediaman pekerja ladang di Jementah, Ahad lalu.

Mangsa, Azlan (bukan nama sebenar) berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, dia diserang dan ditetak kerana isterinya mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

“Isteri saya salah faham kerana wanita yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan saya itu merupakan rakan lama ketika bersekolah di Muar.

"Kami kerap berhubung, namun dia juga sudah berkeluarga.

“Mungkin disebabkan berang kerana hubungan saya dengan rakan saya terlalu mesra, timbul perasaan cemburu pada isteri sebelum berlaku sedikit pertengkaran sebelum dia (isteri) terus masuk ke dapur,” katanya.

Azlan menerima tujuh jahitan di kepala selepas ditetak menggunakan parang oleh isterinya.

Azlan pada mulanya tidak mengesyaki tindakan isterinya ke dapur agak terkejut apabila isterinya itu kembali dengan membawa sebilah parang sebelum menghayun ke arahnya.

Menurutnya, dalam kesakitan, dia berlari keluar rumah dan mujur jirannya bertindak segera menghubungi Balai Polis Jementah sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Jementah.

"Saya kemudiannya dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan lanjut.

"Akibat kejadian itu, saya cedera di kepala dan belakang badan, selain mendapat tujuh jahitan di kepala.

“Mujur saya dapat merampas parang daripada tangan isteri lebih awal.

"Kalau tidak mungkin nyawa saya akan melayang atau mendapat kecederaan yang lebih teruk,” katanya.

Azlan kemudiannya membuat satu laporan polis kerana bimbangkan keselamatan dirinya pada masa akan datang.
Parang ini hanyalah hiasan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan sehingga 24 Oktober ini untuk membantu siasatan.

"Kami juga merampas sebilah parang digunakan suspek ketika serangan,” katanya. - sinarharian

Hanya Ini Tepung yg Tidak Bahaya

Setakat ni hanya tiga tepung ni yang aku ketahui tidak bahaya yg berada di pasaran. Selain dari tepung dibawah (cap wau, blue key, sauh, lili dan sebagainya) adalah berbahaya, seperti yg didedahkan di sini

Aku tak pernah beli tepung dibawah, mungkin boleh cari lepas ni, Insyaallah. Mencari yg halal dan bersih itu fardu bagi umat Islam...........haram memakan makanan yg berbahaya dan memudaratkan. Bahan berbahaya di dlm tepung adalah Benzoyl Peroksida a.k.a Clorox cuci baju? yg boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti Barah. Mereka bertiga ni tidak mengandungi bahan tersebut.




October 22, 2013

Isteri Selalu Melenting dan Memaki

Saya ingin bertanya berkenaan masalah rumahtangga saya. Saya seorang suami dan ini masalah tentang isteri saya.

Kami sudah berkahwin setahun lebih dan anak saya baru dilahirkan bulan lepas. Walau bagaimanapun, kami suami isteri sering bertengkar. Malah ianya berlaku sejak kami belum berkahwin lagi. 

Saya sabar dengan ujian Allah. Mungkin ia untuk menguji kesabaran saya. Tetapi keadaan ini berlarutan sehinggalah kami bertunang dan mendirikan rumahtangga. Ia tetap berlaku. 

Sedikit masalah saja, isteri saya mesti naik berang dan memaki hamun saya. Sehinggalah isteri saya mengandung tiga bulan. Saya sudah tidak mampu bertahan lagi. Saya terpaksa melepaskan talak di atas permintaannya sendiri


Namun begitu isteri saya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Selama dua bulan hidup berjauhan, dia kerap mengadu masalahnya kepada saya dan meminta maaf di atas kesilapannya selama ini. Saya menerimanya semula dengan lafaz rujuk.

Selang tidak lama selepas dia melahirkan anak, dia kembali ke perangai asalnya. Mula kurang ajar dengan saya. Saya buntu. Apa sebenarnya yang dia mahu dalam kehidupan ini. 

Saya sedar ada banyak kelemahan di dalam diri saya ini tetapi isteri seakan susah untuk dibawa berbincang. Dia hanya mahu saya dengar dan ikuti apa sahaja yang dia arahkan. Dimanakah martabat saya sebagai seorang suami? Saya sayangkan anak saya. Saya tidak mahu perpisahan lagi.

Silalah pembaca berkongsi pendapat dan nasihat berkenaan masalah yang saya tanggung ini. Semoga dakwah yang dibawa oleh para pembaca ini mendapat ganjaran yang sangat tinggi di sisi Allah SWT.
Terima kasih. - siraplimau.com

October 21, 2013

Isteri Khianat Dan Berzina

Saya sekadar ingin berkongsi luahan hati yang datang daripada kaum lelaki yang mana dikutip dari ruangan Dicelah-celah Kehidupan. Namun sesekali menerima cerita mereka memang mengejutkan. 

Suatu waktu dulu Dicelah-celah kehidupan pernah menceritakan sebuah kisah yang dipaparkan tiga tahun lalu tentang penderitaan seorang suami apabila mengetahui isterinya menduakannya hingga melahirkan seorang anak? 

Kisah yang lebih kurang sama saya paparkan minggu ini, datangnya daripada Azlan.
Cerita Azlan, zaman ini wanita tidak boleh lagi tuduh kaum lelaki sahaja jahat buat maksiat, skandal dan berzina.



‘‘Wanita pun sama,’’ demikian kata Azlan ketika kami berbual di telefon Selasa lalu setelah membaca e-mel yang dihantar kepada penulis.

Kata Azlan: ‘‘Ruangan ini banyak menyiarkan kisah tentang penderitaan kaum wanita sahaja konon suami berlaku tidak adil, zalim dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh suami jauh lebih teruk daripada penderitaan yang dipikul oleh kaum wanita?

‘‘Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini, sebab hati berbelah bagi sama ada ingin dipaparkan untuk panduan pembaca ataupun tidak. Tetapi setelah difikirkan, saya kira kenangan pahit kehidupan saya ini amat baik untuk dijadikan pedoman, khusus kepada kaum lelaki supaya tidak diperbodohkan oleh isteri. Wanita juga insaflah, Allah melihat apa yang anda lakukan.

‘‘Saya tidak menyedari perubahan isteri saya, sebab kami begitu sayang menyayangi, tidak pernah bertengkar apa lagi bergaduh besar. Kalau ada masalah, kami selesaikan seberapa segera, supaya masalah itu tidak menjadi nanah atau pun barah.

‘‘Tetapi nak jadikan cerita, satu hari kami sama-sama menonton drama tv. Kisah kecurangan seorang isteri terhdap suaminya. Akhirnya si isteri dapat balasan Allah. Sebaik habis ceritanya, hati saya tergerak bertanya kepada isteri saya Hasmidar dengan bergurau apakah dia ada menyimpan rahsia tentang dirinya terhadap saya. Tiba-tiba air mukanya berubah tak tentu hala.

‘‘Melihatkan perubahan keadaannya, saya bertanya lagi, dia menafikan. Saya desak lagi dia jadi lebih tak tentu hala. Melihat perubahannya, saya terus menadah tangan berdoa di hadapannya ‘Ya Allah kau laknatilah  dia jika dia berlaku curang terhadap aku, aku reda…….Belum habis saya berdoa lagi, tiba-tiba dia menangis menahan saya dari meneruskan doa saya.

‘‘Abang ampun bang, abang terlalu baik kepada saya, saya memang jahat. Abang ampun dan maafkanlah saya, saya banyak buat dosa pada abang. Abang ampunkanlah saya. Abang ampun! Ampun! Ampunkan saya bang, katanya dalam tangisan.

‘‘Saya kehairanan. Apa dah jadi. Saya tanya Has beberapa kali tetapi dia tidak menjawab selain meminta ampun berkali-kali dan menangis. Sambil memegang bahunya saya tanya lagi, ‘‘Has berhenti menangis, abang nak tanya apa yang dah terjadi? Sampaikan kau minta ampun berkali-kali ini. Apa dah terjadi, apa kau dah lakukan di belakang abang?

‘‘Dalam tangisannya, Has berkata, saya tidak akan mengampunkan dan maafkan dia kalau dia ceritakan apa  yang berlaku. Namun dia reda atas apa yang akan saya lakukan. Tetapi katanya dia tetap cintakan saya, sayangkan saya dan anak-anak. Apa yang dilakukan secara tidak sengaja. Penjelasannya membuatkan saya lebih pelik.

‘‘Saya tahu dia memang selalu keluar makan dengan rakan-rakan perempuan dan lelaki di tempat kerjanya, tak pernah saya terfikir dia buat benda yang tak baik. Saya jujur, saya fikir tentu dia juga jujur.

‘‘Tetapi mulutnya terus meminta maaf dan ampun dengan tangisan dan air mata merambu-rambu keluar. Perbuatannya membuatkan mulut saya dengan keras bertanya, kau berzina ke? Hah! Kau berzina? Dalam tangis dia menganggukkan kepala.

‘‘Astaghfirullah! Saya mengucap beberapa kali untuk menenangkan diri. Ya Allah apalah malangnya nasib aku ni ya Allah! Betulke apa yang aku dengar ini Ya Allah! Saya mengucap lagi sambil beristighfar beberapa kali. Lantas keluar bilik dengan mata serta kepala berpusing-pusing. Ya Allah apalah nasib aku yang malang ini!

‘‘Saya bukan jenis lelaki panas baran, jika lelaki lain pasti malam itu kalau tak bengkak dan luka pasti Has sudah kena sepak terjang hinggap ke muka dan ke badannya. Mungkin juga saya ni terlalu baik macam dia katakan. Kerana sepanjang 15 tahun berkawin saya tak pernah cemburukan dia, malah saya percayakan dia 100%. Kerana itulah juga saya tidak pernah bersuara tinggi apa lagi menampar dan memukulnya.

‘‘Hinggakan bila saya mendengar ceritanya malam itu, saya masih boleh mengucap panjang, keluar bilik dan tidak memarahinya sebaliknya saya bersabar. Jadi pembaca boleh fikir betapa sabar dan baiknya saya jika itu boleh saya katakan. 



‘‘Saya bukan dayus atau takut bini, tetapi saya terlalu sayangkan anak-anak kami yang tiga orang ini. Saya tidak mahu hidup mereka huru hara kerana masalah ibu bapa mereka. Bahkan saya tidak mahu mak mertua saya seorang ibu tunggal menangis mengenangkan nasibnya, kerana kamilah tempat dia mengharap dan bergantung harapan. Kalau saya tak sabar pasti malam itu perang dunia ketiga meletus.

‘‘Untuk pengetahuan pembaca hidup kami suami isteri selama ini memang bahagia, tiada masalah besar. Dia kerja tak tentu masa, sepeninggalannya sayalah yang jaga rumah dan anak-anak. Kerana saya kerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sayalah yang ambil dan hantar anak ke rumah pengasuh. Anak-anak mempunyai lebih banyak masa dengan saya berbanding Has, malah saya yang menguruskan makan minumnya, kalau malas masak saya beli nasi bungkus. Itulah cara hidup kami semuanya berjalan lancar dan saya bukan jenis demand makan minum mesti siap atas meja, pakaian mesti digosok, rumah mesti bersih.

‘‘Malah saya lebih banyak menguruskan kebersihan rumah dan pakaian daripada dia kerana kerjanya tak menentu. Kalau keluar bekerja salam jadi kebiasaan, malah siap cium pipi, pendeknya kami memang loving couple. Tetapi sekarang apa dah jadi?

‘‘Malam itu saya tak boleh buat keputusan. Fikiran saya buntu. Apakah saya ini kurang baik punca dia buat maksiat? Makan minum, tempat tinggal saya sediakan apa yang tak cukup? Patutnya dia bersyukur, saya bukan kaki ronda, lepak warung, kelab, dan sebagainya. Bahkan dalam setahun pasti dua tiga kali saya bawa mereka makan angin cuti-cuti Malaysia. Lebih penting saya bukan kaki perempuan.

‘‘Bila saya tanya banyak kali barulah dia cakap. Katanya jarang dapat, seminggu sekali aja. Terus saya tanya, apakah dia sering di rumah waktu malam? Sebaliknya dia lebih suka bekerja. Salah saya ke? Malah dia sering mengalah, kerana tak larat. Salah saya ke? Biasanya dia tidur awal dan saya tak suka kejut dia sedang tidur. Tak syoklah!

‘‘‘Malam tu kami tidur lewat, dia masih minta ampun tapi saya kata, minta ampun pada Allah semoga Dia ampunkan. Bagi saya tiada ampun untuknya sejak peristiwa tujuh bulan lalu itu hinggalah kini. Malah ia jadi sejarah hidup dalam hidup saya.

‘‘Dua hari selepas peristiwa itu, saya soal dia lagi dah berapa lama perkara ini berlaku. Katanya, ia bermula sejak setahun lalu. Jahanam punya perempuan, sanggup dia menduakan saya yang jujur ini. Dia mengaku cuma enam kali dia buat kerja terkutuk itu. Lagi berdesing telinga saya mahu saya terajang dia. Tapi saya sabar. Katanya dia dah insaf, sayalah suami terbaik untuknya. Saya kata dah terlambat. Saya jaga anak-anak kat rumah dia kata pergi kerja, tetapi dia pergi hotel. Celaka punya perempuan. Kami bertengkar sakan malam tu. Tiba-tiba dia lari ke dapur ambil pisau nak bunuh diri. Saya sempat selamatkan dia.

‘‘Memang dia dah gila, patutnya saya yang mengamuk, ini dia yang naik hantu, dah terbalik. Katanya dia insaf dan mahu saya ampunkan dia dunia akhirat. Seminggu lepas tu, hati saya tak sedap, saya soal lagi adakah jantan itu pernah datang rumah?

‘‘Dia kata ada, tapi tak masuk. Cuma hantar buah-buahan. Sakitnya telinga, saya terus bagi penampar. Itulah pertama kali saya tampar dia. Saya marah sebab dulu dia kata adik angkatnya yang bagi buah-buahan tersebut, bagi saya makan. Kami bertengkar lagi. Kali ini dia ambil pisau cuba potong urat nadi di tangannya. Dan kunci dirinya dalam bilik. Saya nasihatkan dia ingatkan Allah, dan jangan tambah dosa.

‘‘Sejak peristiwa itu saya tak soal dia lagi takut dia mati, saya pula masuk lokap. Kini setelah kesnya terbongkar saya suruh dia sembahyang dan berdoa semoga Allah ampunkan dia. Saya boleh terima dia jika dia berjanji tak ulangi lagi perbuatan terkutuk itu. Namun hati saya yang punya, saya tidak dapat lagi memberikan kasih sayang kepadanya sama seperti dulu.
 


  ‘Dulu tiap-tiap hari cium pipi, tangan, sekarang saya kata padanya jangan buat lagi, jangan berpura-pura. Saya katakan padanya bahawa saya takkan ampunkan dosanya. Namun kami hidup bersama hingga kini semuanya kerana anak-anak dan saya tak mahu dia ugut bunuh diri.

‘‘Namun dia izinkan saya kahwin lagi, dia reda, asalkan saya tidak ceraikan dia dan jaganya seperti dahulu. Tetapi saya bukan jenis orang suka mengira kepala bini. Cinta dan kasih sayang bukan boleh disorong dan ditarik bila-bila suka. Ia datang dari lubuk hati yang sukar ditafsirkan nilainya.

‘‘Bagaimanapun saya tak boleh cakap habis, mungkin satu hari nanti Allah mengubah hati saya, lagi pun umur saya belum 40 tahun, dia enam tahun muda daripada saya, mungkin bila keadaan kembali tenang kami boleh membentuk jalan sendiri. Mungkin itu cara yang terbaik. Tapi sekarang dia tak mahu diceraikan.

‘‘Kata Has kalau saya kahwin lagi dia sanggup pinangkan sebagai menebus dosa nya. Dia sanggup buat apa sahaja demi cintanya pada saya. Tetapi saya katakan kalau betul cinta dan sayangkan saya kenapa cari jantan lain? Menurut Has dia pun tak sangka, segala-galanya berlaku secara tak sengaja, baru jumpa dan berkenalan beberap minggu dia sudah boleh lupakan cintanya pada saya dan sanggup berbohong kata overtime sedangkan hakikatnya dia pergi ikut jantan tu tidur di hotel. Ini yang membuatkan saya tak dapat maafkan Has, kerana begitu mudah dia melupakan janji dan ikrar cintanya kepada saya sebelum kami berkahwin dan setiap tahun menyambut ulang tahun perkahwinan.

‘‘Kerana terlalu marah dan ikutkan rasa hati saya, andai ditakdirkan dia mati dulu, saya tak akan bacakan yassin dan buat tahlil untuknya. Begitulah marah dan geramnya saya atas perbuatannya menduakan saya.

‘‘Lagi pun jika kami bercerai saya kasihankan anak-anak juga mertua saya yang telah tua. Tetapi sayangnya anaknya tidak pernah fikir dan kaji dari perbuatan keji dan buruk yang telah dilakukannya.’’

 


Demikianlah cerita Azlan panjang lebar tentang masalah dan peristiwa hitam yang menyelibungi hidupnya. Katanya dia tidak ada tempat nak mengadu untuk melegakan sesak di dada dan dia mahu bercerita kepada orang yang tidak dikenali supaya kesannya tidak menyiksa hidupnya nanti.

Memang tepat seperti kata Azlan. Zaman ini terlalu banyak godaan, akibat percampuran yang luas tanpa mengguna fikiran. Memang ada kalangan wanita yang cepat lupa diri. Cepat terpengaruh dengan pujuk rayu, akhirnya merosakkan diri dan masa depan anak-anaknya. Ingatlah bukan semua lelaki seperti Azlan mahu mengutip isteri yang pernah mencontengkan arang ke mukanya. Insaflah. Bekerjalah dan carilah rezeki yang halal semoga terselamat dari sumpahan suami di dunia dan akhirat. - infojelita.blogspot

October 20, 2013

Isteri Belasah Dan Maki Suami

Saujana Impian...?? Haishh....taman yg mana satu kah ini? Ganas kan isteri beliau. Takziah kepada saudara kerana mempunyai isteri yg sangat ganas dan gagah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.

Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya. Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.

“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya.

Bukan suami-isteri yg diceritakan

Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.

“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.

“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya. Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.

“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis.
“Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - kl-today.com sep.2013

Isteri Jalin Hubungan Sulit

Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri tersayang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini.

Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula pertengahan 2010 diketahui suaminya kelmarin melalui facebook isterinya itu sebelum cuba bertanya keadaan sebenar hingga mereka bertengkar.

Gambar tiada kena-mengena

Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain. Suami berkenaan kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Damansara selepas tidak tahan dengan perangai isteri terbabit.

“Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.

“Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki ‘gelapnya’ itu walaupun banyak rintangan dihadapi,” katanya di sini.

Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu. - ceritaapakah.com

Isteriku Terlanjur Berpuluh Kali

Saya seorang suami yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak perempuan. Saya berumur dalam lingkungan 30-an dan telah berkahwin selama 10 tahun.

Saya merupakan seorang kakitangan kerajaan dan isteri saya merupakan seorang kaunselor. Saya merupakan seorang yang agak terbuka dari segi pergaulan. Maksud saya ialah saya bukanlah seorang yang jenis cemburu buta.

Saya boleh keluar dengan kawan perempuan satu pejabat dan isteri saya juga selalu keluar dgn kawan lelaki yg satu pejabat. Sebelum ini, saya tidak mengesyaki apa-apa dengan isteri saya. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya dapati isteri saya sudah berubah. Isteri saya kini boleh membalas balik cakap saya kepadanya. Saya mengesyaki bahawa isteri saya mempunyai lelaki lain dalam hidupnya.

gambar hiasan
 
Ini kerana kebelakangan ini saya dapati semua SMS di telefon bimbit telah dibuang. Keadaan ini telah berterusan. Saya juga menerima email dari seseorang yang mengatakan bahawa isteri saya telah curang kepada saya dgn beberapa lelaki lain.

Siapakah yang perlu saya percayai? Isteri atau email dari orang yang tidak dikenali?
Ini kerana saya dapati hidup isteri saya begitu mewah dengan barangan yang berjenama? Kalau nak kata saya yang beli, sememangnya saya tak mampu nak beli barang-barang yang mahal sebegitu.

Mungkin kalau isteri saya pernah terlanjur untuk beberapa kali saya akan maafkan.

Namun email itu mengatakan bahawa isteri saya telah terlanjur berpuluh-puluh kali dan dalam masa yang sama dengan beberapa lelaki lain.

Saya sayangkan isteri saya dan anak-anak saya. Namun saya tak boleh terima isteri yg curang sebegini.

Adakah saya seorang yang dayus? - siraplimau.com

Isteri Ketagih Pil Khayal

Aku hanya ingin meminta nasihat, pendapat dan mungkin kata-kata hikmah yang boleh membuatkan aku berubah kerana aku benar-benar ingin berubah. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak.

Aku mula terlibat dengan pil khayal selepas habis sekolah menengah. Aku sudah cuba untuk berhenti tetapi ternyata ianya sukar.
 
 
Pertama kali aku cuba berhenti disebabkan aku ingin berkahwin. Selepas beberapa bulan melahirkan anak, aku kembali menagih semula. Suamiku ada cuba melarang tetapi aku tetap berdegil.
 
Suamiku pula seorang yang lemah lembut dan akhirnya terpaksa menuruti kehendakku. Kali kedua aku cuba juga untuk berhenti tapi hanya mampu bertahan selama setahun sahaja.
 
Aku kembali menagih lagi sehingga sekarang. Walaupun aku seorang penagih, tetapi aku masih menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dan juga ibu. Aku juga tidak keluar rumah tanpa izin suamiku. Tempatku hanya di rumah bersama suami dan anakku. Cuma aku sekarang sukar untuk membuang tabiat burukku ini.
 
Diharap ada sesiapa yang dapat memberi nasihat atau petua untuk aku berubah. - siraplimau,com

Kedurjanaan Yahudi

'Biar gambar berbicara.'

Isteri Curang Depan Mata

Petaling Jaya: Bukan sekadar curang, malah seorang wanita turut nekad mengacukan pisau serta mengugut untuk membunuh suaminya sejurus dia dicekup ketika asyik berasmara dengan lelaki lain di rumahnya di Desa Mentari, di sini, pagi kelmarin.

Itu perlakuan terlampau isteri berusia 38 tahun yang juga ibu kepada lima anak terhadap suaminya yang dikahwini selama 18 tahun lalu.


Sumber polis berkata, kejadian bermula kira-kira jam 6 pagi ketika suami wanita itu, seorang kontraktor berusia 41 tahun, baru tiba di rumahnya selepas menyelesaikan urusan kerja di luar kawasan.

Menurutnya, sebaik membuka pintu rumah, lelaki itu terkejut mendapati isterinya berada dalam keadaan mengaibkan bersama seorang lelaki tidak dikenali di ruang tamu.

“Berikutan itu berlaku pertengkaran antara suami isteri terbabit sebelum kekasih kepada wanita itu turut masuk campur dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan termasuk mahu membunuh kontraktor itu,” katanya. - myMetro

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/05

October 17, 2013

Garangnya Ayah Ajar Mengaji

Hahaa....kira bagus la ni, suara jer garang tapi tak guna rotan. Biasa mesti ada rotan kan.......

Bahaya Mandi Malam

Sebetulnya, aku merupakan salah seorang yg suka mandi diwaktu malam. Sejak dulu lagi..hingga sekarang. Pertama, sebab rasa panas dan sukar tidur. Kedua, sebab sampai rumah lewat malam bila keluar atau ada hal. Termasuk perjalanan jauh. Takkan tak mandi dan terus tidur? Jadi, walaupun ada yg kata mandi malam bahaya, tapi aku lebih memikirkan kebersihan dan keselesaan diri untuk tidur, jadi aku abaikan omongan yg mengatakan 'bahaya' tersebut. Lebih bahaya kalau aku tidak boleh tidur, atau tidak cukup tidur. Nanti aku akan menguap berpuluh kali dan lesu. Lalu aku akan makan budak.

Artikel dibawah mungkin boleh membantu membuka minda kita tentang bahaya mandi malam oleh Dr. Zubaidi Haji Ahmad. Sekian, wassalam...(aisehh, macam baca teks ucapan pulak)


BAHAYA MANDI DI WAKTU MALAM 

Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit. Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan. Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi.


Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.

Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur. Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) dengan air suam boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

Mandi menggunakan air panas juga dapat membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu. Mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.


Ini akan mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain. Ia membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).

Nasihat saya mandilah setelah balik bekerja dan bersukan, walau pun di malam hari. Gunakanlah air yang suam atau hangat untuk membersihkan diri. Mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat.

http://drzubaidi.com/blog Wallahu a’lam.

October 16, 2013

Dua Jam Meredah Hutan Ke Sekolah

Jalan kaki tak sampai 2 kilometer pun aku tak sanggup, mengeluh letih kepenatan. Itupun jalan suka² masa pergi Taman Negara. Inikan pula 8 KM setiap hari pergi dan balik, 16 KM? Kesian anak² kecil ni. Tak pasti di negeri mana lokasi kejadian ni, yg pasti di negara Malaysia yg konon aman dan maju. Keratan akhbar ni aku ambil di facebook.

Amat menyedihkan selepas 56 tahun merdeka negara kita masih lagi miskin dan duduk dirimba mcm ni?? Kerajaan Malaysia, anda lah yg bertanggungjwb untuk menjawab permasalahan rakyat di akhirat kelak, dihadapan Allah.



Jangan Mengeluh..Bersyukurlah



 



Isteri Cinta Pengkid

Ipoh: Seorang lelaki hampir ‘hilang akal’ apabila isteri dikahwininya sejak 20 tahun lalu lari meninggalkan rumah selepas jatuh cinta dengan seorang pengkid sejak Jun lalu.

Salim Sopian, 40, mendakwa isterinya, Noor Ain, 39, meninggalkan keluarga selepas bertemu wanita pengkid dikenali sebagai Wan, 32, ketika menyertai lawatan kerja di kilang di Nilai, Negeri Sembilan pada Mei lalu.

Akibat percintaan songsang berkenaan, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak berusia enam dan lapan tahun turut terabai.

Salim berkata, perubahan sikap isterinya itu dikesan sejurus pengkid terbabit berpindah ke Ipoh untuk mencari pekerjaan. 

SALIM menunjukkan laporan polis dan poster kehilangan isterinya yang dilarikan pengkid.

“Apa yang menghairankan apabila pengkid itu memilih bekerja di kilang sama dengan isteri saya. Pada awalnya saya tidak terlalu memikirkan perkara itu. - myMetro

October 11, 2013

Uli Tepung Dengan Kaki

Spesis yang memang layak dimaki. Pengotor, jijik, dan amat najis perbuatan pekerja dan pemilik kilang ini.

Smoga terus bankrap selama²nya.